MAIN Doktor-doktor

November 30, 2010,5 Comments


woooot2,,
hari nie adam khalef x pergi umah pengasuh die
so, cikCu yang kena layan dia tengahari nie
macam2 nak.... tadi nak main doktor-doktor

so, cikCu layan je la
cikCu kena jadi patient
siap kena cucuk n kena operate lagi
comel jew adam jadi doktor
harap2 bila besar nanti jadi doktor pakar...


(^_^)

5 SLE Supporters :):

Cerita Lawak

ORANG-ORANG Yang Tak Suka Cuti Sekolah

November 30, 2010,12 Comments


     Cuti sekolah menjelma lagi.... Tapi bukan semua orang suka. Ada jugak beberapa golongan yang tak suka bila tiba cuti sekolah. Berikut adalah hasil temu bual....

AHMAD RAMZAN (kerani aka despatch sekolah)
"Memang la saya nie kerani sekolah, hari2 saya datang sekolah tapi bila sekolah cuti saya kena kerja macam biasa. Mana tak bengang bila tengok cikgu lambai-lambai tangan bila last day sekolah."

MOHD RAZAK (tukang kebun sekolah)
"Baru 2 hari pakcik tak datang kerja orang ingat sekolah nie zoo. Kalau pakcik cuti sekali masa cuti sekolah konpem la sekolah nie jadi hutan. Semua pakcik kena buat, tanam pokok,cabut pokok, siram pokok.."

MAKCIK TEMAH (owner kantin sekolah)
"Makcik nie orang meniaga, budak2 sekolah tu la yang beli kat makcik. Sekarang sebulan diaorang cuti, makcik nak buat apa? Takkan makcik yang jual, makcik nak beli balik..? Err... kau nak apa2 tak?"

SUKRI SAAT (driver bas sekolah)
"Sebulan diaorang cuti, sebulan saya takde kerja. Ye la, takkan la saya nak jadikan bas saya nie bas awam, siapa yang nak naik? Nak bawak teksi saya tak tau jalan, saya tau jalan nak pergi sekolah je.."

SUPARJO MARJO (penjual aiskrim di luar sekolah)
"Dah budak2 nie cuti, siapa lagi mau beli aiskrim dari wak? Tukang kebun? Jaga sekolah? Diaorang kalau beli semuanya nak berhutang. Budak sekolah nie kalau beli diaorang bayar cash. Tu yang wak tak suka cuti sekolah nie."

BIBIK (pembantu rumah)
"Waduh pak, bikin pingin saya pak... udah dikemas kotor lagi. Mana boleh pak, saya manusia bukan robot asik mau kemas segalanya. Maka pak, saya tak suka bila ada cuti sekolah. Biar terusan sekolah saya suka pak... tolong ya pak, tahun depan jangan bikin cuti sekolah lagi..."

~ Psst2, deno suka cuti sekolah (^_^)

12 SLE Supporters :):

Cerita Lawak

KENAPA Tak Suka Cuti Sekolah?

November 30, 2010,1 Comments


     Majoriti bebudak sekolah memang suka bila ditanya pasal cuti.  Minoriti yang tidak suka mesti bersebab... antara sebab2 yang popular ialah.....

  • Sebab kena jaga adik. Selagi adik tak tidur, terpaksa la tengok-tengokkan tingkah adik.
  • Mak asyik suruh kemas rumah. Pantang bersepah sikit mesti kena kemas.
  • Kena tolong bapak berkebun, hias laman rumah, basuh keta atau macam2 lagi
  • Tak dapat nak jumpa member2 kamcing coz ramai member yang balik kampung.
  • Tak dapat duit belanja sekolah coz cuti sekolah. Ini bermakna belanja harian juga cuti.
tata (^_^)

1 SLE Supporters :):

Family

DENO Baru Balik! (^_^)

November 29, 2010,4 Comments

http://www.emocutez.com

salam petang semua....
tentu ramai sahabat2 deno tertanya-tanya
kenapa deno menyepi 5-6 hari nie dari meng'update' blog dan ber'blogwalking'

sebenarnya deno ke johor bahru
ke rumah kaklong deno di sana
biasa la kalau ke sana, x sempat nak on9 pun
deno mesti sibuk melatyan anak buah
macam2 nak cikCu dia nie buat

si Sarah Aina
nak cikCu melukis, mewarna, main masak2
main barbieDoll, teman tengok citer kartun..

si Amir Amsyar
nak cikCu main perang2, main sorok2
melukis, gunting2 kertas..

memang penat layan 2 semut nie
tapi sayang punya pasal, deno layan je la...
lagipun diaorang jarang2 balik terengganu..
deno sampai terengganu dari jB pukul 11 mlm semalam
nanti deno akan mula berBW n meng'update' lagi..

tata (^_^) 

4 SLE Supporters :):

Blood Test

MY Blood Test

November 22, 2010,13 Comments


wooot2...
da lewat mlm tapi deno duk mengadap latop lagi
jalan2 kat blog kawan2 baca entry yg menarik
esok pagi deno nak kena bangun awal2
macam biasa la.. perkara yg deno sgt bosan
blood test!

slalu jew kena buat 
setiap kali nak jumpe doktor
kena buat blood test dulu
kalau ikut hati
malas deno nak pergi
deno ibaratkan nurse tu mcm drakula
suka amik darah orang.....

dulu, mula2 sakit
deno takut sgt2.. takut sakit bile jarum masuk badan
tapi bila da biasa, bukan takut
tapi bosan asyik kena cucuk...
macam xde keje lain.....
sampaikan kalo x jumpe urat kat tgn, kat kaki pun kena cucuk
yg deno ingat, paling byk kena cucuk masa nak amik darah
6 kali cucuk baru dapat darah.. 
masa tu mengalir jugak air mata... xtahan!!!!!

biasa tangan kiri la..
tangan kanan da keras urat, slalu sgt cucuk
harap2 pagi esok senang la nurse amik darah
boleh balik cepat!!! hihi...
pray for me.... (^_^)

13 SLE Supporters :):

Personal

SATE Ikan

November 21, 2010,8 Comments


wooot2...
baru2 nie deno kuar jalan2 dgn ma abah kat bandar
tiba2 jumpe orang jual sate ikan kat depan kedai
 deno teringat zaman2 sekolah rendah dulu
balik sekolah mesti pakcik yg jual sate ikan ada depan pagar sekolah

kalau yang x kenal sate ikan tu
ha.... nie la sate ikan yg deno citer tu.. (^_^)


sate ikan nie ada kuah pedas dan manis
dulu harganya seposen je sebatang
sekarang seringgit 4 batang, da makin mahal pulak
dulu kalau balik sekolah deno slalu jugak beli.. hihihi :
 pakcik jual sate ikan macam nie la....


tapi tu dulu..
sekarang jarang2 jumpa dah...
kalau ada pun kat pasar malam....
oleh sebab da lama x makan, deno pun beli la seringgit...
sekejap je, licin!!!

tata (^_^)

8 SLE Supporters :):

INFO

PANGGIL Nama Manja

November 21, 2010,1 Comments


    Tahukah anda, dengan memanggil orang yang anda sayangi dengan nama manja akan membuatkannya bahagia. Begitu juga dengan anda, sekiranya anda mempunyai teman istimewa, tidak salah sesekali memanggilnya dengan nama manja.  Katakanlah anda sudah berkahwin dalam tempoh yang lama, ia tidak menjadi masalah.  Malah ia akan lebih menyeronokkan dan mengembalikan nostalgia lama. Anda juga boleh menngunakan panggilan manja dengan teman-teman yang rapat dengan anda. Percayalah, panggilan begini membuatkan hari mereka lebih bermakna!


~ Psst2, deno miSS mySweetCandyGirl, Yuyue......

1 SLE Supporters :):

Personal

KENAPA Kaka Diam..?

November 20, 2010,8 Comments

         Hari nie deno banyak termenung... fikir masa depan.. sempatkah deno dewasa seperti sahabat2 deno yang lain...?
http://www.emocutez.com

Deno : Kaka, tiba2 deno rasa sedih dan takut...
Kaka : ..........
Deno : Masuk bulan 12 nie, genap 11 tahun deno sakit SLE nie... rasa2 ada harapan baik x?
Kaka  ..........
Deno : Dulu, dr. lim cakap, penyakit nie blom ada ubat... ubat yang deno makan untuk bertahan jew... kaka rasa macam mana..?
Kaka : ..........
Deno : Kadang2 deno rasa takut sangat, ramai kawan2 deno kat hospital meninggal masa tido, tengok tv.. adakah satu hari deno seperti mereka..?
Kaka : ..........
Deno : Rasa2 kan, deno sempat x  tua..?
Kaka : .........
Deno : Kenapa deno rasa macam nie hari nie? Maybe deno penat... deno penat dan bosan makan ubat.. penat buat dialisis... doktor kata deno kena buat dialisis sepanjang hayat deno...  tp deno x cakap kat sape2.... deno mengadu kat Kaka je.... boleh kan Kaka....?
Kaka : ........
Deno : Masa kat ICU dulu, deno tanya ma, kenapa Tuhan x ambil je nyawa deno masa tu... ma cakap yang tuhan sayangkan deno. ma cakap tuhan nak uji kita, kita kuat atau tak.. tapi, kadang-kadang deno x tahan tanggung sakit nie ma.... deno pun x tahan tengok ma dan abah susah payah jaga deno.. ma dan abah dah berumur, abah susah angkat air ubat yg berat2 tu.... kesian abah..... air mata ma pun slalu je jatuh sebab deno.. berdosakah deno..?
Kaka : .........
Deno : Memang kalau deno ikut hati, deno xnak makan ubat, xnak ikut cakap doktor. Boleh x macam tu..?
Kaka : ..........
Deno : Tapi, itu hanya dalam hati kecil deno. Deno bertuah ada ma abah n family yang selalu support deno.. deno xboleh selfish kan, Kaka?? deno mesti kuat untuk terus survive... deno ada ma abah n kakak yang masih sayang deno.... betul x, Kaka..? deno mesti positive kan...?
Kaka : ..........
Deno : Hmmm... walaupun deno takut, deno berdoa supaya Allah panjangkan usia deno. Deno harap nanti deno boleh balas jasa ma abah yang jaga deno.... Harap sangat sangat..... Kau doakanlah aku, Kaka...
Kaka : ..........
Deno : Kenapa deno rasa macam nie hari nie... ISH!!! Nie mesti ada setan yang mengganggu deno nie........ Betul x Kaka..?
Kaka : ..........
Deno : Kenapa diam, Kaka.. Kalau Kaka boleh cakap kan best.....


~ KAKA ialah diari deno, my bestfren..... emo pulak deno.............

8 SLE Supporters :):

INFO

PERBEZAAN Kelakuan Orang Lelaki dan Orang Perempuan Waktu Makan Tengahari

November 20, 2010,7 Comments

     Deno bukan nak kutuk orang perempuan tapi kalau korang tak caya, cuba korang tengok pe'el diaorang time makan tengahari....... hihihi... jangan marah ya..... (^_^)

ORANG LELAKI
  1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan.
  2. Sampai kedai makan, masuk.
  3. Ambil pinggan.
  4. Letak nasi.
  5. Letak lauk.
  6. Ke kaunter, bayar nasi dan air sekali.
  7. Makan
  8. Habis.
  9. Balik opis or pegi surau
ORANG PEREMPUAN
  1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan.
  2. Perhatikan orang waktu jalan.
  3. Sempat mengumpat dulu.
  4. Sambil jalan, betulkan tudung, tengok baju sendiri, baju orang lain.
  5. Sampai kedai makan, jenguk2 dulu.
  6. Ramai orang, cari kedai lain.
  7. Jalan lagi.
  8. Dah puas hati, masuk.
  9. Survey lauk dulu dua tiga minit.
  10. Pilih-pilih dan ambil pinggan.
  11. Belek-belek pinggan, bersih ke? Tak bersih... eiii, ambil pinggan lain.
  12. dah puas hati, ambil nasi.
  13. Ambil nasi ceduk sikit-sikit, tak sah kalau tak ceduk 2 3 kali.
  14. Buang balik nasi, terlebih ceduk.
  15. Tak puas hati, banyak lagi.... buang lagi hingga tinggal sejemput.
  16. Cari lauk. Survey dulu keliling meja. Tengok sana, tengok sini.
  17. Jenguk dalam bekas lauk. ceduk kuah sikit.
  18. Jenguk bekas lain ceduk kuah sikit.
  19. Jenguk tu sambil tengok-tengok, jeling-jeling orang.
  20. Ambil lauk dan pusing lagi.
  21. Cari sayur pulak. Ambil sayur lepas 2 minit survey.
  22. Ke kaunter bayaran.
  23. Bukak dompet. Belek2 celah kad bank, kad nama, kad kredit atau celah-celah gambar.
  24. Keluarkan duit.
  25. Buat isyarat kat member sebab harga nasi mahal.
  26. Tutup dompet. Ambil nasi.
  27. Tinjau2 tempat duduk.
  28. Jumpa tempat duduk... Alamak! Kotorlah!
  29. Cari tempat lain.
  30. Jumpa, terus duduk.
  31. Alamak, air tak order lagi.
  32. Tinjau2 cari orang amik order sambil betulkan tudung.
  33. Order air setelah fikir 2 minit.
  34. Bangun.
  35. Ambil sudu.
  36. Duduk. Kemudian bangun lagi. ambil tisu.
  37. Duduk balik.
  38. Air yang diorder sampai.
  39. Bayar air sambil tersengih-sengih.
  40. Start makan.
  41. Tengok-tengok orang sambil makan.
  42. Makan separuh.. kenyang. Jaga badan la tu..
  43. Letak sudu, garfu, lap mulut dengan tisu.
  44. Minum air, pinggan tolak tepi.
  45. Borak-borak pasal makanan tak sedap.
  46. Mengumpat sesikit... sambil tu tengok orang.
  47. Pukul 2, angkat buntut nak naik opis.
  48. Ambik beg mekap, pagi surau.
http://www.emocutez.com
~ Psst2, hehehe (^_^)

7 SLE Supporters :):

INFO Lawak

ALASAN Lelaki Berambut Panjang

November 20, 2010,2 Comments

Apakah sebab musabab ada sebahagian lelaki menyimpan rambut cam pompuan...?

http://www.emocutez.com

  • Untuk membuktikan yang identiti berambut panjang bukan milik kaum hawa sahaja.
  • Konfiden paras rupa akan kelihatan melampau-lampau hensem.
  • Konon nak sesuai dengan kerjaya, biasa berlaku di kalangan orang seni.
  • Boleh buat fesyen macam-macam, nak ikat, tocang, bercekak, xde yang pandang pelik.
  • Terpaksa untuk memuaskan hati kapel yang suka imej lelaki berambut panjang.
~ Psst2, deno tak suka lelaki berambut panjang! (^_^)

2 SLE Supporters :):

Buah-Buahan Itu SIhat

KENAPA Buah Itu Penting?

November 20, 2010,1 Comments


  Mungkin kamu sering mengabaikan pengambilan buah-buahan dalam diet kamu kerana menganggapnya tidak penting. Kamu pasti mengubah tanggapan kamu selepas mengetahui khasiat buah-biahan seperti di bawah :-

80% dari kandungan buah-buahan berasaskan air!
Tubuh manusia terdiri daripada 80% air maka buah-buahan dilihat sebagai makanan yang membantu mengekalkan keperluan cecair dalam tubuh di samping membekalkan pelbagai keperluan vitamin yang cukup. Makanan kedua yang kaya dengan kandungan air ialah sayur-sayuran.

100% bebas kolestrol!
Meskipun tidak memerlukan sebarang label tetapi buah-buahan memang bebas kolestrol sepenuhnya. Ini berbeza dari kebanyakan produk dari sumber haiwan yang mengandungi banyak kandungan kolestrol yang tidak baik untuk tubuh.


~ Psst2, deno suka buah! (^_^)

1 SLE Supporters :):

Personal

GERAM!!!

November 18, 2010,6 Comments


http://www.emocutez.com

Geramnyeee!!!
lembab btol la... macam siput....!
 deno xbleh BW dua tiga hari nie

ni bukan broadband
tapi b****band!!

just bleh update blog jew
sedihnye... rindu kawan-kawan T_T
nanti kalo da okey
deno continue BW balik ya....

http://www.emocutez.com

6 SLE Supporters :):

INFO

BAIKNYA Jus!!

November 18, 2010,2 Comments



APRIKOT

Buah ini banyak mengandungi protein dan vitamin  seperti vitamin A, B, B2, B3 dan C. Buah bergizi tinggi ini sangat baik dimakan setiap hari. Aprikot tidak mengandungi kolestrol dan baik untuk melancarkan aliran darah. Lemak dari isinya baik untuk dijadikan krim pelindung.

EPAL

Buah epal banyak mengandungi magnesium, zat besi dan silikon, potasium, kalsium dan belerang. Epal juga mengandungi vitamin A, b dan C. Zat asam pada epal merupakan zat pembersih tubuh yang sangat baik serta dapat menyembuhkan keradangan pada tubuh.

BAYAM

Merupakan makanan yang penting untuk alat pencernaan, baik untuk saluran makanan dalam tubuh seperti perut, usus kecil dan usus besar. Bayam mengandungi unsur potasium, sodium, kalsium, iodin, fosfor, magnesium, belerang dan zat besi. Selain itu, bayam juga mengandungi hampir semua vitamin seperti vitamin A, B, C dan E. Untuk mengatasi sembelit minumlah jus bayam sebanyak setengah liter sehari selama beberapa hari. Jus bayam juga berkhasiat mencegah penyakit gusi.

LIMAU

Semua jenis limau merupakan sumber vitamin C yang utama. Kandungan vitamin C membantu memperkuatkanjaringan otot-otot urat dan dinding pembuluh darah. Penderita gusi berdarah, gigi rosak dan sakit sendi dapat diatasi dengan segelas jus limau atau lemon setiap hari.

http://www.emocutez.com

~ Psst2, deno suka makan buah epal! (^_^)

2 SLE Supporters :):

Lawak

ETIKA Menghadiri Kenduri Kahwin

November 16, 2010,5 Comments

     Jika anda dijemput ke majlis perkahwinan sangatlah elok jika korang hadir. Tetapi jika korang hadir dengan perangai yang tidak berapa elok seperti di bawah nie, tak hadir pun lagi elok..
  • Pakai pakaian yang sesuai, ini kenduri kahwin bukan party Halloween.
  • Walaupun korang kebulur janganlah tunjuk sangat kelaparan korang. Jangan potong barisan masa amik nasi, makan pun ala kadar je la. Ingat sikit kat orang lain..
  • Jangan cuba2 mengorat tukang bagi bunga telur ataupun mengorat pengantin itu sendiri.
  • Dah nama kenduri kahwin, jangan nak minta yang bukan-bukan pula. Makan je la apa yang orang bagi. Jangan nak komplen-komplen majlis orang.
  • Jangan sesekali menyamar jadi tuan rumah dengan harapan tetamu akan 'salam hulur' dengan korang.
  • Sekali lagi jangan menyamar sebagai pengantin dengan niat hanya semata-mata untuk makan beradab dan duduk atas pelamin seperti main kahwin2...

~ Psst2, deno suka ikut mak pergi kenduri... (^_^)

5 SLE Supporters :):

Tips Sihat

DI SEBALIK Sepotong Kek..

November 15, 2010,8 Comments

  
  Kek memang lazat untuk dinikmati. Namun, di sebalik penampilannya yang manis dan menyelerakan, ternyata tersimpan bahaya yang menggerunkan. Sepotong kek mengandungi kira-kira 20gram gula pasir yang termasuk dalam karbohidrat sederhana. Glukosa yang terkandung di dalamnya memang memberi rasa kenyang dan bertenaga tetapi tidak berpanjangan. ini hanya membuatkan anda ingin makan lagi. Oleh itu, jika ingin sihat dan langsing, hadkan pengambilan makanan manis!


~ Psst2, deno suka makan kek coklat! (^_^)

8 SLE Supporters :):

Cerita Lawak

KETAWA itu SIHAT(4)

November 14, 2010,4 Comments

....sambungan ketawa itu sihat3


KATOK

Pada suatu hari terdapat satu pergaduhan  antara Nik yang berasal dai Kelantan dengan Amir yang berasal dari Kedah. Pergaduhan ini berlaku semasa mereka sedang study dalam bilik mereka. Tiba-tiba, seekor lipan melintas di hadapan Amir lalu terjadilah pergaduhan antara mereka berdua

Nik   : Amir, katok tu!
Amir :  mana ada katak
Nik   : Buke katok, lipe..
Amir : Hang nie, mana ada katak!
Nik   : Bukenye katok, lipe tu!!
Amir : Hang nie. Aku dah kata tak dak katak..
Nik   : Kawe kata katok!

Pergaduhan itu berterusan sehinggalah lipan itu pergi entah ke mana. Akhirnya selamatlah lipan itu daripada diketuk oleh Amir....

BUSUK

     Aziz adalah seorang pemandu bas. Setiap hari dia  akan membawa penumpang ke destinasi sekitar Shah Alam danKL. 
   Nak dijadikan cerita, satu malam jumaat ada seorang pakcik tua terbongkok-bongkok naik bas yang dibawa Aziz. Pakcik tu itu mempunyai rupa yang amat bengis . Semasa pakcik tua itu duduk di bangku bas, pakcik tua itu asyik menunduk aje,  x pernah pandang depan. Aziz pun dah tegak bulu roma.
     Tiba di selekoh yang sunyi, Aziz terbau sesuatu yang sangat busuk. Tiba-tiba pakcik tua itu memegang bahu Aziz. Aziz terkejut dan menggeletar. bila Aziz menoleh ke belakang , pakcik tua itu tersenyum lalu berkata," Maafkan pakcik nak... pakcik terkentut... " Rupa-rupanya bau busuk itu ialah bau kentut pakcik tua itu..

AIR PANAS.. SEJUK..

Pada suatu petang, seorang pemuda masuk ke dalam sebuah restoran untuk hilangkan dahaga...

Pelayan  : Ya encik, mahu minum apa?
Pemuda : Bagi saya air teh..
Pelayan  : Panas atau sejuk?
Pemuda : Hmmm.... kalau sejuk berapa harga? kalau teh panas?
Pelayan  : Kalau teh sejuk RM1.50.. kalau teh panas RM1...
Pemuda : hmmm... bagi saya teh panas satu..
Pelayan : Okey! Tunggu sebentar ya...

Selepas 2 minit, pelayan itu pun sampai dengan teh yang panas. Pemuda yang kehausan tadi dengan serta-merta minum air teh yang panas tadi sehingga tinggal separuh.. Pelayan itu sangat terkejut dan bertanya kepada pmuda itu

Pelayan  : Encik! Kenapa minum terus mcm tu... kenapa tak tunggu sekejap bagi air sejuk sikit....
Pemuda : Eh, buat apa nak tunggu sejuk? nanti kalau teh ni sejuk, tak pasal2 kena bayar seringgit setengah!!
Pelayan  : ??????


4 SLE Supporters :):

Contest

KIDS & BABY Photo Contest(^_^)

November 14, 2010,2 Comments

woooot2....
deno diTag join contest baru
contest anjuran cik safiyyah yg comel :)

hadiah best tau!!!!
ha.... kalau ada rezeki, menang earring dari Lazo Diamond Jewellery!

okey, nie die banner contest nie(^_^)



kalau korang nak join n nak tahu syarat2nye
sila tekan SAFIYYAH 

okey!!
masa untuk say cheese.........


deno pilih gambar anak buah deno ADAM KHALEEF...
Adam nie sangat rapat dengan deno
gambar kat atas ni masa umur dia 10 bulan

sekarang, adam da umur 2 tahun
ni dia Adam sekarang... makin comel!!!


deno dan adam digelar sebagai gula dan semut
deno dan adam sangat rapat.........
di mana ada deno, di situ jugak adam akan ada
dia slalu ikut deno.. setiap hari cikCu cikCu cikCu!!

kakak2 deno ibaratkan deno seperti gula
dan adam pula seperti semut yang slalu mancari gula
comel kan Adam Khaleef...? deno sayangggggg sangat adam!

http://www.emocutez.com

sekarang, deno tag 8 kawan :-
cikYuyue
ayuCandy
meimei
kak LM
cikBubble
asmaroro
mamaGee
senyuM-senyuM

~ Psst2, thanks to Juwita coz tag deno! (^_^)

2 SLE Supporters :):

INFO

BAKAR ROTI Ubah Khasiatnya?

November 14, 2010,5 Comments

     Apabila anda membakar roti, sebenarnya ada beberapa perkara akan berlaku. Sebilangan bahagian air di dalam roti akan diresap sehingga membuatkan roti menjadi kering dan ringan, Molekul karbohidrat di atas permukaan roti juga akan terlibat dengan reaksi kimia protein sehingga menyebabkan warnanya bertukar menjadi perang. Raksi ini dipanggil 'Maillard' dan ia tidak ada kaitan dengan nilai khasiat karbohidrat. Yang sebenarnya, ia hanya mengurangkansedikit kualiti protein sahaja.


~ Psst2, deno suka mkn roti.. (^_^)

5 SLE Supporters :):

INFO

JENIS_JENIS Merajuk

November 13, 2010,6 Comments


http://www.emocutez.com
      Merajuk nie pun ada macam-macam jenis. Merajuk yang jenis kat bawah nie deno rasa korang pun pernah alami. Ada ketika merajuk ni elok, ada ketika tak elok. Pandai2 la kalau nak merajuk..... (^_^)

MERAJUK TAK NAK MAKAN

Biasa budak-budak la yang akan buat ragam macam nie sebab apa yang diaorang mahu mak dan ayah tak penuhkan. Bila mak suruh makan, dia mula la tunjuk merajuk tak nak makan. Nak bagi anak makan jugak takut sakit nanti, susah atau senang terpaksa la jugak mak dan ayah penuhi.

MERAJUK PASAL KERJA

Nekad kena buang kerja pun buang la.. Ini pun merajuk punya pasal... Ye la, orang bertungkus lumus kerja siang malam , gaji dah la tak naik, overtime takde, elaun apatah lagi tapi tup tup orang yang kuat bodek bos dapat untungnya.

MERAJUK TAK NAK BERCAKAP

Senyap je sambil buat muka muncung panjang pasal kecik hati... Muncung tu dah la mengalahkan muncung burung belatuk, tajam jew... Ni merajuk kalau idea atau pendapat tak disetujui. Dah la tak bercakap, bila orang tanya angguk2 n geleng2 je..

MERAJUK BAWA DIRI

Merajuk ini bahaya sikit coz merajuk jenis ini mesti pergi mana-mana tak bgtau sesiapa pun. Menghilang pulak bukan sehari dua, sampai berminggu-minggu. Almari kosong... Baju cantik2 semua dia angkut... Konon nak cari ketenangan la. Ini pun sampai pening kepala mak ayah cari..

MERAJUK MENGURUNG DIRI

Lebih kurang macam merajuk bawa diri jugak cuma merajuk kurung diri ni orang tahu di mana lokasinya. Biasanya kalau merajuk dengan mak ayah mengurung diri dalam bilik je la. Keluar bilik pun masa ahli keluarga takde atau dah tido... untuk cari makanan, kebulur dah..... Lama sangat berkurung..

~ Psst2, deno takut nak merajuk... hihi (^_^)

6 SLE Supporters :):

INFO

WIRA Kecil

November 12, 2010,7 Comments

NAMA : Charlie Simpson
UMUR : 7 Tahun
SUMBANGAN : Berbasikal mengelilingi bandar untuk mengumpul dana
sumbangan bagi para korban Haiti.

     Charlie memulakan usahanya dengan memberi pesanan singkat 'Nama saya Charlie Simpson, saya sedang berusaha mengadakan kegiatan basikal mengelilingi bandar untuk mengumpulkan dana bagi Haiti kerana di sana sedang terjadi gempa bumi dan ramai orang kehilangan nyawa. Saya ingin mengumpulkan wang untuk membeli makanan, air dan khemah bagi seluruh mangsa gempa Haiti'. Charlie berharap dapat mengumpulkan wang sebanyak 500 euro dengan berbasikal sejauh 15 batu di sekitar taman bandar. Namun usahanya telah menyentuh hati orang ramai dan berjaya mengumpul 120,000 euro bagi mangsa gempa bumi Haiti.

NAMA : Nathan Thompson
UMUR : 9 Tahun
SUMBANGAN : Menyelamatkan ibunya daripada ditikam orang yang 
tidak dikenali

     Budak kecil ini tertikam di bahagian wajah saat dia bergelut untuk menyelamatkan ibunya daripada ditikam  oleh seseorang yang tidak dikenali. Nathan Thompson melompat ke atas badan Hugh Clark, seorang pemabuk yang ingin menikam ibu Nathan, Ena ketika mereka berada di jalan pada malam hari. Pambuk itu lalu beralih ke arah Nathan dan menghunuskan pisau ke arah Nathan setelah menusuk Ena sebanyak 8 kali. Kedua-duanya selamat ditolong pihak berwajib yang berada di sekitar tempat kejadian.

NAMA : Lin Hao
UMUR : 8 Tahun
SUMBANGAN : Menyelamatkan kawan sekelasnya ketika gempa bumi

     Lin Hao pelajar kelas 2 sekolah rendah dan menjadi ketua kelas. Ketika gempa bumi melanda, seluruh bangunan runtuh dan menimpa Lin Hao serta kawan-kawannya. Seluruh pelajar berusaha lari menyelamatkan nyawa masing-masing. namun, sebelum Lin Hao lari dari bencana itu, dia kembali ke bangunan runtuh itu dan menyelamatkan kedua kawannya yang tersepit antara bangunan yang runtuh. katika ditanyakan mengapa dia mahu mempertaruhkan nyawanya untuk kedua orang kawannya, dia menjawab" saya adalah ketua kelas dan menjadi tenggungjawab saya atas keselamatan kawan-kawan saya".

NAMA : Alexis Goggin
UMUR : 7 Tahun
SUMBANGAN : Menggunakan badannya sebagai pelindung untuk melindungi ibunya

     Alexis Goggin, budak pelajar kelas 1 sekolah rendah ini dipanggil sebagai 'malaikat dari syurga' setelah dia melompat di depan seorang lelaki bersenjata dan menjadikan badannya sebagai pelindung untuk menghalang 6 peluru yang ditembak pada ibunya. Ibu Alexis, Selietha Parker, 30, tertembak di bahagian kiri pelipis dan lengannya oleh teman lelakinya yang mengamuk dan sebelum dia menembakkan pelurunya ke arah Selietha, Alexia melompat ke hadapn penembak dan meminta agar tidak mengambil nyawa ibunya.

7 SLE Supporters :):

DYSEBEL Pula Tiada...T_T

November 11, 2010,5 Comments

http://www.emocutez.com

sedihnyeeee hari nie...
pagi tadi masa deno nak bg makan dysebel makan
deno tengok die terapung-apung dalam akuarium kecil atas meja...

rupanya dysebel da mati...
apa la nasib deno, sekarang tinggal pasangan die je seekor
da la smlm dosiey mati hari nie dysebel plk

http://www.emocutez.com

oh dysebel........ T_T


5 SLE Supporters :):

Meow

DOSIEY Sudah Tiada T_T

November 10, 2010,9 Comments

petang tadi...
kucing kakak deno..  si dosiey, mati..
dia sakit da seminggu.. tengahari td elok jew.. tiba2 tadi da x bergerak..
rupanya dah x bernyawa.... sedih betul..T_T
http://www.emocutez.com

deno nak tengok gambar kucing la...
nak ubatkan rindu..











picture source : google
eh2!! ketawa pulak anak kucing nie.... (^_^)

9 SLE Supporters :):

APD

AUTOMATED Peritoneal Dialysis Machine

November 10, 2010,22 Comments



Automated Peritoneal Dialysis machine

apa tu???
itu adalah mesin dialisis deno
deno buat dialisis setiap hari
 sekarang deno kenalkan mesin APD nie.... nak share info.. hihi..

 ni dia mesin yang deno guna kat umah

ini pula beg2 air dialisis yang akan digunakan
deno guna 4 bag air ubat ni setiap hari

ini pula wayar akan dasambung ke mesin dan tiub deno
wayar ni blum digunakan,,,, nak buat nanti baru bukak

ini pula cara nak pasang wayar kat mesin

biasanya deno macam nie la hari2 sebelum pegi kelas..

kalo ikut hati malas nak buat
ye la, hari2 kena buat...
tapi kena fikir kesihatan jgk kan, so kena buat...
boringgggggg.....



new update : deno dah stop guna mesin, sekarang buat dialisis CAPD



22 SLE Supporters :):

INFO

ELAKKAN Daripada Selalu Mencium Kucing

November 10, 2010,9 Comments


     Pasti ramai yang tidak menyedari tentang risiko memelihara kucing. Hakikatnya kucing boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan melalui penyakit yang dikenali sebagai cat scracth disease. Penyakit ini berpunca daripada jangkitan bakteri yang yang dibawa melalui air liur kucing. 

     Doktor dan penyelidik berpendapat bahawa kucing berkemungkinan mendapat bakteria daripada kutu biarpun tiada sebarang bukti menunjukkan kesahihannya. Kebiasaannya, kucing akan mendapat bakteria apabila apabila ia menjilat-jilat bulunya. Jadi AWAS! Mata anda juga tidak terlepas daripada mengalami jangkitan bakteria jika anda gemar mencium kucing..


~ Psst2, comelnyeeeeeeee kucing..!! (^_^)

9 SLE Supporters :):

Makan-Makan

DENO Rindu Tako Tao

November 10, 2010,13 Comments

hmmm....
mlm2 macam nie deno rasa rindu la
teringin sangat2
tapi jauh la.....

kenapa la kat sini xde
bestnye kalau dapat makan...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TAKO TAO!!
(japanese food)



ni tako tao peberet deno!

ni cara buat tako tao

ni masa deno makan tako tao!
biasa kalo 3 tak cukup, deno biasa makan 6 ketul!

deno megidam tako tao lagi!!

http://www.emocutez.com

13 SLE Supporters :):

Blogger

2nd AWARD

November 09, 2010,1 Comments

woooot2...
deno dapat award lagi!
award yg ke 2 sepanjang berblog
deno dapat award ni daripada cik booja

thanks booja!!!


1. Write 5 interesting facts about the person who gave u this award
~ booja suke mkn nasi gooreng
~ blog booja best
~ booja ada bela ikan
~ booja suka dengan binatang
~ booja loya makan sushi

2.Write down 10 intresting facts about yourself and your hobby
deno
~ suka makan tako tao
~ suka ikan gapi
~ suka melukis
~ kumpul setem sejak sekolah rendah
~ ada kucing 4 ekor

3.10 deserving recipient and describe them
sume follower deno


4. link the of the person who gives this award to u.

5.spread the award to 15 bloggers who u like & u think their blog r awesome

cikyuyue
pujangga
bubblelyna
missSenget
rongaK
kak LM
asmaroro
peja
pakcikLie comey
littleprincess
cikTom

http://www.emocutez.com

1 SLE Supporters :):