Apa Itu SLE? - Dayang Deno

6.10.10

Apa Itu SLE?


APAKAH ITU SLE?

SLE ialah Systemic Lupus Erythematosus adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protein darah yg dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang.

Image result for Lupus awareness"

FAHAMI SLE DENGAN LEBIH MENDALAM

Sehingga kini, punca sebenar SLE masih belum berjaya dikenal pasti. Ada kemungkinan ia disebabkan faktor genetik, kuman, virus, sinar ultraviolet dan ubat-ubat tertentu. Secara asas, penyakit SLE menyebabkan badan pesakit menghasilkan banyak protein darah atau antibodi. Dalam situasi yang normal, antibodi berfungsi melindungi tubuh dari sebarang jangkitan penyakit atau serangan benda asing.

Namun, bagi pesakit SLE, antibodi ini bukan sahaja melindungi badan daripada jangkitan penyakit atau bakteria,bahkan antibodi ini turut menyerang tisu badan pesakit. Lama-kelamaak pesakit akan mengalami radang dan kerosakan organ. Selain itu, antibodi turut menyerang organ, kulit, jantung, buah pinggang, paru-paru, sendi, sakur darah dan otak. Oleh sebab itu ia dipanggil penyakit auto-imun.  Penyakit Sle ada pelbagai tanda yg kadangkala disalah tafsir sebagai penyakit lain. Ia boleh berlaku secara tiba2-tiba.


SIMPTON-SIMPTON

Simpton2 SLE berbeza bagi setiap orang :-
~ cepat letih
~ sendi bengkak dan terasa sakit
~ demam tanpa sebab khusus
~ ruam-ruan pada kulit
~ buah pinggang bermasalah

Ketika SLE di tahap paling serius, pesakit akan mengalami keletihan, demam, ulser pada mulut, selesema, sakit otot dan sendi, tompok-tompok merah seperti rama-rama pada hidung dan pipi, keguguran rambut, radang pada tisu luar jantung dan paru-paru , hilang selera makan dan turun berat badan.

KESAN DARI SIMPTON


Jika organ dalaman menghadapi masalah radang, ia akan menimbulkan pelbagai tanda kepada pesakit. ia bergantung kepada organ yg terlibat. jika simpton melibatkan buah pinggang, ia menyebabkan bengkak kaki dan pengeluaran protein yg berlebihan dalam air kencing. Jika SLE dibiarkan berlarutan tanpa rawatan SLE mengakibatkan kegagalan buah pinggang. Pesakit juga amat sensitif terhadap pancaran matahari.

RAWATAN

Terdapat ubat-ubatan khusus untuk pesakit SLE seperti steroid atau gabungan bersama ubat immunosuppression adalah diperlukan.



ps/ : saya adalah pengidap SLE Lupus Nephritis class IV


8 comments:

  1. dyg :)
    tc ok, saket ape pon yg pentg kte kene kuat ! jgn cepat putus asa ok? syg dyg :)

    ReplyDelete
  2. thanks yulie!!
    yulie pon take care yau!
    nanti balik ganu gtau ya, kite bleh jumpa.. :)

    ReplyDelete
  3. u r osem , ta benti2 baca pos kamu , menarik cgt , be strong owez ^^

    ReplyDelete
  4. dik,kuatkan semangat ye..:kesian kat awk..apa2pun jgn lupa bhawa allah sentiasa ada bersama awk..mintka doa byk2..jaga kesihatan..mak akak pulak ade penyakit kegagalan buah pinggang,smpai skrg kene dialisis gak..mmg kesian..tp berat mata memandang,berat lagi bahu yg memikul..semoga adik kuat ye..jgn sedih2..ALLAH syg awk,sbb tu diuji mcm tu..senyum2 selalu ye :)

    ReplyDelete
  5. ya Allah..tabah ye sayang...

    smoga cpt smbuh! (xde pe yg mustahil lam dunia ni...dgn izin Allah)

    ReplyDelete
  6. ALLAH sentiasa ada bersama kita...Doa senjata mukmin..syurga idaman mukmin..caiyokx2

    ReplyDelete