Kalau la korang tahu... - Dayang Deno

11.8.11

Kalau la korang tahu...

Kalau la korang tahu.... tak rugi baca kat bawah nie...
  1. Kalau korang tahu bangun sahur punya keberkatan berbanding sesaja malas bangun sahur sebab pentingkan tidur pasti dkorang bangun biarpun cuma minum segelas air suam, air mati, air jarang, air kosong, air masak, air tawar atau air tapis.\
  2. Kalau korang tahu ganjaran puasa nam lepas raya itu sama macam pose setahun pasti korang cuba buat biarpun secara berturut-turut.
  3. Kalau korang tahu bila terdengar azan subuh sedang mulut ada makanan boleh batalkan pose pasti korang terus luahkan dan terus membersihkan mulut, bukan cepat2 kunyah dan terus telan.
  4. Kalau korang tahu sunat berbuka awal (bila masuk waktu berbuka) dan memakan manisan  atau minum air masak, pasti korang takkan melengah-lengahkannya.
  5. Kalau korang tahu hukum pose tapi tak bersembahyang pasti korang takkan mengabaikan sembahyang lima waktu.
  6. Kalau korang tahu hukum meninggalkan pose tanpa sebab yang mengharuskannya, menyebabkan pose tu tak boleh diqadha-qadha lagi, tentu korang takkan tergamak untuk bebuat demikian sesuka hati

~ Psst2, renungkan.. :)


2 comments: