Sesak Nafas Lagi - Dayang Deno

20.4.11

Sesak Nafas Lagi

           
          Seawal pagi pukul  7 deno dah kena makan ubat... Biasanya memang kena makan terus ubat bila ubat sampai... Baru hari nie deno sedar rupanya deno makan ubat untuk pagi sahaja 20 biji... Belum masuk ubat untuk petang dan malam.. Dah la nak kena jimat minum air, sejak masuk ICU hari tu, deno kena hadkan minum air.. Tapi, hari nie terjadi kejadian yg mendebarkan deno... Deno takut...

 

Kenapa? Lepas beberapa minit makan ubat rasa macam nak pitam, lepas tu sesak nafas.. Deno takut sgt kesakitan macam hari tu berulang... Pelik coz deno da makin sihat... Nurse ambil tekanan darah, rupanya terlalu rendah.. BP deno 96/69 je, untuk orang normal biasanya 120/80... Lega rasanya xde apa2 yg serius.. Cuma deno pakai tiub oksigen lagi la pagi tadi.... Baru rasa ada tenaga... Alhamdulillah...... :)

~ Psst2, lega..... :)

  

9 comments:

  1. hope deno cepat sembuh ye.
    ramai yg doakan deno..
    insyaallah..aminnn :)

    ReplyDelete
  2. Puisi utk Kak Deno kat belog saya:
    -----------------------------

    Dia mahu menggapai
    awan impiannya
    sedang kedua-dua kakinya
    terpasung dibumi.

    Terhempas dari langit ketujuhpun
    dia masih ada asa
    untuk bangun dan berdiri.

    Terjatuh dalam perut bumi sekalipun
    dia masih punya semangat
    untuk merangkak mencari cahaya.

    Tersadai di Gurun Sahara panas pun
    dia masih punya tenaga
    kehausan tidak menghalangnya
    untuk terus menapak.

    Langkah yang diambil penuh berani
    biarpun yang dilihat
    hanya ruang yang gelap
    tertutup tanpa cahaya
    kering tanpa udara
    sunyi tanpa suara.

    Dia tidak pernah meraung mencari
    jalan keluar yang zahirnya tiada
    kerana dia seorang hamba
    yang yakin pada janjiNya.

    -------------------------------



    semoga terus kuat!!!

    Abang Zam dari

    http://www.abangzam.com/

    juga kirim slm pada Kak Deno tp dia segan nk smpaikan sendiri..,

    :))

    ReplyDelete
  3. Salam Deno..
    Kak Es selalu baca dan ikut kisah Deno dari LM yang sangat prihatin tu..

    Deno kena tabah dan kuat tau.
    Pagi tadi Kak Es dgr dari seorang prof. katanya "orang yang sabar dan kuat semangat dan sentiasa berfikiran positif, cepat pulih dari penyakit even penyakit yang telah sampai ke stage 4"

    So Deno kena byk thinking all the sweet things. Allah kan ada, Dialah yang Maha Mendengar akan segala luahan hambaNya. Dia tahu apa yang berlaku walaupun kita tak cerita. Tapi Dia lagi suka jika merintih dan bcerita dengan Dia.

    Doa dari Kak Es sentiasa bersama :)

    Take care ya

    ReplyDelete
  4. hrp deno dpt bersabar yer..mungkin, ni cara Allah nak uji deno.. tabahkan
    hati, kuatkan smgt yer..

    insya-Allah, Allah akan bantu hamba-hambanya yang bersabar :)

    jangan pernah bersedih tau.. Deno kena kuat ! saya tahu deno boleh lawan sakit deno :) peace :)

    ReplyDelete
  5. Silalah ke blog sy abl award kamu yea!
    http://ummi-ieraakmal.blogspot.com/2011/04/award-dari-maklong-maaf-lewat-gantung.html

    ReplyDelete
  6. deno..tabahkan dirimu..ada teruskan berdoa...

    ReplyDelete
  7. wahh abg zam bg puisi tuk adik..baik abg zam

    adik...mujur takda apa2..akak syg adik...nite ye sayang

    ReplyDelete
  8. sy bkn tomato: amin!

    abgZam: bestnye kalo dpt dgr betul2 puisi nie dibacakan,mesti best suara abgZam nie..... terima kasih..!!!! :)

    kakEs : thankS kak Es!!! :)

    srikandi cinta : insyaallah deno kuat.. deno kuat pun dgn adanya org2 yg beri smgt pd deno spt srikandi cinta :)

    ctNoraizah : okey! :)

    atiqah : insyaallah...:)

    kakak : akak nie.... gigit kang ha...

    ReplyDelete
  9. neno neno neno
    hee kaloi dtg rerenang nie

    tekanan darah rendah pun bhye gak uw
    takpe jage ksihtan yer ^__^

    ReplyDelete