Bestfriend

Hepi Besday Madie (^_^)

October 30, 2010,1 Comments


http://www.emocutez.com

30 October 2010
hari nie ialah birthday besfren deno!!

MADIE


happy birthday!!!

semoga madie sentiasa sihat,
panjang umur, dimurahkan rezeki 
dan sentiasa dirahmati Allah swt.... Aminn..

special cake for madie (^_^)



miss you so much, madie! (^_^)

1 SLE Supporters :):

INFO

Kicap ada buruknya?

October 28, 2010,12 Comments


Britain's Food Standard Agency (FSA) telah berjaya menemui fakta tentang bahaya kicap.  Pencemaran makanan yang dinamakan sebagai  'Monocholopropane 1,2-diol (3-MCPD) telah dipercayai mampu menjadi penyebab kanser.

3-MCPD ini boleh ditemui dalam banyak penyediaan makanan yang menggunakan hidrolisis asid hidrolik misalnya penambah perasa protein asid hidrolis(HVP) dalam sesetengah jenis kicap. Bahkan ia juga banyak ditemui dalam produk bijirin bakar dan sesetengah jenis makanan berlemak dan bergaram. Walaupun kicap di negara kita diakui selamat, ada baiknya anda mengawal pengambilannya kerana ia mengandungi banyak bahan proses.

~ Psst2, deno xske kicap...

tata (^_^)

12 SLE Supporters :):

Cerita Lawak

KETAWA itu SIHAT(2)

October 27, 2010,7 Comments

AYAM

Selepas berjaya mencuri 3 ekor ayam, seorang pencuri segera pergi mendapatkan pembeli ayam. "saya hendak menjual ayam-ayam ini," katanya. 
    "Dari mana kamu dapat?"tanya pembeli ayam. "Saya mencurinya," jawab pencuri itu."Tidakkah kamu tahu bahawa mencuri itu salah di sisi undang-undang dan berdosa di sisi agama?"Saya tahu," jawab si pencuri,"sebab itulah saya tak mahu simpan ayam-ayam ini."

MACAM-MACAM

Situasi 1

Sam : Dah dua kali perompak yang sama datang merompak di kedai kita.
Dol  : Tu lah, aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

Situasi 2

Sam : Semalam aku nampak hantu
Dol  : Uihh! Kau terkejut tak?
Sam : Taklah. Hantu tu terkejut tengok aku!
Dol  : Mana kau tahu?
Sam : Aku tengok muka dia pucat semacam jer..

SALAH JALAN

Pak Abu, seorang lelaki berusia 80 tahun ingin memandu kereta sendiriran. Walaupun Mak Esah, isterinya menasihati beliau agar meminta pertolongan anak mereka, Syukri, namun Pak Abu masih dengan egonya. Baginya, dia masih kuatdan boleh memandu kereta.

Sedang leka memandu di jalan raya tol, tiba-tiba, telefon bimbitnya berbumyi. Rupa-rupanya Mak Esah yang menghubunginya. Isterinya memintanya supaya berhati-hati.

"Abang, berhati-hati ya. Tadi saya dengar di radio.ada sebuah kereta yang memandu pada arah yang salah di jalan tol.hati-hati bang, jangan laju sangat".

"Gila! Bukan sebuah, tapi beratus-ratus kereta ni yang salah jalan!"


tata (^_^)


7 SLE Supporters :):

Segmen

The 1st Award Deno Dapat

October 23, 2010,4 Comments



yeay yeay! dapat award!

1. Thanks the person who gave you the award and link the person
    Time kacih meimei coz bagi award ni kat deno! nie first time deno dapat award sejak ada blog.. hihi

2. Spread the words to 15 bloggers who you like and you think their blog are awesome!
    Sume bloG kawan2 deno comey n best!! So, korang bleh amik award nie! Jom amik... (^_^)

3. Tell 7 things about yourself
    ~ suka Oprah
    ~ suka on9
    ~ suka pink, biru n putih
    ~ suka senyum
    ~ x suke jiwang2
    ~ suke lagu omputih
    ~ minat bola : MU

      tata (^_^)


4 SLE Supporters :):

Segmen

Mencari Identiti Blogger Yang Hilang

October 22, 2010,5 Comments

helo kawan-kawan!!! sekarang deno baru berpeluang nak buat nie :-

Once you have been tagged, you are supposed to write a note
with 25 random things, fact, habits, or goal about you.
At the end, choose 25 people to be tagged.



deno telag di'tag' oleh missSenget n rongaK, so, untuk x mengecewakan korang jom kita tengok... siapa deno nie agaknye.. hehe (^_^)


1. my fullname is Dayang Norhidayah bt Ngah


2. nama glamour dayang, deno, dino or adik


3. dilahirkan dan dibesarkan di terengganu


4. mempunyai 5 org adik-beradik (semua adik-beradik perempuan) dan deno anak bongsu


5. sangat rapat dgn ma abah dan adik-baradik


6. suka warna pink, biru dan putih


7. suka makan tako tao, apple pie mcD, cucur bawang n nasi goreng, suka minum milo


8. minat sangat Oprah Winfrey, Jillian (d biggest loser), Tyra Banks, Jackie Chan n Chef wan


9. makanan paling best deno masak :- telur dadar (^_^)


10.  x pandai merajuk coz kalo merajuk, kena kurung dalam toilet ( denda yg paling takut dari kecik)


hmmm.... apa lagi ya.....


11. x pandai nak marah orang....


12. x pernah bercinta


13. pernah putus nafas 10 minit masa dalam ICU (alhamdulillah umur panjang..)


14. buat dialisis hari2, tiap2 malam until now ( boringggggggg )


15. pet deno : 2 ekor ikan gapi


16. x suke cicak tp suke katak yg berwarna hijau bermata merah 


17. mudah maafkan orang


18. suka kartun mr. bean kat disney channel


19. pakai spek sejak beurmur 10 tahun ( 24 hours pakai spek minus time tido n mandi )


20. simple2 jew kalo berpakaian


 hmm...


21. kalo kuar, suka pakai seluar n shirt jew... huhu :p


22. suka baca buku keluaran PTS One.. syok tau! (^_^)


23. minat penulis : Ain Maisarah n JK Rowling


24. suka barbie doll, hello kitty n teddy bear


25. suka berkawan... :)


fuh!! lega..... siap juga akhirnya.. penat deno fikir... ok, sekarang turn deno pula nak tag kawan2.. mari kita lihat siapa yang kena.... (^_^)


1.  bubbleLyna
2.  green Syndicate
3.  pakcikLie
4.  gulagulaberacun
5.  cikyuyue
6.  mysweetlolipop
7. asmaroro
8 .makcekSARA
9. bolehCakap
10. peja
11. izamir ridzwan
12. senyum-senyum
13. blueRiders
14. mish
15.destinasiYangSatu


alamak... deno da xtau nak tag sape lagi... cukup sini je la.. sowi (^_^)



5 SLE Supporters :):

Personal

Entry pagi

October 22, 2010,2 Comments


 pagi2 da wat entry baru
sebenarnye deno da mengantuk 
jap lagi nak tido... tapi nak buat jugak satu entry

tadi missSenget n gigiRongak tag deno
untuk Mencari Identiti Blogger Yang Hilang..
rasa macam nak buat sekarang tapi mata da mengantuk
esok pagi awal2 nak bersiap ke Genting Highlands wit abah, amik ma kat sana

so, kalo free esok mayb deno buat
sabar ya missSenget n gigiRongak..


zzzzZZZ..

tata (^_^)

2 SLE Supporters :):

Ubat Deno

Deno ambil ubat

October 21, 2010,0 Comments


http://www.emocutez.com
so bored....

hari nie deno pegi hospital
macam biasa setiap bulan kena ambil bekalan ubat
ramainya orang kat farmasi hospital hari nie, dekat 2 jam juga deno tunggu
boringnye deno tunggu, bosan tahap cipan da rasanya... naseb baik x jadi cipan!!
sampaikan lepas dapat ubat tadi, xde mood nak makan tengahari.... ("_")

nasib baik abah pandai naikkan mood deno
balik je dari hospital, abah ajak g mcD.. hihi.. macam tahu je deno suke mcD
thanks abah!! abah memang faham deno! (^_^)
deno makan bubur ayam, apple pie n minum milo..... 
kenyangggg sampai sekarang... hihihi..

http://www.emocutez.com

tata (^_^)


0 SLE Supporters :):

INFO

Wanita Menangis 64kali Setahun

October 20, 2010,6 Comments

Menurut satu kompilasi kajian saintifik yg dijalankan oleh Persatuan Oftamologi jerman, secara puratanya, wanita menangis di antara 30 hingga 64 kali setahun. sedangkan lelaki hanya menangis sekitar enam hingga 17 kali dalam tempoh yang sama. Tempoh tangisan lelaki biasanya berlangsung sekitar dua hingga empat minit manakala sesi tangisan wanita pula kira-kira 6 minit.

Para penyelidik mendapati wanita menangis ketika dibelenggu sesuatu masalah yang sukar diselesaikan atau apabila teringat kenangan lampau. Lelaki pula lazimnya menangis apabila mengasihani orang lain atau ketika berdepan dengan kegagalan sesuatu hubungan. Fungsi sebenar menangis masih tidak dikenal pasti.

Namun. tangisan dipercayai menjanjikan sesuatu kesan yang melegakan tuan empunya badan... 

Psst2... Bagi deno kalau menangis memang melegakan................................


tata (^_^)


6 SLE Supporters :):

Cerita Lawak

KETAWA itu SIHAT

October 20, 2010,5 Comments

KONVOKESYEN

Hakim      : Sebelum kamu menjalani hukuman mati, apa permintaan terakhir kamu?
Banduan  : Saya ingin melihat majlis konvokesyen anak saya.
Hakim      : Baiklah, permintaan kamu itu saya tunaikan. Bila majlis konvokesyen itu?
Banduan  : Tahun ini, anak saya baru 6 tahun. Kalau akademiknya okey, kira-kira 17 tahun lagi, tuan hakim.
Hakim      : ???????

LALAT

Seorang lelaki yang bernama Osman singgah ke restoran dan memesan SUP Gear BOX. Setelah beberapa lama menunggu, akhirnya pelayan siap menghidangkan sup itu di meja. Walaubagaimanapun, belum sempat menjamah sup itu, Osman ternampak seekor lalat terapung-apung di dalam supnya. Osman berasa marah dan memanggil pelayan itu.
Osman  : Kenapa lalat ini berada di dalam sup saya?
Pelayan : Saya fikir lalat itu lapar tuan.
Osman  : !@#$%!!

BERAPA BULAN

Seorang wanita yang sarat hamil pergi ke bank untuk membayar hutang rumahnya yg tertunggak selama 3 bulan. Apabila tiba gilirannya di kaunter, pegawai berkenaan terus bertanya tentang sewa yang ingin dibayar
Wanita hamil : Selamat pagi, encik.
Pegawai         : Ya, selamat pagi. Hmm, berapa bulan ni?
Wanita hamil : Lapan bulan dah (dengan tersipu-sipu mengusap perutnya)
Pegawai         : Biar betul. kenapa lama sangat ni??
Wanita hamil : Yang encik sibuk hal saya apasal? Suka hati sayalah nak mengandung dulu ke, sekarang ke!!
Pegawai         : Eh, eh.. Puan ni nak mengamuk tak tentu pasal ni kenapa? Maksud saya tadi, dah berapa  bulan puan tak bayar sewa rumah.. Bukan pasal kandungan pun tu..!!
                    
ADIK

Seorang budak lelaki berumur 7 tahun menangis keseorangan kerana tertinggal van sekolah. Tangisan budak itu didengari oleh seorang wanita yang kebetulan melalui jalan itu. Wanita itu memujuk budak itu sehingga dia berhenti menangis.
Wanita : Kenapa menangis ni?
Budak  : Saya tertinggal van sekolah.....
Wanita : Oh, ye ke? Kesiannya.... Jom kakak tolong hantar.. Hmm, adik nama apa, adik sekolah kat mana?
Budak  : (berhenti menangis) Saya mana ada adik! Macam mana adik saya nak pergi sekolah...? 
Wanita : ?????


http://www.emocutez.com

tata (^_^)

5 SLE Supporters :):

Personal

HELP deno

October 20, 2010,1 Comments

http://www.emocutez.com
bermula esok deno kena puasa
coz nak turunkan berat badan deno
berat deno naik dari 29kg ke 31kg!!
yg masalahnya bukan berat isi badan tapi isi air!

Oleh sebab deno sakit, doktor hadkan deno minum air hanya 500ML sehari. Tapi dengan cuaca yg panas nie, deno x tahan la kalo x minum byk air! Selepas bulan puasa, berat deno naik sebab byk minum air, deno overload! Bila overload, mula la darah tinggi! Bila dah darah tinggi, deno mula migrain n sakit kepala. So, deno kena puasa dalam seminggu atau lebih, nak dapatkan balik berat normal!!

Seksa betul terpaksa hadkan minum air, deno pula jenis suka minum air banyak! Kalau jumpa doktor bulan depan dgn keadaan macam nie, konpem masuk wad!!oh, tidak!!!!!

Deno paling benci tinggal di wad coz boringggggg! Deno da pernah tinggal di wad 4 bulan x balik mula2 sakit dulu.. Sekarang, bau makanan hospital pun nak muntah! Wekk! Loya deno bila time makan.....

kepada kawan2
ada x tips nak elak deno daripada minum air banyak?

HELP deno! Please....... ("_")


http://www.emocutez.com



1 SLE Supporters :):

Personal

hungrY!!

October 19, 2010,0 Comments







0 SLE Supporters :):

Inspiration

OPRAH Winfrey

October 19, 2010,0 Comments

ooohh OPRAH!!

I adore u!!!


Oprah, my inspiration (^_^)

0 SLE Supporters :):

Personal

MATA

October 19, 2010,4 Comments

x ada entry menarik hari nie

mata deno sakit la

bengkak sebelah, jangkitan kuman

tapi da pergi klinik, doktor bagi ubat

harap2 cepat sembuh coz nak celik luas2 sakit..

mata oooh mata, cepatlah engkau sembuh..


tata (^_^)



4 SLE Supporters :):

Dressing

Hospital Lagii..

October 17, 2010,2 Comments

VENUE : Hospital Sultanah Nur Zahirah, K.Trg
UNIT : Unit Nefrologi
ROOM : CAPD Room
TIME : 10.00 am - 01.05 pm

hari ni awal2 deno da bersiap
deno ke hospital bersama abah coz hari nie ada rawatan
macam biasa la, kena amik darah, air solution kena cek n lastly nak tukar transferSet deno

Setiap 6 bulan deno kena tukar transferSet, nak jaga fungsinya coz bimbang rosak, nanti xbleh buat dialisis pula.. So, kena tukar slalu..  First sekali, kena buat bloodTest dulu..

hari nie ckit jew amik darah, 2 botol kecik :p

BloodTest biasa dibuat setiap bulan.. Lepas bloodTest, deno beri nurse (kakLah) untuk cek air solution deno jernih atau x, lepas tu air tu perlu dihantar ke makmal untuk test jugak.. Lastly, baru la nak tukar transferSet kat perut.. hihi... geli la cabut plaster.. kihkihkih deno ketawa..

deno sempat lagi bergambar sebelum baring

nie alat2 nak dressing n tukar transferSet, blom letak iodin lg nie

Biasanya kakLah tolong buatkan proses nie untuk deno, kakLah buat x sakit n sgt berhati-hati. So, deno x rasa apa2 pun, thanks kakLah!! Khamis nanti pun kena jumpa lagi, nak amik ubat pula.. Stok ubat da nak habis..... apa bleh buat..... cobaan.......  :)

tata (^_^)



2 SLE Supporters :):

CAPD @ APD @ dialisis

October 17, 2010,10 Comments

VENUE : atas katil
TIME : 0015
da lewat tp nak buat jugak buat satu entry
untuk share dengan kawan2 sume, x kisah kan..

