KETAWA itu SIHAT(2) - Dayang Deno

27.10.10

KETAWA itu SIHAT(2)

AYAM

Selepas berjaya mencuri 3 ekor ayam, seorang pencuri segera pergi mendapatkan pembeli ayam. "saya hendak menjual ayam-ayam ini," katanya. 
    "Dari mana kamu dapat?"tanya pembeli ayam. "Saya mencurinya," jawab pencuri itu."Tidakkah kamu tahu bahawa mencuri itu salah di sisi undang-undang dan berdosa di sisi agama?"Saya tahu," jawab si pencuri,"sebab itulah saya tak mahu simpan ayam-ayam ini."

MACAM-MACAM

Situasi 1

Sam : Dah dua kali perompak yang sama datang merompak di kedai kita.
Dol  : Tu lah, aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

Situasi 2

Sam : Semalam aku nampak hantu
Dol  : Uihh! Kau terkejut tak?
Sam : Taklah. Hantu tu terkejut tengok aku!
Dol  : Mana kau tahu?
Sam : Aku tengok muka dia pucat semacam jer..

SALAH JALAN

Pak Abu, seorang lelaki berusia 80 tahun ingin memandu kereta sendiriran. Walaupun Mak Esah, isterinya menasihati beliau agar meminta pertolongan anak mereka, Syukri, namun Pak Abu masih dengan egonya. Baginya, dia masih kuatdan boleh memandu kereta.

Sedang leka memandu di jalan raya tol, tiba-tiba, telefon bimbitnya berbumyi. Rupa-rupanya Mak Esah yang menghubunginya. Isterinya memintanya supaya berhati-hati.

"Abang, berhati-hati ya. Tadi saya dengar di radio.ada sebuah kereta yang memandu pada arah yang salah di jalan tol.hati-hati bang, jangan laju sangat".

"Gila! Bukan sebuah, tapi beratus-ratus kereta ni yang salah jalan!"


tata (^_^)


7 comments: