WIRA Kecil - Dayang Deno

12.11.10

WIRA Kecil

NAMA : Charlie Simpson
UMUR : 7 Tahun
SUMBANGAN : Berbasikal mengelilingi bandar untuk mengumpul dana
sumbangan bagi para korban Haiti.

     Charlie memulakan usahanya dengan memberi pesanan singkat 'Nama saya Charlie Simpson, saya sedang berusaha mengadakan kegiatan basikal mengelilingi bandar untuk mengumpulkan dana bagi Haiti kerana di sana sedang terjadi gempa bumi dan ramai orang kehilangan nyawa. Saya ingin mengumpulkan wang untuk membeli makanan, air dan khemah bagi seluruh mangsa gempa Haiti'. Charlie berharap dapat mengumpulkan wang sebanyak 500 euro dengan berbasikal sejauh 15 batu di sekitar taman bandar. Namun usahanya telah menyentuh hati orang ramai dan berjaya mengumpul 120,000 euro bagi mangsa gempa bumi Haiti.

NAMA : Nathan Thompson
UMUR : 9 Tahun
SUMBANGAN : Menyelamatkan ibunya daripada ditikam orang yang 
tidak dikenali

     Budak kecil ini tertikam di bahagian wajah saat dia bergelut untuk menyelamatkan ibunya daripada ditikam  oleh seseorang yang tidak dikenali. Nathan Thompson melompat ke atas badan Hugh Clark, seorang pemabuk yang ingin menikam ibu Nathan, Ena ketika mereka berada di jalan pada malam hari. Pambuk itu lalu beralih ke arah Nathan dan menghunuskan pisau ke arah Nathan setelah menusuk Ena sebanyak 8 kali. Kedua-duanya selamat ditolong pihak berwajib yang berada di sekitar tempat kejadian.

NAMA : Lin Hao
UMUR : 8 Tahun
SUMBANGAN : Menyelamatkan kawan sekelasnya ketika gempa bumi

     Lin Hao pelajar kelas 2 sekolah rendah dan menjadi ketua kelas. Ketika gempa bumi melanda, seluruh bangunan runtuh dan menimpa Lin Hao serta kawan-kawannya. Seluruh pelajar berusaha lari menyelamatkan nyawa masing-masing. namun, sebelum Lin Hao lari dari bencana itu, dia kembali ke bangunan runtuh itu dan menyelamatkan kedua kawannya yang tersepit antara bangunan yang runtuh. katika ditanyakan mengapa dia mahu mempertaruhkan nyawanya untuk kedua orang kawannya, dia menjawab" saya adalah ketua kelas dan menjadi tenggungjawab saya atas keselamatan kawan-kawan saya".

NAMA : Alexis Goggin
UMUR : 7 Tahun
SUMBANGAN : Menggunakan badannya sebagai pelindung untuk melindungi ibunya

     Alexis Goggin, budak pelajar kelas 1 sekolah rendah ini dipanggil sebagai 'malaikat dari syurga' setelah dia melompat di depan seorang lelaki bersenjata dan menjadikan badannya sebagai pelindung untuk menghalang 6 peluru yang ditembak pada ibunya. Ibu Alexis, Selietha Parker, 30, tertembak di bahagian kiri pelipis dan lengannya oleh teman lelakinya yang mengamuk dan sebelum dia menembakkan pelurunya ke arah Selietha, Alexia melompat ke hadapn penembak dan meminta agar tidak mengambil nyawa ibunya.

7 comments: