Aduh Bau Ketiak! Ramai Yang mahu Lari! - Dayang Deno

24.1.11

Aduh Bau Ketiak! Ramai Yang mahu Lari!

      Jika seseorang di sekeliling korang gemar menjauhi korang, percayalah, ini ada kaitan dengan bau badan korang. Bau badan boleh menyebabkan kita sentiasa disisihkan dan hilang teman. Bau badan juga berisiko  untuk kita terkena pelbagai penyakit kerana tubuh badan yang kurang bersih dan sihat. Mulakan langkah dari sekarang agar korang lebih yakin untuk bergaul!!

Jom amalkan ini :)

  • Jangan biarkan bulu ketiak korang tu terlalu panjang. Rajinkan diri mencukur dan memotong bulu ketiak agar kemas dan bersih. Bulu ketiak yang panjang memudahkan bakteria terperangkap di celah bawah lengan yang mengakibatkan bau badan.
  • Elakkan daripada memakai deodoren semasa korang sedang berpeluh. Ia akan membuatkan ketiak basah dan menambahkan bau yang kurang menyenangkan. . Seeloknya, cuci terlebih dahulu ketiak dengan tisu yang dibasahkan dengan air. Lap sehingga kering kemudian baru sapukan deodoren.
  • Elak daripada memakai bedak di ketiak kerana ia akan membuatkan ketiak kamu melekit serta boleh menghitamkannya.
  • Pemakanan juga menjadi faktor penting bau badan. Elak mengambil makanan yang banyak meggunakan bawang.

~ Psst2, jom jaga badan :)


4 comments:

  1. kat tmpt keje cik dah kan..ada la sorg mamat ni dr bhgian prod..kalau dia msk opis ..melekat bau dia..kdg2 tutup idong ..tp mcm dia x faham plk

    ReplyDelete
  2. heheheh....
    yup3...kena jaga....
    nt org takmo kawan =)

    ReplyDelete
  3. tiak sapa busuk???
    eiii..
    jangan kawan dengan dia..
    heheh

    ReplyDelete