Kenangan Dalam Wad 2011

10 hari lagi?

April 30, 2011,6 Comments


            Alhamdulillah.. Pagi-pagi pukul 6 tadi, dr. azimah datang nak buat line. Sekali cucuk je, terus dapat.. Betul2 kena ngan urat lengan. Pandai doc buat, deno tersenyum je bila senang dapat line.. Tak perlu cucuk banyak kali macam doc yang semalam. Dr Azimah baik, dia tak datang semalam coz dia nak bagi deno rehat..  ThankS doc!! :)


Deno bukak buku, tanda untuk hari nie.. Kira-kira, ada sepuluh hari lagi di hospital.. Emmm.. tapi belum tentu dapat balik lepas sepuluh hari tu.. Hari-hari deno kira, bila boleh balik. Harap-harap dr. sapawi pakar jantung tu tunai la janji dia nak bagi deno balik lepas 6 minggu.. Kalau tak mungkin hujan kat dalam bilik nie tak berhenti dan siapa tahu, mungkin banjir pula.... Sebabnya deno berharap boleh balik rumah lepas 6 minggu.. I wonder................. 


~ Psst2, deno menghitung hari.........


6 SLE Supporters :):

Kenangan Dalam Wad 2011

Sakitnyeeee!!

April 29, 2011,11 Comments


        Adehhhh!! Sakitnyeeee!! Dah..! Stop! Malam nie hati tak senang. Da bengkak, biru pulak tu, berdenyut-denyut campur rasa perit pulak tu.... Tak tau nak ilangkan sakit macam mana, deno just tuam dengan air panas je...

Kenapa??

Line yang baru pasang pagi tadi da kena cabut coz bengkak. Jadi, tadi doc nak masukkan line baru... Empat kali cucuk tapi tak kena line yang betul jugak. Salah satu daripada empat tempat cucuk tu bengkak besar sangat... Sakitnyeeee.... Dah tuam tapi bengkak lagi n berdenyut-denyut, Tangan tak boleh lurus, sakit....


Ubat pukul 6 petang tadi dah terlepas... Ubat pukul 12 malam pulak, tapi line baru belum pasang... Doc tadi dah tak berani nak cucuk, sekarang tunggu doc lain pulak. Apalah pula nasib deno lepas nie. Harap2 senang dapat line... Emmm...

~ Psst2, lengan masih sakit... :(


11 SLE Supporters :):

Family

Happy Birthday Adam Khaleef

April 29, 2011,3 Comments


            Hari nie hari lahir anak buah deno! Adam Khaleef namanya... Dah 3 tahun pun hari nie Adam..  Tengahari  tadi deno call ucapkan hepi besday kat dia tapi dia tak abis2 tangya cikcu kat mana... Lupa la tu... Kalau call je, mesti tanya cikcu kat mana. Majlis hari lahir Adam belum buat lagi coz kakngah nak tunggu deno kuar hospital dulu... Baru nak buat...

 

Deno ngan Adam sangat rapat.. Sealalu main sama2, makan sama, tengok TV sama2.. Tiba-tiba je cikcu hilang, kesian pulak kat Adam.. Deno doakan Adam sentiasa sihat, murah rezeki, panjang umur dan sentaisa dirahmati Allah swt... Aminn!

Selamat Hari Lahir Adam!
Rindunya kat Adam Khaleef.. 



~ Psst2, hari nie besday Adam!! :))


3 SLE Supporters :):

Kenangan Dalam Wad 2011

AKI Datang!!

April 28, 2011,7 Comments


             Semalam ada suprise lagi! Aki and the geng datang melawat deno kat hospital! Nie la penangan blog kan... Tapi kan, kesian Aki ngan kekawan dia.. Masa Aki datang tu, deno turun ke unit nefro buat dressing... Jadi, kita jumpa kat bawah je tapi sempat la jugak berbual... Mesti lama Aki tunggu kat bilik... Kesian sangat! Terima kasih Aki datang melawat deno! Roti yang Aki bawak sedap, makan ngan milo pulak... hehehe.. ThankS Aki!!! 

My Photo

Jom kita pakat2 pegi blog Aki dengan tekan SINI

~ Psst2, hepi blogger datang melawat lagi! (^_^)


7 SLE Supporters :):

Kenangan Dalam Wad 2011

SeBuLan @ 30 HaRi

April 28, 2011,3 Comments


             Genap sebulan deno di hospital untuk rawatan kali nie.... Tiba-tiba rasa rindu dan teringin balik umah hari nie... Rindu ngan bilik sendiri.. Nak tido atas katil sendiri, tengok cermin sendiri, nak guna almari sendiri... Yang penting rindu selimut pink kesayangan kat dalam bilik tu!

Sepanjang sebulan kat hospital nie, macam-macam perkara dah berlaku... Peristiwa deno sedih coz nak balik umah, banyak kena cucuk la , mood tak baik , masuk ICU , sahabat yang meninggal , bloggers datang melawat deno dan macam-macam lagi... Semua ada peristiwa yang suka dan duka..


Deno berharap masa cepat laa berlalu coz deno rasa nak balik je hari nie... Tak tau nape.... Emmm...


~ Psst2, nak balikkkk!!!!!! (=_=)


3 SLE Supporters :):

Nasi Lemak

Kesian Nasi Lemak

April 27, 2011,10 Comments


            Nasi lemak.... Emm.. Sedapnya bila terbayang nasi lemak panas dengan sambal sotong.. Deno suka makan nasi lemak! Salah satu makanan peberet rakyat Malaysia! Bila rakyat Malaysia jadi obesiti, nasi lemak dipersalahkan! Kalau difikirkan secara logik, betul ke nasi lemak penyebab obes? 

Deno rasa salah fakta tu! Diri sendiri yang malas bersenam n tak makan secara sihat, nasi lemak dipersalahkan... Ada pulak cadangan supaya nasi lemak tak boleh dijual... Hmm..  Bayangkan apa nasib makcik2, orang2 tua, ibu2 tunggal, peniaga pasar mlm... yang bergantung pada jualan nasi lemak untuk menyara anak2 dan hidup mereka......


Itulah sikap manusia, kalau terjadi je satu musibah atau perkara yg tak elok pada diri sendiri, mula la menuding jari.... Tak pernah nak kaji dulu apa puncanya yang sebenar.... Sekarang, nasi lemak dipersalahkan.  Kesian nasi lemak!


~ Psst2, deno makan nasi lemak kurus je..... (^_^)



10 SLE Supporters :):

Personal

PANTANG

April 26, 2011,11 Comments


            Petang2 macam nie, bosan sangat duk dalam wad nie.. Bila petang sunyi je coz ramai patient tido. Deno tak biasa tido petang, mula la rasa bosan tahap kura-kura... 

Bila bosan, mula la rasa lapar.. Rasa nak makan yang bukan-bukan. Ada jugak rasa nak makan makanan yang deno tak boleh makan atau 'pantang". Sejak deno sakit SLE, banyak jugak yang kena pantang, mcm2 pantangnya.. Kalau ikut petua kampung, lagi la banyak.. Ada sesetengah peberet deno tu, deno tak boleh makan.. Makanan yang deno suka makan tapi tak boleh makan ialah udang n ikan keli.... Sedapnye.......... Boleh tengok gambar je.. Nie peberet la sebelum sakit...




Deno pun tak boleh minum air banyak, kalau diikutkan, doktor beri had deno minum 500ml je sehari iaitu bersamaan satu botol kecil mineral water... Mana cukup! Ubat untuk pagi je dah 20 biji... Deno ada jugak minum lebih2 sikit.. Sebenarnya memang tak boleh minum banyak pun coz nanti darah tinggi pula.. Sikit2 lebih tak apa la kan... hehehe...:p



Ada jugak jenis2 sayur yang tak boleh makan sebab sejuk.. Contohnya macam timun, labu, petola.. Entahlah, deno dgr orang2 tua cakap mcm tu.... Daging kambing pun tak boleh. Buah yang deno kena kurangkan pulak buah pisang, oren n anggur coz semua tu tinggi potassium. Potassium yg tinggi tak bagus untuk jantung..

Sejak dapat poblem jantung nie, deno kena kurangkan makanan berminyak mcm nasi goreng, mi goreng... pisang goreng, keropok goreng, ubi goreng... Hmm, pendek kata yg goreng2 la... Bukan tak boleh langsung tp mesti dikurangkan... Ma cakap kalau boleh keropok n pisang goreng tu tak payah makan la... Alahai ma.... Deno sebagai warga terengganu rasa macam tak boleh berpisah ngan kepok lekor ma....... Peberet tu..... Petang2 ujung minggu biasa deno makan kepok lekor n pisang goreng ngan air tebu sejuk.. Pergh!!! Best!


~ Psst2, orang ganu panggil keropok lekor... kepok lekor!


11 SLE Supporters :):

Personal

Budak Sekarang Makin Malas?

April 26, 2011,5 Comments


            Bila deno bukak surat khabar je, mesti ada je topik nie. Topik tentang masalah obesiti di kalangan rakyat Malaysia. Sekarang, bukan je orang dewasa, budak2 pun ramai yang obes.... Umur 6 tahun pun da obes, bahaya betul kan... Agak-agak kan, kenapa la budak2 zaman sekarang ramai yg obes... Ada yg kata sebab nasi lemak lah, sebab makanan kantin la... Macam2 disalahkan... Sedangkan faktor pemakanan yg tak sihat yg menyumbang kepada obesiti tu..

Selain drp tu, deno rasa budak-budak sekarang malas or kurang bersenam. Ramai yang hanya mengadap komputer duk main game.. Tak bergerak lansung, duduk je... Budak2 zaman moden nie pun ada mcm2 game contohnya playStation yg mcm2 jenis tu, gameBoy..... Semua game nie hanya perlu duduk, tak perlu bergerak pun... Nie secara tak langsung buatkan budak2 zaman skrg nie malas bergerak, tak bersenam.. Badan pun jadi makin besar atau dgn ayat senang makin gemuk!


Bila tengok budak2 zaman sekarang yg hanya tahu duduk, tak bermain, tak berlari...Teringat zaman deno kecik2 dulu... Selalu je ada permainan yg nak main. Permainan pulak mesti ada berlari dan membutkan peluh keluar.. Masa dulu, deno suka main batu seremban, main teng teng, main sorok-sorok, galah panjang, main layang-layang,tarik upih n main kejar-kejar... Seronok sangat main dengan kawan2 sekampung!


Deno paling suka main kejar-kejar... Seronok sangat berlari, kalau berlari laju dapat sentuh kawan yg dikejar... Semua permainan nie menyeronokkan dan secara tak langsung menyihatkan badan! Ramai budak2 sekarang yg tak tahu permainan yg mcm deno main zaman kecik2 dulu.... Buktinya, saudara deno yg berumur 7 tahun hanya tahu main game komputer, tak pandai nak bermain di luar rumah.. Apa nak jadi la.....


~ Psst2, deno suka main kejar-kejar zaman budak2! heeeee (^_^)



5 SLE Supporters :):

Kenangan Dalam Wad 2011

Kek Coklat Lagi!

April 26, 2011,6 Comments

          
          Yeay! Deno hepi sangat2 coz semalam deno dpt makan kek yg deno idam-idamkan sangat tu. Si ammar yang comel datang lagi ke hospital n dia bawak kek coklat peberet deno! Secret Recipe cake! Ammar nie kan, tak sempat deno nak minta ma belikan dia da bawa.. Puas ati sgt2 dpt makan, dah la dapat dua! Terima kasih ya ammar....!! Jom kita kenal ammar yang baik hati dengan tekan SINI! (^_^)

chocolate cake from secret recipe..
emmm... sedap.... :)





~ Psst2, puas ati dapat makan kek coklat! :)

NOtes : Ammar, jaga elok2 kure2 tu tau... slalu cakap ngan die nanti die monyok pulak.. hehe.. thankS sudi adopt die.. (^_^)


6 SLE Supporters :):

Personal

Kemalangan Dirancang!

