TAK SALAH Sekiranya Pakwe Korang Hadiahkan.... (^_^) - Dayang Deno

4.11.10

TAK SALAH Sekiranya Pakwe Korang Hadiahkan.... (^_^)

http://www.emocutez.com

RANTAI

Nak beli rantai emas memang la mahal. Tak semestinya pakwe kena bagi rantai emas, tak salah kalau korang dapat rantai basikal atau rantai motor. nanti kalau tak digunakan, boleh bagi bapak korang untuk motornya..

KASUT

Nak membeli dan memilih kasut kasut perempuan memang pakwe susah. Jadi tak salah jugak kalau pakwe korang hadiahkan kasut getah, pasal kasut nie bapak atau mak korang pun boleh guna untuk pegi motong getah atau berkebun.

BUKU RESEPI

Daripada pakwe korang hadiahkan novel jiwang2 karat yang entah apa2, tak salah kalau dia hadiahkan buku resepi.Walaupun korang tak pandai masak atau buku ni tak berguna untuk korang, tapi mak korang pun boleh guna buat panduan masak.

KAIN BATIK

Ramai awek zaman sekarang nie tak reti pakai kain batik. Kalau pakwe korang hadiahkan memang bagus tapi kalau korang tak guna pun tak kisah coz emak korang ada untuk gunakan kain batik tu..

BOLA

Tak salah pakwe korang bagi hadiah bola. Memanglah korang bukan pemain bola, tapi adik lelaki korang boleh main bola tu, jadi tak payah beli bola, jimat...

IKAN

Leceh kan kalau ada pakwe bagi hadiah ikan? Tak salah kalau tak suka, bagi je pada yang suka membelanya. Kalau tidak bawak ke dapur dan siang untuk dibuat lauk. Nak best, pelawa pakwe korang makan nasik kat rumah korang dan hidangkan lauk tadi.

BAJU KELAWAR

Tak suka tak apa... potong cantik2 jadi kain perca. jahit dengan kain-kain lain kemudian jadikan kain selimut atau pun pengelap kaki depan pintu. Cantik.... tak caya, cuba buat..


~ Psst2,  (^_^)

6 comments: