Adam nak cikCu! - Dayang Deno

22.1.11

Adam nak cikCu!

      Sekarang baru lega... boleh bernafas dengan tenang sambil on9 dalam bilik sorang-sorang. Adam baru sahaja keluar dengan mama n papa dia keluar makan. Sejak lepas maghrib tadi, Adam asyik melekat dengan Deno. Tak boleh lepas pun, asyik nak Deno jew... Menjerit-jerit dari luar bilik memanggil Deno bila Deno masuk bilik..

Yang kesiannya, masa Deno duk dalam bilik tu, dia tercari-cari cikCu nie. Terdengar suara dia yang comel tanya kakngah.. "mama mama, cikcu mana mama...?" Deno di dalam bilik diam aje coz penat melayan dia dari siang tadi, siap bermain bola lagi kat luar rumah dengan Adam... Ingat malam nie nak la rehat jap, tapi....... nak cikcu nie jugak... Tiba-tiba, terdengar lagi suara Adam di luar bilik... "cikcu... cikcu... ooo cikcu.... papa papa, cikcu mana cikcu..." Si papa cuma kata tak tahu.

Last2, Deno terdengar suara dia makin perlahan... "adik nak cikcu nak cikcu nak cikcu........." Kesian pula Deno dengan si Adam nie.... Deno pun keluar tinggal my lappy nie jenguk si Adam... Tengok-tengok dia rupanya kat pintu bilik Deno dengan mata merah dan barair...

Alahai.... Sian betul anak buah Deno tadi, nyesal pulak tak layan dia tadi..... Deno terus dukung n ajak dia main LEGO, baru Adam senyum balik..... 

Adam kesayangan Deno :)






1 comment: