Kemalangan Dirancang! - Dayang Deno

25.4.11

Kemalangan Dirancang!


            Eh2! Pelik pula tajuk entry kali nie kan.. Biasanya citer pasal ubat, hospital, doktor, jarum, line, sakit dan bla bla bla.. Tapi hari nie lain pulak. Nak share cerita, tadi deno duk baca berita kat utusan online, tiba2 ternampak tajuk nie... kemalangan dirancang, untung dikaut.

Memang benar apa yang dilaporkan.. Memanglah kemalangan tak berbau, tetapi ada juga sesetengah pihak contohnya trak tunda yang mengaut keuntungan bila berlaku je kemalangan. Malah, ada pihak tersebut yang sanggup pasang perangkap pada pengguna jalan raya seperti paku, batu2 kecil, pasir dan jugak minyak. Ini untuk membuatkan pengguna jalan raya kemalangan.... Rakus sungguh golongan ini, sanggup korbankan nyawa orang.. Yang peliknya bila berlakunya kemalangan, mereka tiba-tiba je ada kat tempat kejadian.... Pelik betul!

Ada antara mereka berlagak samseng dan caj harga yang mahal untuk mangsa kemalangan. Kadang2, mangsa pun kena paksa supaya terima perkhidmatan mereka. Dah macam samseng mereka nie...


Bila baca laporan tentang trak tunda yang melampau nie, deno teringat satu kemalangan yg berlaku kat famili deno dua tahun lepas.. Masa tu deno n famili dalam perjalanan balik dari KL ke Terengganu. Kalau tak silap deno, jalan kat Karak Highway.. Bila abah membelok tak dapat nak kawal kereta, brek pun tak jd apa... Untuk elak dari langgar kereta lain, kereta abah pulak yang langgar besi dan kereta terseret ke besi penghadang tepi highway yg berbukit-bukit tu.... Nasib baik semua yg ada dalam kereta tak cedera teruk, cuma kepala deno benjol.. Sakit jugak, nangis je masa tu.. 

Ma, abah n anak buah deno tak apa2.. Kakngah pula bengkak di di rahang.. Lepas je kereta terhenti kat tepi besi penghadang tu, abah keluar tengok2 apa yang tak kena, abah lihat kat tayar ada kesan minyak n kat jalan tu pun ada minyak... Pelik kan dari mana datangnya minyak tu. Brek kereta okey abah cakap... Lepas je kemalangan tu, deno n famili sambung perjalanan dengan remuk macam tu, tak nak tunda2 coz kat KT pun bleh baiki kereta tu.... Selamat famili deno sampai kat Terengganu.


Bila tengok tepi kereta bahagian kiri tu, memang rabak teruk. Habis kemik dan rosak sebab seret besi tu... Pintu depan pun tak boleh buka... Bayangkan kalau takde besi tu, mesti kereta deno n famili masuk gaung. Kereta terhenti betul2 tepi gaung... Syukur sangat masa tu...

Bila difkir-fikir kan, apa jenis orang la yang mementingkan diri sendiri. Sanggup nak korbankan nyawa orang lain semata-mata nak dapatkan duit........ Hmmm....


~ Psst2, perlu berhati-hati lagi......


8 comments:

  1. fuh...naseb bek nyawa masih panjang..x leh nak bayangkan kalau jatuh dalam gaung..memang ada orang wat onar bubuh minyak atas tar jalanla supaya mudah kereta penarik dapat pelanggan..jahat sungguh mereka..kena saudara sendiri baru tau..

    ReplyDelete
  2. memang banyak kali terkena..selalu bila bawak moto la masalahnya tayar pamcet selalu kena kt hiway...sanggup bawak terus ke kedai daripada bg kt lintah darat tu..huhu.

    ReplyDelete
  3. memang banyak kali terkena..selalu bila bawak moto la masalahnya tayar pamcet selalu kena kt hiway...sanggup bawak terus ke kedai daripada bg kt lintah darat tu..huhu.

    ReplyDelete
  4. zaman sekarang macam2 cara orang cari duit..
    allah bagi akal pikiran yang baik tapi depa salah gunakan
    kelebihan yang Allah bagi tu..

    ReplyDelete
  5. syuxer : tu la, alhamdulillah xde apa2 yg teruk berlaku.....

    pakciklie : sian pakcik, kena slalu berhati-hati ya pakcik, bimbang terbabas pula ketika bwk moto tu..

    kakdiana : tu la, nie satu cara, menipu pun ada... hish manusia zaman sekarang kak...

    ReplyDelete
  6. Salam.bw here^^ nice blog :)
    Feel free to visit me @ frommetoyou~
    Ada entri baru^^ TQ

    ReplyDelete
  7. gua pernah corner sampai terbaring akibat minyak tertumpah atas jalan... :D tapi tu takde unsur2 sabotaj.. kekee

    ReplyDelete
  8. bahayanyer bila berhadapan dlm keadaan camtu kan dik.akak pernah gak diekori kereta mlm2.sgt takut.mujur balas polis sekat.terus je akak belok ke balai polis.dah la sorang2 masa tu

    ReplyDelete