KETAWA itu SIHAT(3) - Dayang Deno

2.11.10

KETAWA itu SIHAT(3)

...sambungan ketawa itu sihat2

SILAP KERETA

Di suatu malam minggu, polis melakukan satu sekatan jalan raya di tengah-tengah bandar. Seorang lelaki yang mabuk ditahan polis bagaimanapun terlepas kerana melarikan diri setelah berlaku satu kemalangan di depan mata. Polis yang menahannya pula terpaksa beralih kepada kemalangan teruk tidak jauh dari tempat dia ditahan. Keesokan harinya pintu rumah lelaki ini diketuk...

Polis    : "Awak ke mana semalam?"
Lelaki : "Tak ke mana encik, saya kat rumah sepanjang malam."
Polis    : "Betul apa awk cakap?"
Lelaki : "Betul encik. Sumpah saya di rumah saja. Kalau tak percaya tanya 'housemate' saya... "
Polis    : "Betul ker? Mari sini, keluar sekejap.Tengok.. tu kereta siapa tu..?"
Lelaki : "hahhhhhh!!!.... "(macam nak pengsan bila tengok rupa-rupanya dia tersilap bawak balik kereta polis yang sama macam kereta Wira putih dia)

POSMEN

Seorang posmen yang datang menghantar surat..

Posmen          : "Assalamualaikum.."
Tuan Rumah : "Waalaikummussalam"
Posmen          : "Ni rumah encik Sameon ye..?"
Tuan Rumah : "Ya saya."
Posmen          : "Pening kepala saya mencari alamat rumah encik ni"
Tuan rumah   : Buat susah je encik! nape tak pos je.."
Posmen          : Grrrrr...

AYAM VS JAGUNG

Seorang lelaki pesakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakan dirinya. Akhirnya lelaki tersebut dimasukkan ke hospital sakit jiwa. Selepas beberapa bulan, doktor pun melakukan beberapa ujian ke atas lelaki ituuntuk pastikan sama ada dia telah pulih atau pun tidak.

Doktor  : Kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki   : Ya doktor
Doktor  : Siapa kamu sebenarnya?
Lelaki   : Saya ini manusia doktor.
Doktor  : Ya ke.. Bukan jagung?
Lelaki   : Bukan. saya manusia.
Doktor  : Hmm... bagus. Nampaknya kamu sudah sembuh.
Lelaki   : Tetapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor  : Apa dia?
Lelaki   : Ayam tahu tak yang saya dah berubah menjadi manusia..?
Doktor  : Pulak!

4 comments: