MA - Dayang Deno

8.5.11

MA


            Two dayS to go.. hehe.. Faham2 je kan, deno memang menghitung hari nak balik! Emm, hari nie semua orang cakap pasal ibu masing2. Deno pun nak cakap pasal ibu deno la... Boleh, kan..

Deno panggil bonda deno 'ma'. Ma adalah seorang guru dan baru sahaja bersara bulan dua baru2 nie. Tahu tak.... Allah swt telah tentukan deno sakit awal bulan tiga, bila ma bersara je, deno terus sakit jadi ma ada di sisi deno masa deno sakit.. Subhanallah... 

Ramai orang cakap deno anak manja sebab deno anak bongsu. Deno bukan manja tapi memang rapat dengan ma, abah pun sama. Kita mestilah kena rapat dan sayang bonda kita, kan..! Di rumah, hari2 ma sedia susu awal pagi ke bilik deno. Ma buat awal pagi sebab deno perlu makan ubat awal, cuma deno yang malas makan ubat. Ma concern, jadi ma siapkan awal2 supaya deno makan ubat on time. Sebelum tidur pula, hari2 ma akan selimutkan dan cium deno. Tak jemu2 sampai sekarang.. Kadang2, bila malam deno demam, ma tak tido jaga deno..

Banyak pengorbanan ma bila deno mula sakit. Ma sanggup ke KL dengan abah untuk rawatan deno. Deno tahu kita buka orang senang, masa tu pun, kakLong, kakngah, kakObi dan kakAna masih belajar. Perlu banyak duit... Tapi untuk deno, ma berhabis banyak duit untuk rawatan deno. Deno tahu, masa deno sakit tenat, ma sebenarnye sedih, kan.. Tapi, tak pernah pun air mata ma tumpah depan deno masa deno sakit... Deno tahu kenapa, ma tahan air mata ma sebab ma nak beri semangat deno untuk terus hidup dan lawan penyakit deno.  Ma selalu kata deno kena kuat sebab ramai orang masih sayangkan deno... Deno ingat lagi kata2 semangat ma itu. Mungkin, sebab tu juga deno masih bertahan smpai sekarang. Masa deno sakit pun, deno cerewet, meragam, mcm2 perangai deno buat.... Kadang-kadang deno marah-marah kat ma.. Tapi ma tak marah deno pun masa tu, ma faham deno sakit...


Tetapi, air mata ma tumpah juga bila ma tengok keadaan deno. Deno tahu ma sedih tengok deno sakit. Kesian ma, deno rasa bersalah buat ma menangis. Deno menyusahkan ma. Banyak sungguh ma berkorban untuk deno.. Hari nie hari ke 40 deno di hospital, ma tak pernah merungut atau jemu menjaga deno kat hospital.. Deno bersyukur ada ma yang setiap hari beri dorongan untuk deno kuat... Deno jadi kuat dan semnagat dengan adanya ma di sisi deno... ThankS ma for everything!

Buat ma yang deno cinta dan sayang
 Deno bersyukur dapat jadi anak ma.. 


SELAMAT HARI IBU ma..!
^_^


deno sayang ma!!

~ Psst2, selamat hari ibu buatsemua yang bergelar ibu..! :)



3 comments:

  1. selamat hr ibu buat ma...LM teringin nak jmp ma juga.buat adik..moga cpt sembuh ye.muahhh

    ReplyDelete
  2. selamat hari ibu.semoga sepat sembuh deno!

    ReplyDelete