Deno Tak Nak! - Dayang Deno

12.2.11

Deno Tak Nak!


       Dah banyak hari tak update blog! Rindu rasanya... Blogwalking pun da kurang.... Kena banyak study, latihan akaun berlambak-lambak, assignment bertimbun-timbun.. Pastu nak kena study balik kelas yang deno terpaksa ponteng coz ke hospital ada 'date' dengan doktor khamis baru nie. Yang geramnya, esok kena ke hospital lagi... kena masuk ubat.. ikut line.. malas rasanya nak pergi, tp xboleh kalau x pergi... terjejas pulak kesihatan deno :p

Lewat2 malam mcm nie, deno terfikir apa yang doktot tanya baru nie. Doktor tanya... "mak xde ke nak beri kidney kat deno?" Die tanya coz deno dah 13 tahun sakit tp x buat transplan pun.. Dulu mmg dah sampai giliran deno terima kidney dari penderma, tapi masa tu penyakit SLE deno sdg kronik, so, terpaksa tolak.

Bila doktor tanya mcm tu, deno jawab la.. "ma memang lama dah nak beri tapi keadaan kesihatan deno tak mengizinkan..." Mana ada mak yang tak sayangkan anak, kan.. Pastu doktor kata tanya la mak kalau sekarang nak beri... Doktor tak galakkan abah coz abah umur da lebih.. Tapi deno tak nak dah... Deno cakap kat doktor, biar la.. Tak payah amik kidney ma atau abah.. Biar deno sakit, yang penting ma dan abah sihat! Doktor just senyum..


Deno fikir.. ma abah tak muda lagi... Deno tak nak kidney ma tinggal satu, deno takut ma sakit macam deno.. Deno tak nak ma dan abah sakit, kalau ma abah sakit, deno mesti rasa bersalah sangat2... Deno harap keputusan deno nie betul, deno lebih rela sakit daripada tengok ma abah sakit dan menderita sebab deno... Deno da banyak susahkan ma abah sejak deno sakit.. Biarlah... Deno tak nak!



4 comments:

  1. banyak bersabar ye deno..
    doa la banyak2...
    insyaAllah.. Tuhan akan tunjukkan jalan nanti..
    tabahkan hati yer.. ^^,

    ReplyDelete
  2. sabar ye deno..moga deno tabah hadapi dugaan dariNya. CikWan tag deno kat sini http://wanmardziyyah.blogspot.com/2011/02/comelnye-berbaju-kurung.html

    ReplyDelete
  3. deno~
    tabahkan diri yer!!
    semoga cepat sembuh
    senyum selalu,hee~

    ReplyDelete