Rindu Ayah Jimmy - Dayang Deno

20.8.11

Rindu Ayah Jimmy

            Lamanya tak jumpa ayah..... Ayah.....? Biasanya deno sebut abah je kan... Sebenarnya deno ada seorang lagi bapa.. iaitu seorang ayah angkat... Dah lama deno kenal dia, dah 10 tahun pun... Dialah yang merawat deno sejak 10 tahun yang lalu...  Sejak deno mula-mula sakit.... Nak kenal tak? Ini dia ayah angkat deno...


Namanya ialah Dato' Dr. Jimmy Lee Kok Foo. Ayah jimmy doktor pakar di terengganu. Ayah jimmy nie orang yang mula2 merawat deno masa deno mula-mula dapat penyakit sle.. Orangnya baik sangat... lemah lembut... Ayah jimmy suka senyum... Walaupun berlainan agama dan bangsa, dia tak layan deno macam orang asing. Kalau bercakap dengan dia, memang rasa gembira... Kalau boleh taknak berhenti berbual dengan dia... Ayah jimmy seorang saja yang faham deno berbanding doktor lain... 

Deno ingat lagi pernah satu ketika deno meraung menangis tak nak tinggal di hospital, ayah jimmy beri kebenaran tinggal di rumah dengan syarat kena pergi hospital setiap minggu... Dia ikut kemahuan deno.. Pernah juga masa deno sakit, deno tidur di office dia kat hospital... Tiba-tiba saja rasa rindu kat ayah jimmy... Kali terakhir jumpa pun masa deno masuk wad 3 bulan lepas... Lepas tu tak jumpa dah..

Ayah jimmy nie sebenarnya bertongkat, dua tongkat dia guna kat coz ayah jimmy dulu sakit.. Dua2 kaki tak boleh guna dengan betul sampai sekarang.. Tapi dia kuat dan berjaya jadi doktor.. hebat kan?! Hmm... sebelum raya nanti nak jumpa dia lah..... :)


~ Psst2, rindu kat ayah jimmy.....

2 comments: