KETAWA itu SIHAT - Dayang Deno

20.10.10

KETAWA itu SIHAT

KONVOKESYEN

Hakim      : Sebelum kamu menjalani hukuman mati, apa permintaan terakhir kamu?
Banduan  : Saya ingin melihat majlis konvokesyen anak saya.
Hakim      : Baiklah, permintaan kamu itu saya tunaikan. Bila majlis konvokesyen itu?
Banduan  : Tahun ini, anak saya baru 6 tahun. Kalau akademiknya okey, kira-kira 17 tahun lagi, tuan hakim.
Hakim      : ???????

LALAT

Seorang lelaki yang bernama Osman singgah ke restoran dan memesan SUP Gear BOX. Setelah beberapa lama menunggu, akhirnya pelayan siap menghidangkan sup itu di meja. Walaubagaimanapun, belum sempat menjamah sup itu, Osman ternampak seekor lalat terapung-apung di dalam supnya. Osman berasa marah dan memanggil pelayan itu.
Osman  : Kenapa lalat ini berada di dalam sup saya?
Pelayan : Saya fikir lalat itu lapar tuan.
Osman  : !@#$%!!

BERAPA BULAN

Seorang wanita yang sarat hamil pergi ke bank untuk membayar hutang rumahnya yg tertunggak selama 3 bulan. Apabila tiba gilirannya di kaunter, pegawai berkenaan terus bertanya tentang sewa yang ingin dibayar
Wanita hamil : Selamat pagi, encik.
Pegawai         : Ya, selamat pagi. Hmm, berapa bulan ni?
Wanita hamil : Lapan bulan dah (dengan tersipu-sipu mengusap perutnya)
Pegawai         : Biar betul. kenapa lama sangat ni??
Wanita hamil : Yang encik sibuk hal saya apasal? Suka hati sayalah nak mengandung dulu ke, sekarang ke!!
Pegawai         : Eh, eh.. Puan ni nak mengamuk tak tentu pasal ni kenapa? Maksud saya tadi, dah berapa  bulan puan tak bayar sewa rumah.. Bukan pasal kandungan pun tu..!!
                    
ADIK

Seorang budak lelaki berumur 7 tahun menangis keseorangan kerana tertinggal van sekolah. Tangisan budak itu didengari oleh seorang wanita yang kebetulan melalui jalan itu. Wanita itu memujuk budak itu sehingga dia berhenti menangis.
Wanita : Kenapa menangis ni?
Budak  : Saya tertinggal van sekolah.....
Wanita : Oh, ye ke? Kesiannya.... Jom kakak tolong hantar.. Hmm, adik nama apa, adik sekolah kat mana?
Budak  : (berhenti menangis) Saya mana ada adik! Macam mana adik saya nak pergi sekolah...? 
Wanita : ?????


http://www.emocutez.com

tata (^_^)

5 comments: