CAPD @ APD @ dialisis - Dayang Deno

17.10.10

CAPD @ APD @ dialisis

VENUE : atas katil
TIME : 0015
da lewat tp nak buat jugak buat satu entry
untuk share dengan kawan2 sume, x kisah kan..

(^_^)

Untuk pengetahuan semua, deno adalah pesakit SLE kidney yg sgt kronik dan kidney deno da rosak dua2. Penyakit SLE seperti deno x seperti peskit kidney biasa, kidney deno x boleh tukar. So, sekarang deno buat dialisis setiap hari iaitu pada waktu malam. Sekarang nie, deno baru siap buat dialisis dan mcm biasa, sebelum tido mesti mengadap laptop nie, taptaptap menaip! hehe.. :)

Dialisis yg deno buat ni dipanggil CAPD atau Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis. Ia menggunakan sejenis air ubat yg membolehkan air ubat  ini menarik air berlebihan di dalam badan kita keluar. Mcm yg kita blaja, kidney kita fungsinya buang bahan kumuh dalam badan, kan? So, bila kidney deno da rosak, ia diganti dengan proses dialisis ini. Kalau korang yg sihat, bleh la buang air kecik! hihihi..

Ha... Deno start buat dialisis sejak tahun 2001 lagi, masa tu deno darjah 6.  Nak amik UPSR punya pasal, kena la buat dialisis nie.. Kalau x buat, kena tinggal kat hospital la buat HD atau hemodialisis iaitu cuci darah.. HD nie lagi sakit coz kena cucuk kat lengan nak masukkan wayar cuci darah.. heeee..sakit! 

Mula2 buat CAPD sakit la jugak, slalu je nangis.. Deno buat CAPD nie sejak tahun 2001 hingga tahun 2006. Ia dibuat 4 kali sehari dan setiap hari, pagi, tengahari, petang dan malam. Mula2 dulu, stress jugak! Asyik buat perkara sama jew.... Lama2, da biasa.. Kalo korang nak tau, sebelum buat CAPD, doktor akan operate kita untuk masukkan tiub di perut. Tiub tu berfungsi untuk air ubat keluar dan masuk..  Deno pakai tiub nie da 9 tahun, buat CAPD sangat kena jaga2. Kena bersih dan slalu hati2 supaya x dijangkiti kuman. Tapi, dalam masa 9 tahun nie, pernah juga kena kuman.. Sakit sangat2, da tobat dah.... kena jaga betul2!! hihihi... Ini contoh gambar kedudukan tiub CAPD :


Macam nie la deno masa buat CAPD, boring sgt2, da la kena buat 4 kali sehari! Kalau korang, larat x nak kena buat? Sebelum buat CAPD nie, deno kena lap kerusi, meja, stand dan kena basuh tangan 5 minit! Penat...........


Start sj pertengahan tahun 2006, deno tukar daripada CAPD ke APD. Iaitu buat dialisis air ini menggunakan mesin. Sebenarnye cara nie lebih senang dan kurangkan stress deno. Deno xperlu buat 4 kali sehari lagi, cuma perlu buat 1 kali sahaja iaitu pada waktu malam. Mesin ini akan tolong buatkan dialisis untuk deno dan deno tido je la.. Contohnya, kalau deno start pukul 10 mlm,  dialisis ni akan habis pukul 6 pg.Tapi kena buat setiap hari jugak... hihihi.. 

nie la mesin kat umah deno sekarang...


> cthnye mcm nie la kalo deno buat APD <

Biasanya keadaan deno mcm nie la setiap mlm buat dialisis..Jgn bimbang, deno da biasa, x sakit pun proses nie.. Pagi nanti, boleh la buka wayar.. Ha.... best x cerita dari deno? Deno gembira n seronok dapat kongsi pengalaman deno dengan korang! Walaupun deno sakit, x semestinya deno x bleh gembira!...Hidup mesti diteruskan!! Deno mesti slalu ceria dan kuat semangat coz deno tau ramaiiii orang yg masih sayangkan deno! Ma, abah, kaklong, kakngah, kak obie, kakna, kawan2 dan ramai lagi.. Insyaallah... semoga deno cepat sihat!! (eh3, perasan pula deno  nie.. hehehe)

tata (^_^) 





10 comments:

  1. deno, how long do you have to keep doing this?

    i love your last paragraph! you are such a positive person dear! I adore you!

    p.s. you don't look like 21 ;)

    ReplyDelete
  2. eloW asmaroro :)

    tahun depan genap la sepuluh tahun deno buat dialisis nie..

    Sebenarnye kidney deno xbleh tukar coz deno sakit SLE. So, deno kena buat dialisis 4eva la.. SLE blom ada ubat lagi yg bleh sembuhkan,buat masa skrg deno bertahan dgn ubat jew.. hehe..:)

    Thanks coz sudi singgah kat DayangDeno!! Deno suke g kat Asmaroro but deno xpandai la cakap omputih.. hihi.. sori.. (^_^)

    ReplyDelete
  3. deno.. macam mana deno boleh hadapi semua ini dengan tabah..meimei kagum dengan deno

    ReplyDelete
  4. cahaya : time kacih2! (^_^)

    meimei : tenkiu meimei! ma dan abah pendorong deno, tanpa mereka, mungkin deno x ada sekarang nie... :)

    ReplyDelete
  5. kuatnye awk deno..semoga awk cpt sembuh ea ;)

    ReplyDelete
  6. semoga cepat sembuh!!

    awak seorang yang tabah!!

    ReplyDelete
  7. terharu baca post deno....
    semoga Allah sentiasa memberikan kehidupan yang baik kepada Deno .....

    ReplyDelete
  8. ~kagum dengan awk..kalau sy di tempat awk entah mampu ke tak :(

    ReplyDelete
  9. Hi deno...bape kos alat tu y dialisis dri kul 10pm - 6am...

    ReplyDelete