(^_^)

Untuk pengetahuan semua, deno adalah pesakit SLE kidney yg sgt kronik dan kidney deno da rosak dua2. Penyakit SLE seperti deno x seperti peskit kidney biasa, kidney deno x boleh tukar. So, sekarang deno buat dialisis setiap hari iaitu pada waktu malam. Sekarang nie, deno baru siap buat dialisis dan mcm biasa, sebelum tido mesti mengadap laptop nie, taptaptap menaip! hehe.. :)

Dialisis yg deno buat ni dipanggil CAPD atau Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis. Ia menggunakan sejenis air ubat yg membolehkan air ubat  ini menarik air berlebihan di dalam badan kita keluar. Mcm yg kita blaja, kidney kita fungsinya buang bahan kumuh dalam badan, kan? So, bila kidney deno da rosak, ia diganti dengan proses dialisis ini. Kalau korang yg sihat, bleh la buang air kecik! hihihi..

Ha... Deno start buat dialisis sejak tahun 2001 lagi, masa tu deno darjah 6.  Nak amik UPSR punya pasal, kena la buat dialisis nie.. Kalau x buat, kena tinggal kat hospital la buat HD atau hemodialisis iaitu cuci darah.. HD nie lagi sakit coz kena cucuk kat lengan nak masukkan wayar cuci darah.. heeee..sakit! 

Mula2 buat CAPD sakit la jugak, slalu je nangis.. Deno buat CAPD nie sejak tahun 2001 hingga tahun 2006. Ia dibuat 4 kali sehari dan setiap hari, pagi, tengahari, petang dan malam. Mula2 dulu, stress jugak! Asyik buat perkara sama jew.... Lama2, da biasa.. Kalo korang nak tau, sebelum buat CAPD, doktor akan operate kita untuk masukkan tiub di perut. Tiub tu berfungsi untuk air ubat keluar dan masuk..  Deno pakai tiub nie da 9 tahun, buat CAPD sangat kena jaga2. Kena bersih dan slalu hati2 supaya x dijangkiti kuman. Tapi, dalam masa 9 tahun nie, pernah juga kena kuman.. Sakit sangat2, da tobat dah.... kena jaga betul2!! hihihi... Ini contoh gambar kedudukan tiub CAPD :


Macam nie la deno masa buat CAPD, boring sgt2, da la kena buat 4 kali sehari! Kalau korang, larat x nak kena buat? Sebelum buat CAPD nie, deno kena lap kerusi, meja, stand dan kena basuh tangan 5 minit! Penat...........


Start sj pertengahan tahun 2006, deno tukar daripada CAPD ke APD. Iaitu buat dialisis air ini menggunakan mesin. Sebenarnye cara nie lebih senang dan kurangkan stress deno. Deno xperlu buat 4 kali sehari lagi, cuma perlu buat 1 kali sahaja iaitu pada waktu malam. Mesin ini akan tolong buatkan dialisis untuk deno dan deno tido je la.. Contohnya, kalau deno start pukul 10 mlm,  dialisis ni akan habis pukul 6 pg.Tapi kena buat setiap hari jugak... hihihi.. 

nie la mesin kat umah deno sekarang...


> cthnye mcm nie la kalo deno buat APD <

Biasanya keadaan deno mcm nie la setiap mlm buat dialisis..Jgn bimbang, deno da biasa, x sakit pun proses nie.. Pagi nanti, boleh la buka wayar.. Ha.... best x cerita dari deno? Deno gembira n seronok dapat kongsi pengalaman deno dengan korang! Walaupun deno sakit, x semestinya deno x bleh gembira!...Hidup mesti diteruskan!! Deno mesti slalu ceria dan kuat semangat coz deno tau ramaiiii orang yg masih sayangkan deno! Ma, abah, kaklong, kakngah, kak obie, kakna, kawan2 dan ramai lagi.. Insyaallah... semoga deno cepat sihat!! (eh3, perasan pula deno  nie.. hehehe)

tata (^_^) 





10 SLE Supporters :):

Family

PESAN kaklong

October 16, 2010,0 Comments



Face difficulties with courage and Life with hope...

Courage brings success, hope gives strengh..

go ahead.. don't look back..

past is gone, present is pleasant and future.. perfect..



0 SLE Supporters :):

Makan-Makan

Apple Pie

October 15, 2010,3 Comments

tetiba jew deno rindu kat apple pie mcD

rasa nak makan jew

oh apple pie, bestnye......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
esok nak g mcD la.....


(^_^)


3 SLE Supporters :):

Kawan-Kawan UiTM

My BestieS

October 14, 2010,0 Comments

VENUE : Pizza Hut
TIME : 5.30 pm
MY BESTIES : dayah, kak aziah, kak siti, fatin

seronok!!
tu la perkataan yg dpt digambarkan td
dapat juga deno berjumpe dengan kawan2 kesayangan deno

yg paling seronok coz k.siti belanja la hari nie.. time kasih banyak2 k.siti!! xsangka k.siti nak belanja! td banyak deno potpet2 dengan dayah, kak aziah, kak siti n fatin.. ye la, sambil potpet sambil makan, mula la x sedar makan banyak.. hihi..  

deno tengok semua da makin kurus, nampaknya tekanan blaja dlm sem6 nie sgt kuat.. kesian pula... tapi, hari nie korang memang best la! xde merungut pasal study pon, semua enjoy td...!! thanks korang!!!

sebelum makan 

kak aziah wit deno

apa la yg fatin potpet dgn kak siti nie

dayah paling nakal n kuat makan.. hehe

tengok! deno pun kuat makan!! haha.. :)

tata (^_^)





0 SLE Supporters :):

Kawan-Kawan UiTM

MISS kawan2

October 14, 2010,0 Comments

yeah!!
bleh jumpe kawan2!
xsabar rasanya nak jumpe besfren deno..

td baru jew kak aziah kol ajak deno makan2 esok
 lama rasanya x jumpe kawan2 sejak masuk hosp ari tu..

miSS sangat2 kat kak aziah, dayah, fatin, hani, kak siti dan ramai lagi kawan2 deno
kalau nak kenal, nie la kawan2 kesayangan deno kat uitm terengganu!








thanks buat kawan2 yg x pernah stop support deno!
korang memang best!!
> AC 110 students <
glitter-graphics.com

0 SLE Supporters :):

Personal

MA balik

October 13, 2010,1 Comments

yippi!!

hari nie

deno

hepi

coz

ma balik!!



1 SLE Supporters :):

Bora-Bora Cafe

Bora-Bora Cafe

October 12, 2010,3 Comments

BURP!
ha! bunyi apa tu??
bunyi tu tanda deno da kenyang!
deno baru saja balik dari Bora-Bora Cafe

 makan malam bersama abah, 3 hari ma xde kat umah 
ma ada kursus 3 hari di kuantan, so, deno ajak abah ke peberet cafe!

sampai kat Bora-Bora Cafe kul 9 lebih td


time2 gini orang kurang..
so, apa lagi, terus jew order peberet food deno kat sini
deno order kuetiaw cantonese! masa nie perut deno da wat konsert AF! lapar!
abah x makan, kenyang katanya.. so, abah order ABC jew... bleh tahan besarnya ABC tu..

yg bestnye kat sini, baru jew order, x sampai 5 minit, da siap!
fuh laju betul chef Abg Din masak!


deno pun makan laju jew... lapar la katakan...
best sangat2, memang tempat laen xleh lawan kot.. hehe
thanks kat chef AbgDin!!! sedap......


3 SLE Supporters :):

Game

JOM main!

October 11, 2010,0 Comments


enjoy!http://www.emocutez.com

0 SLE Supporters :):

Recormon

Ubat tukar @ Tukar ubat

October 11, 2010,2 Comments


tukar lagi??
hari nie deno ke hospital
macam biasa la..  tiap2 minggu ke hospital
tapi hari nie lain sikit, ubat biasa da ditukar pula......

ini ubat biasa deno
perlu di inject 3 kali seminggu, ini ubat untuk menambah sel2 darah merah...

RECORMON


tapi hari nie lain pula
nurse cakap bekalan ubat recormon ni da xpakai
guna jenis yg nie pula, lagi sakit tau... 
boleh tahan la sampai terkejut deno bile jarum masuk lengan... 

nie ubat terbaru
fungsinya sama sj...

EPREX 





AuocHHH!
sakiT!!!
http://www.emocutez.com

2 SLE Supporters :):

Personal

Apa Itu SLE??

October 06, 2010,8 Comments


APAKAH ITU SLE?

SLE ialah Systemic Lupus Erythematosus adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protein darah yg dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang.

FAHAMI SLE DENGAN LEBIH MENDALAM

Sehingga kini, punca sebenar SLE masih belum berjaya dikenal pasti. Ada kemungkinan ia disebabkan faktor genetik, kuman, virus, sinar ultraviolet dan ubat-ubat tertentu. Secara asas, penyakit SLE menyebabkan badan pesakit menghasilkan banyak protein darah atau antibodi. Dalam situasi yang normal, antibodi berfungsi melindungi tubuh dari sebarang jangkitan penyakit atau serangan benda asing.

Namun, bagi pesakit SLE, antibodi ini bukan sahaja melindungi badan daripada jangkitan penyakit atau bakteria,bahkan antibodi ini turut menyerang tisu badan pesakit. Lama-kelamaak pesakit akan mengalami radang dan kerosakan organ. Selain itu, antibodi turut menyerang organ, kulit, jantung, buah pinggang, paru-paru, sendi, sakur darah dan otak. Oleh sebab itu ia dipanggil penyakit auto-imun.  Penyakit Sle ada pelbagai tanda yg kadangkala disalah tafsir sebagai penyakit lain. Ia boleh berlaku secara tiba2-tiba.


SIMPTON-SIMPTON

Simpton2 SLE berbeza bagi setiap orang :-
~ cepat letih
~ sendi bengkak dan terasa sakit
~ demam tanpa sebab khusus
~ ruam-ruan pada kulit
~ buah pinggang bermasalah

Ketika SLE di tahap paling serius, pesakit akan mengalami keletihan, demam, ulser pada mulut, selesema, sakit otot dan sendi, tompok-tompok merah seperti rama-rama pada hidung dan pipi, keguguran rambut, radang pada tisu luar jantung dan paru-paru , hilang selera makan dan turun berat badan.

KESAN DARI SIMPTON


Jika organ dalaman menghadapi masalah radang, ia akan menimbulkan pelbagai tanda kepada pesakit. ia bergantung kepada organ yg terlibat. jika simpton melibatkan buah pinggang, ia menyebabkan bengkak kaki dan pengeluaran protein yg berlebihan dalam air kencing. Jika SLE dibiarkan berlarutan tanpa rawatan SLE mengakibatkan kegagalan buah pinggang. Pesakit juga amat sensitif terhadap pancaran matahari.

RAWATAN

Terdapat ubat-ubatan khusus untuk pesakit SLE seperti steroid atau gabungan bersama ubat immunosuppression adalah diperlukan.

http://www.emocutez.com
ha..... itu la serba sedikit pasal SLE yg dapat sy ceritakan
sebenarnya kawan2, sy adalah pesakit SLE sejak 11 tahun yg lalu ketika sy berumur 10tahun
hospital adalah rumah kedua sy, nurse dan doktor adalah teman2 sy di sana.......

sy disahkan mengidap SLE kidney
sekarang sy masih buat Automated Peritoneal Dialisis (APD)
sudah 9 tahun sy buat dialisis kerana kerosakan kronik buah pinggang akibat SLE ini
dialisis ini sy lakukan pada setiap hari sehingga hari ini.....
walaubagaimanapun, sy sangat bersyukur kerana masih dipanjangkan usia oleh ALLAH SWT

sy juga amat bersyukur kerana dikurniakan ma abah dan famili yg slalu menyokong sy
kawan-kawan serta pesakit2 SLE yg lain yg selalu memberi dorongan....
sebagai kenangan, inilah gambar ketika sy sakit dan xboleh berjalan.. :)



doakan sy ya....
sayangggggggggg semua!!!
http://www.emocutez.com

           

8 SLE Supporters :):

Family

Spot the hIDDEN!!

October 05, 2010,2 Comments

jom jom jom
mari kita lihat siapa paling alert
lets the game begin.......... hahahaha.....
http://www.emocutez.com


permainan menguji minda....
siapa dapat teka, dia dapat hadiah ke L.A dalam mimpi..
hihihihi...
http://www.emocutez.com


2 SLE Supporters :):