Terima Kasih Allah :') - Dayang Deno

18.4.11

Terima Kasih Allah :')


Hari ini ialah hari ke dua puluh di hospital. Hari ni juga sudah beberapa hari deno tak online, biasanya setiap hari deno akan update baby blog kesayangan deno ini. Alhamdulillah hari ni kesihatan deno baik-baik sahaja..

Terkenang kembali pada hari rabu yang lalu, deno sama juga seperti pesakit-pesakit yang lain. Rutinnya bangun tidur, sarapan, ubat dan rehat. Cuma entah kenapa badan rasa tak selesa, tak berapa sihat, tapi masih boleh bertahan. Malam tu deno sempat online dan berbual dengan blogger kak lydia. Sebenarnya deno ada final exam dan akan ambil exam di hospital. Walaupun kurang sihat dan demam, deno nak juga ambil exam. Deno tidur awal.. Lebih kurang pukul 3 pagi, deno rasa sakit, dada pun sakit. Tiba-tiba deno tak dapat nak bernafas dengan baik, demam pun naik. Nurse pasangkan oksigen dengan menggunakan tiub pernafasan. Alhamdulillah rasa okey sikit selepas diberi oksigen. Doktor juga ada datang malam tu untuk lihat keadaan deno, dan doktor cakap  tak ada apa-apa. Mungkin sebab demam..

xxxxxx

Keesokan paginya,  demam deno dah kurang cuma oksigen masih terpasang sebab deno masih tak dapat bernafas dengan baik. Deno ada rasa sakit tapi masih dapat bertahan. Deno sebenarnya bimbang juga sebab nanti lecturer nak datang.. Kalau boleh, deno taknak extend lagi. Dah banyak kali deno extened semester sebab sakit hmm.. Pagi tu, macam biasa deno bersarapan bersama ma. Deno hanya mampu minum milo dan menjamah sekeping roti, entah kenapa rasa tak berselera nak makan, tapi deno paksa jugalah diri untuk makan. Risau tiada tenaga pula nanti. Selepas sarapan, deno tidur sekejap memandangkan tengahari nanti deno nak ambil exam. Tapi.. Deno terlena sekejap sahaja, deno terbangun dan muntah! Yang teruknya muntah deno ada darah. Sejak itulah, keadaan deno makin teruk. Sakit, nak bernafas sakit, dada berombak-ombak, oksigen ditambah. Deno muntah tanpa henti sehingga 2 petang. Sakit...

Hari semakin petang, keadaan deno masih sama malah bertambah teruk. Oksigen masih terpasang, deno sukar untuk bernafas. Demam juga semakin tinggi, doktor terpaksa pindahkan deno ke wad lain memandangkan keadaan deno yang tak berubah. Sewaktu di wad baru, deno rasa sangat tak selesa. Sakit sahaja yang deno rasa. Tarik nafas sakit, duduk sakit, baring sakit, minum air sakit, nak bercakap sakit. Pendek kata semua sakit, tak ada yang tak sakit, semuanya sakit sangat. Prof pun ada melawat deno tapi... deno tak dapat nak bercakap. Deno terpaksa batalkan exam. Hari dah petang, deno rasa makin sakit. Sakiit!! Seksanya Ya Allah.... Tuhan saja yg tahu deno masa tu. Tak pernah rasa sakit macam tu sepanjang hidup deno, terlalu perit. Deno dah terfikir masa tu, adakah Alllah dah nak ambil nyawa deno masa tu? Dah nak matikah aku? Sakitnya Ya Allah.... Tertanya-tanya juga, adakah mcm ni rasa sakit nak mati? Deno rasa sakit mcm tu, mungkin azab nak mati lagi teruk... Nauzubillah...

Malam tu juga, doktor masukkan tiub oksigen ke dalam salur perfasan. Deno tak sedar tapi boleh bernafas. Bila deno sedar deno rasa sakit sangat. Rupa-rupanya ada tiub lagi, sakit! Deno meronta-ronta, kemudian deno tak ingat apa dah masa tu. Rupanya, doktor "tidurkan" deno. Abah beritahu deno tak sedar hampir 3 hari. Ya Allah... Teruk rupanya keadaan deno...

xxxxxx

Deno di"intubate". Deno tak dapat bercakap, tiub pernafasan telah dipasang untuk membantu deno bernafas menggunakan mesin bantuan pernafasan di ICU. Sejujurnya deno sedih, kesian abah dan ma risau, semua kakak deno emergency balik ke Terengganu bila deno tiba-tiba dimasukkan ke ICU. Kawan-kawan juga ada melawat deno di ICU..

Alhamdulillah

Syukurnya Ya Allah.. Diri ini diberikan kesempatan dan peluang hidup lagi di dunia ini, diberikan rezeki dengan nikmat keluarga yang sangat memahami dan penyayang. Kawan-kawan juga yang sentiasa support dan doakan deno.. Dengan izin Allah dan berkat doa semua, deno semakin sihat.. Walaupun belum sihat dan pulih sepenuhnya, deno makin baik alhamdulillah..

Terima kasih Allah :)


20 comments:

  1. Dayang.. ay risau tahu tak.. sedihnya baca entry ni.. Ay tengok gmbar atas ni terus menangis.. ay sedih bila dengar dyang sakit. Rasa nak jumpa dayang sangat sangat. Ay harap ada keajaiban.. ay syukurrr sangat doa doa semua dimakbulkan Allah.

    Ramai sayang deno. Bila deno sakit, ramai yang risau. So kuatkan hati dayang. Ini ujian utk mu. Penyakit adalah penghapus dosa. Rasa nak jumpa deno sangat sangat bila dapat tahu. Thanks pada kakak dayang sebab bagitahu pasal dayang. Syukurnya Dayang beransur baik. May Allah bless you. Semangat!

    ReplyDelete
  2. cepat sihat ye deno. qiela menangis baca entry nie. alhamdulillah deno kuat.. =) qiela doakan yg terbaik buat deno..

    ReplyDelete
  3. deno..semoga cepat sehat ea.. ;)

    insyaallah..Allah sentiasa ada untuk kita.. ;)

    ReplyDelete
  4. adik, adik kena kuat. kakchik akan sama2 doakan adik.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah

    bile bace macam kite lak yang rasa

    emmmmmmmm,kami disini doakan

    ReplyDelete
  6. kamu lemas? Alhamdulillah kamu da semakin sihat...

    sedih juga baca citer kamu ni.. tapi saya tau kamu mesti seorg yang kuat..

    kalo sy ditempat kamu.. x tau a..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lemas means tak dapat bernafas,.. sesak nafas...

      Delete
  7. Assalamualaikum adik sayang...Alhamdulillah Allah beri kita kesempatan bersua lg..berjurai2 air mata akak bila baca wall adik dayang hana kata adik koma , dan di ICU.akak sgt risau.Gmbr ni lah yg dayang hanna tag pd akak td...akak tgk adik senyum ada sedikit kelegaan di hati akak hr ni..jg diri ye dik.akak doakan yg terbaik utk adik.hr terakhir kita borak rabu siang kan?ingat lg adik kata ada exam khamis..huhu..nite sayang...

    ReplyDelete
  8. ayu: sian ayu plk menangis krn dyg.. dyg mcm nie la ayu, kejap pk, kejap x okey.. kita rancang je mcm2, tp tuhan yg tentukan, kan? hari tu sbnrnya dyg nak exm, tp x jd sbb jd teruk... thanks sgt2 kat ayu mendoakan dyg.. ingat, dyg pun syg ayu... (^_^)

    qiela : thankS qiela... deno kuat dgn smgt dari semuaaa org... :)

    cik violet : insyaallah... :)

    aliarosli : terimaksih doakan deno :)

    azana : terima kasih azana.. sbnrnya deno ada pykt sle kidney dan pykt jantung... baru2 nie air terkumpul byk dlm paru2, jd deno sesak nafas yg teruk seperti org lemas dlm air... emm, deno kuat dgn adanya org sekeliling yg menyokong deno... azana pun kena kuat kalau ada apa2 tau.... :)

    kakLM : alhamdulillah.... terima kasih kakak sentiasa ambil berat pasal deno, kat fB pun akak slalu pegi... Gambar dari kakAna tu sehari selepas keluar ICU, hari tu deno rasa sihat.. ramai orang dtg melawat hari tu..

    ye la kak, kita berborak sekejap.. tak sangka kan kak, deno nak masuk ICU.. kita rancang, tuhan yg tentukan segalanya.. semua terjadi sgt pantas kak. kalau akak nak tahu, masa tu sakit sgt2, x pernah sakit mcm tu, masa tu deno fikir tuhan nak cabut nyawa deno... tp alhamdulilllah, umur deno panjang.. hari tu mmg deno sepatutnya exaam.. hmm.. akak pun take care ya (^_^)

    najihah : insyaallah.... :))

    kak chik : insyaalah deno kuat! smgt! :)

    ReplyDelete
  9. semoga deno cepat sihat..kuat semangat dan sentiasa tabah ea

    ReplyDelete
  10. Ammar doakan supaya Dayang Deno cepat sembuh. Insyaallah kalau diizinkan Tuhan Ammar pergi jenguk Dayang Deno

    ReplyDelete
  11. salam deno..

    ya Allah tabahnya deno..sy respek dgn awak..teruskan bertahan oki..ini smua ujian untuk deno..sedih plak saya baca..dpt rasa sakit bile deno cite pasal tiub kat tekak sume tu :(

    stay strong deno..

    ReplyDelete
  12. dik,air mata tbe2 mengalir ble bc entry ni.peritnya penderitaan yg deno alami.Tp percayalah deno,akak tau deno mampu hadapinya.Allah bg adik ujian ni sbb DIA tau deno mampu menghadapinya.Kalau adik nak tau penyakit adalah satu cara yang diberikan oleh Allah utk mengampunkan dosa2 yg telah kita lakukan.Mungkin juga Allah nak meninggikan darjat adik berbanding umatnya yg lain.akak ada satu link nk share ngan adik.mgkn hati adik akan lbh tenang dan tabah apabila membaca entry ini http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/1455-sakit-antara-penghapus-dosa-dan-peningkat-darjat.html

    ReplyDelete
  13. salam deno..

    kuatkan semangat k..semoga deno cepat sembuh...kuatkan hati hadapi ujian drNya..

    nanges bace n3 nie....:(

    ReplyDelete
  14. Dear Deno...
    Mama harap deno cepat sembuh...tabahkan hati...jgn fikir yg mcm2....doa mama akn sentiasa bersama deno yg comey ni....

    ReplyDelete
  15. Tengah nak mengenali adik deno....kesian adik dino ye...moga sentiasa d kurniakan kesihatan yg baik dan seperti sedia kala...AMINNN

    ReplyDelete
  16. ~mengalir air mata baca kenangan awk..Semoga awk sentiasa dilindungi..:)

    ReplyDelete
  17. tahniah,kamu mmg seorang yang kuat dik :)

    kak sedih baca entri ni :'(

    ReplyDelete