Hospital lagi! - Dayang Deno

5.2.11

Hospital lagi!


      Rindunya blog deno nie! dah 4 hari tak bukak n update blog.. Semua gara2 deno masuk hosp.. Baru nie deno masuk hospital coz migrain yang melampau + pulak deno sakit SLE, jadi deno muntah2 teruk dan demam panas. Lembik badan macam pisang lembik da rasanya.. Kepala rasa macam nak pecah bila migrain. Tengahari tu deno ke unit kecemasan kat hospital. Terus kena tahan masuk wad.


Doktor bimbang SLE aktif balik.. Banyak la buat test, badan nie jadi bahan untuk dicucuk... Lengan da lebam2 bile jarum masuk.. Yang lebih menyakitkan bila jarum tak kena betul2 kat urat... Sakitnyeee!!! Apa la doktor tu, kalau dah tak boleh, jangan la terus jugak cucuk.. Nie dia masukkan jarum, pastu buat kuar sket, masukkan lagi, kuarkan sket, masukkan lagi.... Ingat tangan deno nie apa.. nasib baik deno tak menjerit... :p

Alhamdulillah... SLE tak aktif dan deno makin sihat bila duk hospital.. Memang la makin sihat, da dapat ubat n bila duk hospital, deno rehat n tido je... Nasib baik la sekarang cuti sem, kalau tak rugi la deno tak dapat ke kelas.. Harap2 deno terus sihat coz deno tak nak tangguh blaja sebab sakit.. Serik dah rasanya....


~ Psst2, deno x suka duk hospital, boring! :p


5 comments:

  1. Semoga cpt smbuh. Migrain jgn amek ringan ok! ^^,

    ReplyDelete
  2. deno jage kesihatan tu ye :)

    ReplyDelete
  3. selalu jugak kesini...
    atas urusan kerja & melawat rakan2...
    kalau boleh...mungkin nak elak duduk kat sini...

    -moga cepat sembuh ":}

    ReplyDelete
  4. salam ziarah rakan blogger yg sakit.....
    deno jaga keciatan.... student mmg slalu kena migrin.... kena cukup tido......

    ReplyDelete
  5. smga deno cepat sihat...
    jaga kesihatan deh...

    ReplyDelete