ORANG-ORANG Yang Tak Suka Cuti Sekolah - Dayang Deno

30.11.10

ORANG-ORANG Yang Tak Suka Cuti Sekolah


     Cuti sekolah menjelma lagi.... Tapi bukan semua orang suka. Ada jugak beberapa golongan yang tak suka bila tiba cuti sekolah. Berikut adalah hasil temu bual....

AHMAD RAMZAN (kerani aka despatch sekolah)
"Memang la saya nie kerani sekolah, hari2 saya datang sekolah tapi bila sekolah cuti saya kena kerja macam biasa. Mana tak bengang bila tengok cikgu lambai-lambai tangan bila last day sekolah."

MOHD RAZAK (tukang kebun sekolah)
"Baru 2 hari pakcik tak datang kerja orang ingat sekolah nie zoo. Kalau pakcik cuti sekali masa cuti sekolah konpem la sekolah nie jadi hutan. Semua pakcik kena buat, tanam pokok,cabut pokok, siram pokok.."

MAKCIK TEMAH (owner kantin sekolah)
"Makcik nie orang meniaga, budak2 sekolah tu la yang beli kat makcik. Sekarang sebulan diaorang cuti, makcik nak buat apa? Takkan makcik yang jual, makcik nak beli balik..? Err... kau nak apa2 tak?"

SUKRI SAAT (driver bas sekolah)
"Sebulan diaorang cuti, sebulan saya takde kerja. Ye la, takkan la saya nak jadikan bas saya nie bas awam, siapa yang nak naik? Nak bawak teksi saya tak tau jalan, saya tau jalan nak pergi sekolah je.."

SUPARJO MARJO (penjual aiskrim di luar sekolah)
"Dah budak2 nie cuti, siapa lagi mau beli aiskrim dari wak? Tukang kebun? Jaga sekolah? Diaorang kalau beli semuanya nak berhutang. Budak sekolah nie kalau beli diaorang bayar cash. Tu yang wak tak suka cuti sekolah nie."

BIBIK (pembantu rumah)
"Waduh pak, bikin pingin saya pak... udah dikemas kotor lagi. Mana boleh pak, saya manusia bukan robot asik mau kemas segalanya. Maka pak, saya tak suka bila ada cuti sekolah. Biar terusan sekolah saya suka pak... tolong ya pak, tahun depan jangan bikin cuti sekolah lagi..."

~ Psst2, deno suka cuti sekolah (^_^)

12 comments: