Sekilas......... Diet! - Dayang Deno

30.12.10

Sekilas......... Diet!



SESETENGAH ORANG BEGITU mudah menambah berta badannya berbanding dengan orang lain. Jadi, makanlah dengan mengikut umur, berat badan kamu dan aktiviti yang dilakukan bagi mengimbangi keperluan kalori kamu!

GUNA SUSU RENDAH LEMAK bagi menggantikan santan dalam masakan kamu.Masukkan kentang, tomato atau bawang yang dikisar untuk memekatkan kuah.

KURANGKAN pengambilan makanan segera. Hadkan memakan makanan segera tidak lebih dari dua kali sebulan.

APABILA MEMBELI MAKANAN bertin atau berbungkus, bacalah label bagi membantu kamu memilih makanan yang berkhasiat dan menjimatkan.

SAMA ada di ruma atau di restoran, pastikan dahulu saiznya.

BELAJARLAH UNTUK MAKAN sekadar untuk mengalas perut dan bukanlah berhenti apabila perut benar-benar penuh.

SEBENARNYA, MAKANAN RENDAH LEMAK masih mempunyai lemak. Malah ada sesetengah makanan yang rendah lemak mempunyai kalori yang tinggi.

UNTUK KURUS,  KAMU MESTI MAKAN! Jangan sekat makanan tetapi makan ikut sistem berjadual.





1 comment:

  1. nice entry akak sayang.. iha ni kurang makan, tapi badan tak kurus2 jugak.. huhu..

    p/s: akak jgn terkejut tau, iha tetiba nak jadi nakal.. gi bukak entri akak yg dulu2, hihi.. :p

    ReplyDelete