Home Sweet home :)) - Dayang Deno

14.5.11

Home Sweet home :))


            Deno dah balik!! Seronok n gembira pula bila di rumah... Deno balik petang khamis baru nie. Cuma tak sempat nak update coz deno kena layan si adam pula. Maklum la, dah sebulan setengah adam tak jumpa deno, sejak deno sampai rumah, berkepit je dengan deno. Sampaikan deno nak pergi toilet pun nak ikut. Tak boleh berenggang langsung.... Deno layan aje la, kesian pula kat dia..

Nie pun duk sebelah main lego.. Tak boleh langsung kalau deno jauh dengan dia. nasib baik dia tak kacau deno on9.. Semalam blog tak boleh buka. Tak tahu kenapa, jadi deno chat dengan ayuCandy kat fB.. Lama juga, deno rindu sangat kat besfren deno tu! Dah 5 tahun tak jumpa, nasib baik ada blog. Boleh tengok-tengok ayu... Blog dia kat GGB.

Balik dari hospital, mula la mengidam makanan yang bukan-bukan. Maklum la, duk hospital kena berpantang.. Tu pun, nak makan macam-macam. Sampaikan blogger Ammar tu bawa kek coklat n kfc untuk deno masa deno di hospital... hehe..

Semalam, deno rasa nak makan best2. jadi ma abah bawa makan kat restoran sebelum ma abah ke KL untuk ke majlis konvo kakObiey... Dapat makan ikan masak tiga rasa, kerabu mangga, sayur campur, telur bistik.... macam-macam la.. Minum pula air yang berais! Air apa..? Ada la.. rahsia.. Peberet yang dah lama betul tak minum... Emmm..... Nikmat betul rasanya dapat semua tu semalam... Ma abah beri "green light" untuk semua tu semalam!



Deno juga nak ucapkan terima kasih banyak2 kat sahabat2 blogger yang mendoakan deno. Dengan sokongan dan doa yang tak putus2, deno semakin sihat dan pulih! Alhamdulillah deno dapat berada di rumah hari ini dan deno harap hubungan deno dengan blogger2 semua tak putus walaupun kita hanya kenal di sini. 

Deno harap kesihatan deno makin pulih walaupun doc deno cakap jantung deno tak pulih sepenuhnya. Dua minggu lagi deno akan ke hospital lagi untuk buat eco (scan jantung) tu. Nak tengok semula okey ke tak.. Hmm.. Itu yang buat deno rasa takut dan juga berdebar kalau diingatkan. Bimbang kalau tak okay, doc akan tahan deno di hospital lagi.... harap takde apa2 yang teruk.

Sekarang, deno perlu sentiasa pakai mask. kalau keluar rumah, perlu pakai. Pergi jalan mana2 pun pakai mask. Bimbang kena jangkitan kuman. Oleh kerana deno ada SLE, antibodi badan tak kuat.. lemah, sebab itu mudah kena jangkitan. Bila ada prob jantung nie, memang perlu sentiasa pakai mask. Terpaksa la pakai... Dulu masa penyakit SLE deno aktif, deno pun pakai mask. Mula2 memang rasa tak best, lama2 dah biasa. Kalau orang tengok pun, buat tak tahu je..

gambar kenangan


Alhamdulillah penyakit SLE deno sekarang tak aktif... Deno perlu sentiasa makan ubat, memang tak boleh tinggal. kalau tak makan ubat mungkin SLE aktif semula. Harap penyakit SLE tu tidur buat selama-lamanya... haha.. Petang nanti deno akan ke hospital pula, nak ambil kelengkapan dressing. Masa di hoapital, nurse tolong buatkan. Bila di rumah, deno akan buat dressing sendiri. Sebenarnya deno lebih selesa buat sendiri! hehe..

~ Psst2, adam kacau la... tata!



7 comments:

  1. yeah!deno dah ok!boleh balik rumah.lepas ni tak perlu cucuk sana cucuk sini lagi ye.huhu

    ReplyDelete
  2. yeay! deno da balik rumah. aki tmpang hepi. jage kesihatan baik2 tau. ubat jgn lupe makan okeyh! ;p

    ReplyDelete
  3. ok..take care...buat dressing elok2..jgn lupa makan ubat...kak jugak harap SLE tu tido wat selama-lamanya...insyaallah...

    ReplyDelete
  4. pasni susah lah nk jumpa Deno kan?hhuuhuhuhu

    ReplyDelete
  5. Rozuan : harap2 la tak masuk hosp da lepas nie, tak perlu kena cucuk byk! tapi takut jugak 2 minggu lagi kena jumpa doc...

    aki : thankS aki! insyaallah...

    LindaRahim : insyaallah... :)

    Ammar : takpe, nanti bile amar dtg KT boleh jumpa jugak kan... :)

    ReplyDelete
  6. wahh pasti ammar susah nak lawat pasni..takpe2 kita plan jmp ammar sekali nnt ye?


    kena pki mask tu selalu tau~~

    ReplyDelete
  7. kakLM :nanti nak jumpa kakak n ammar sekali! :)

    ReplyDelete