April 25, 2011,8 Comments


            Eh2! Pelik pula tajuk entry kali nie kan.. Biasanya citer pasal ubat, hospital, doktor, jarum, line, sakit dan bla bla bla.. Tapi hari nie lain pulak. Nak share cerita, tadi deno duk baca berita kat utusan online, tiba2 ternampak tajuk nie... kemalangan dirancang, untung dikaut.

Memang benar apa yang dilaporkan.. Memanglah kemalangan tak berbau, tetapi ada juga sesetengah pihak contohnya trak tunda yang mengaut keuntungan bila berlaku je kemalangan. Malah, ada pihak tersebut yang sanggup pasang perangkap pada pengguna jalan raya seperti paku, batu2 kecil, pasir dan jugak minyak. Ini untuk membuatkan pengguna jalan raya kemalangan.... Rakus sungguh golongan ini, sanggup korbankan nyawa orang.. Yang peliknya bila berlakunya kemalangan, mereka tiba-tiba je ada kat tempat kejadian.... Pelik betul!

Ada antara mereka berlagak samseng dan caj harga yang mahal untuk mangsa kemalangan. Kadang2, mangsa pun kena paksa supaya terima perkhidmatan mereka. Dah macam samseng mereka nie...


Bila baca laporan tentang trak tunda yang melampau nie, deno teringat satu kemalangan yg berlaku kat famili deno dua tahun lepas.. Masa tu deno n famili dalam perjalanan balik dari KL ke Terengganu. Kalau tak silap deno, jalan kat Karak Highway.. Bila abah membelok tak dapat nak kawal kereta, brek pun tak jd apa... Untuk elak dari langgar kereta lain, kereta abah pulak yang langgar besi dan kereta terseret ke besi penghadang tepi highway yg berbukit-bukit tu.... Nasib baik semua yg ada dalam kereta tak cedera teruk, cuma kepala deno benjol.. Sakit jugak, nangis je masa tu.. 

Ma, abah n anak buah deno tak apa2.. Kakngah pula bengkak di di rahang.. Lepas je kereta terhenti kat tepi besi penghadang tu, abah keluar tengok2 apa yang tak kena, abah lihat kat tayar ada kesan minyak n kat jalan tu pun ada minyak... Pelik kan dari mana datangnya minyak tu. Brek kereta okey abah cakap... Lepas je kemalangan tu, deno n famili sambung perjalanan dengan remuk macam tu, tak nak tunda2 coz kat KT pun bleh baiki kereta tu.... Selamat famili deno sampai kat Terengganu.


Bila tengok tepi kereta bahagian kiri tu, memang rabak teruk. Habis kemik dan rosak sebab seret besi tu... Pintu depan pun tak boleh buka... Bayangkan kalau takde besi tu, mesti kereta deno n famili masuk gaung. Kereta terhenti betul2 tepi gaung... Syukur sangat masa tu...

Bila difkir-fikir kan, apa jenis orang la yang mementingkan diri sendiri. Sanggup nak korbankan nyawa orang lain semata-mata nak dapatkan duit........ Hmmm....


~ Psst2, perlu berhati-hati lagi......


8 SLE Supporters :):

Kenangan Dalam Wad 2011

DEMAM

April 24, 2011,3 Comments

            Malam nie deno demam la.. Tak tau kenapa, dalam seminggu nie tak demam pun.. Deno rasa deno demam coz rindu nak balik rumah kot.. logik ke..? Hmm.. entahlah... Rasa loya je, tak lalu nak makan. Nie pun makan gula2  cloratates, rasa dingin sket dalam mulut... Deno pesan abah beli 100PLUS.. Tetiba rasa nak minum, beri tenaga sikit... Harap2 esok okey..

Deno tak apa2, ma pulak yang risau lebih. Macam2 dia tanya deno bimbang deno rasa sakit... Hmmm.... Itu lah namanya ibu kan..........

3 SLE Supporters :):

Kenangan Dalam Wad 2011

KEK COKLAT

April 24, 2011,7 Comments


           Setelah 26 hari di wad hospital nie, hari nie tiba-tiba je deno teringin makan kek coklat. Tak tau nape. Mungkin sebab deno jemu dengan makanan hospital yg tawar je... Takde rasa.. Kalau ingat kak coklat yang manis dengan rasa kokonya tu, lebih2 lagi atas kek ditabur dengan gula-gula comel yang manis2 belaka. Deno teringat pula kek coklat yg ma biasa ma buat... emmmmmmmmm.... sedapnya...... tapi deno boleh berangan je coz kena tunggu keluar hospital dulu baru boleh makan kek yang ma buat...

Jom pejam mata sama2 deno membayangkan makan kek coklat yang manis dan sedap..... emmmmmmmmmm..... sedapnya kek nie.......







*google

~ Psst2, meleleh ayaq liuq..... 


7 SLE Supporters :):

Kenangan Dalam Wad 2011

Suprise....!

April 23, 2011,6 Comments


            Suprise lagi! Petang tadi, deno turun ke unit nefro untuk buat dressing.. Deno turun dengan ma, abah n kakObi. Ma n abah balik, tinggal deno n koBi je kat unit nefro tu. Selesaai je buat dressing tu, deno naik ke wad dengan koBi semula. Masuk je bilik kan, tiba-tiba............ deno nampak nie atas meja!


KFC!

Terkejut deno! Kalau tak silap, ma n abah xde beli KFC pun... Orang sebelah cakap kawan yg hantar.. Deno n koBi mcm tertanya-tanya siapa yg hantar... Deno fikir mungkin kawan sekelas.. Mula deno bebel sorang2... Nie la kalo suprise2 nie, kan rugi x dapat jumpa deno... Pastu, perut pulak lapar, deno fikir da ada org beri jadi tak baik membazir.. hehe.. deno pun makan la ayam KFC yg telah lama diidamkan.. Sejak masuk hosp nie, deno pernah minta ngan ma nak mkn KFC tp ma tak bagi pun.... Jadi, deno makan la.. :p

Alhamdulillah... Kenyang... Lepas je siap makan, tetiba masuk la seseorang yg comel2 yg deno kenal baru beberapa hari nie... Rupa-rupanya, si ammar yg datang melawat deno hari tu! Terkejut pulak sekali lagi... Alahai ammar... Rupanya awak.... KFC tu ammar la yg belikan! Deno berterima kasih sgt2 kat ammar coz susah2 belikan deno KFC tu dan datang lagi jenguk deno... Banyak juga yg kami bualkan tadi, ramah juga ya ammar nie ya..  :)


thankS ammar!! ^_^


~ Psst2, tak sangka dpt makan KFC td.... heeee :)


6 SLE Supporters :):

Segmen

BEN ASHAARI CARI BLOG LAH!

April 23, 2011,21 Comments


Santai Bersama BEN ASHAARI


Di dalam dunia blog nie,sebenarnya tiada sesiapa yang mempengaruhi deno... Deno mula berblogging coz deno berpendapat blogging adalah satu idea yg baik untuk mendapat ramai kawan, tempat untuk luahkan perasaan serta bertukar-tukar pendapat serta pengalaman dengan blogger2 yang lain. 

Seperti deno seorang pesakit jantung dan SLE yg kini masih di hospital kerana sakit,. baru2 nie bloggers tokEsah n ammar ada melawat deno di hospital k. terengganu. Mereka sangat prihatin dengan deno, iaitu seorang yg baru dlm dunia blogging. Mereka kenal deno juga melalui kakLM yang baik hati..

Sumber inspirasi deno ialah ayuCandy di GGB. Dia adalah sahabat baik deno di sekolah menengah.. Deno mula kenal dengan dunia blogging melalui GGB.. Hingga kini deno boleh berhubung dengan ayuCandy melalui blog walaupun kami telah terpisah selama 5 tahun.

Selain itu, sumber inspirasi deno ialah cikYuyu, kakLM dan abgBen..  (^_^) Kalau nak join segmen nie juga, sila tekan SINI.

~ Psst2, deno join segmen...(^_^)



21 SLE Supporters :):

Kenangan Dalam Wad 2011

Hari ke Dua Puluh Lima

April 23, 2011,6 Comments

            Hari nie hari ke dua puluh lima deno di hospital. Jadi, kira-kira tinggal 17 hari lagi untuk deno pulang ke rumah.. Tak sabar betul.. Hari2 deno tengok kalendar yg deno tulis, memang tak sabar nak keluar dari hospital, hirup udara luar pula.. Dah jemu bau ubat, bau hospital nie.. Pejam celik pejam celik da dekat 4 minggu deno di hospital.. Macam2 dah perkara berlaku... Alhamdulillah deno makin sihat..

Sejak keluar ICU, deno rasa lebih tenang berbanding mula2 duk wad dalam minggu pertama.. Masa minggu pertama tu, deno tak tahan selalu kena cucuk, tukar line... Sekarang, deno tak kisah dah doktor nak buat apa pun.. Kalau line bengkak n kena tukar, deno tunggu doktor sampai tengah mlm untuk tukar line baru... Untuk ambil darah yg selang sehari tu, deno mesti tertunggu-tunggu doktor datang untuk amik darah.. Tak tau kenapa deno rasa tenang je.. Tak rasa berdebar-debar pun, deno pun hairan...

Deno lihat kat lengan lebam2, biru2 dan banyak kesan kena cucuk... Rasanya kalau dikira mungkin lebih dari tiga puluh... Line kat lengan pula hari nie dah masuk yg ke dua belas... Tapi tak kisah la, ma cakap deno kan nak baik.... Teringat juga kat besfren deno, GGB.. KakLM yg baik hati... TokEsah, si Ammar serta bloggers yg lain yg sentiasa doakan deno.. Berkat sokongan mereka juga deno rasa lebih bersemangat untuk sihat..

Deno juga tak sabar nak balik, nak jumpa anak buah deno kat umah... Adam Khaleef, lama tak jumpa. Rindu sangat2! Baru nie pun, deno jumpa kejap je dia lepas 2 hari kuar ICU... Rindu nak main dengan dia.. Alahai Adam, cikcu rindu la... Anak buah yang dua orang lagi da balik Johor lepas 2 hari deno kuar ICU... Nak buat mcm mana, kaklong duk sana.. Kalo rindu pun tengok gambar je...

anak2 buah kesayangan deno

sarah aina aka kakak

amir amsyar aka amca

adam khaleef aka khaleef

~ Psst2, 17 hari lagi nak balik! :)



6 SLE Supporters :):

Kenangan Dalam Wad 2011

AL-FATIHAH

April 22, 2011,9 Comments


            Hari nie deno rasa ralat dan sedih coz tak sempat jumpa sahabat yang sakit SLE sama seperti deno yang berada dalam ICU hari tu. Masa deno dalam ICU tu, dia pun ada sama2 dengan deno.. Deno tak sempat jumpa dia coz sahabat tersebut telah meninggal dunia semalam di ICU jam 8 malam dan jenazah telah dibawa pulang oleh bapanya. Deno tak sempat nak kenal dia dengan lebih dekat.. Allah swt lebih sayangkannya. Deno mendoakan arwah bahagia di sana dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 beriman... AL-FATIHAH.....


~ Psst2, deno bersyukur dipanjangkan umur.....


9 SLE Supporters :):