INFO

Di Sebalik Burung

September 21, 2011,4 Comments

Biasa kita tengok macam-macam jenis burung yang ada... Ada kecik ada besar, ada hitam, ada putih, ada macam-macam kaler.. Tapi pernahkah korang terfikir apakah yang ada di sebalik seekor burung..?


  • Bila sebut je perkataan burung ada yang mengaitkan dengan benda-benda lucah, sedangkan dalam ilmu sains tiada satu pun organ manusia yang berbentuk burung dan namanya burung. Yang deno tahu manusia ada jantung, buah pinggang, hati, kaki, telinga dan lain-lain.. Takde pula nama burung..
  • Burung tak pernah menang apa-apa pertandingan nyanyian yang memerlukan undian SMS atau juri profesinal, seperti mana yang didakwa bahawa burung mempunyai suara yang lunak dan merdu.
  • Tanpa memerlukan diploma dalam bidang pembuatan atau kejuruteraan, seekor burung mampu membuat sarangnya sendiri.
  • Makanan kegemaran burung ialah cacing tapi belum pernah terdengar lagi burung dimasukkan ke hospital veterinar akibat masalah cacing kerawit dalam perut.
  • Dahulu burung dijadikan sebagai penghantar pesanan atau surat,  tapi sekarang perkhidmatan itu diambil alih oleh posmen.. mungkin kerana burung tak pandai bawa motor....

~ Psst2, deno suka burung nuri... :)





4 SLE Supporters :):

Personal

Lepas Dua Paper...

September 21, 2011,2 Comments

            Alhamdulillah... Deno dapat buat dengan baik dua paper semalam dan hari nie.. Huhu... Ada exam pun nak jugak update sekejap!ada ke patut!! ish ish ish! Paper seterusnya ialah paper law! Sabtu ini pukul 9pagi.. Haish! Memang banyak giler nak hafal section dan kes2 penting nie! Jap lagi stat la... Nak bw jap.. hihi.. Nasib baik dah study sket2 masa study week baru nie, kalau tak... naik bengkak la otak nak mengingat semua tu....



~ Psst2, sabtu nie paper law!! 



2 SLE Supporters :):

INFO

Mengenali Karektor Lelaki Semasa Korang Menangis

September 19, 2011,9 Comments

BRUTAL
  • Meninggalkan korang menangis sorang-sorang, tak pujuk pun...
SENSITIF
  • Turut sama menangis malah lagi over menangis dari korang.
MATANG
  • Memberikan kata-kata semangat
MIANG
  • Memujuk sambil ambil kesempatan
PANDAI BERGURAU
  • Boleh menghentikan tangisan korang
ROMANTIS
  • Menyanyikan lagu atau memberikan bunga untuk meredakan tangisan korang
KONPIUS
  • Mula gelabah kerana tak pasti korang menangis atau gembira
BUDIMAN
  • Memujuk dengan baik dan kata-kata yang baik
PANAS BARAN
  • Mengarahkan korang supaya berhenti menangis dengan segera, kalau tak ditumbuknya korang

~ Psst2, esok deno ada paper taxation!



9 SLE Supporters :):

INFO

Di Sebalik Lelaki

September 18, 2011,6 Comments

  • Antara salah satu kelebihan utama lelaki ialah dapat lesen besar untuk berkahwin lebih daripada satu yakni  empat walaupun satu tu pun tak terjaga atau belum tentu dapat.
  • Akan dapat gelaran ketua secara automatik bila sahaja melangkah ke alam rumahtangga biarpun dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan.
  • Tak berapa nak kisah sangat kalau wajah ditumbuhi dengan bulu yang dipanggil misai atau janggut, walaupun adakalanya ianya hampir menyerupai dengan makhluk lain kerana tak dijaga.
  • Tidak menjadi buah mulut masyarakat bila terserempak dengan seorang lelaki memegang satu pinggan penuh dengan nasi di mana-mana kedai makan
  • Mampu berubah watak dan sikap dalam sekelip mata bila sahaja melihat air mata pasangannya berjujuran.
  • Tak terlalu risau tentang bentuk tubuh dan cara berpakaian....


deno minat lelaki ini.. enrique iglesias (^_^)

~ Psst2, di sebalik lelaki... 



6 SLE Supporters :):

Personal

Dah mula dah...

September 17, 2011,5 Comments

            Encik takut, puan berdebar, kak gementar, kak kecut perut, adik pening dan makcik stress dah sampai.... Final exam dah nak mula.... Hmm.. Nampaknya dalam bulan nie deno akan berhenti blogwalking kat blog-blog sahabat2 semua... Maybe deno just luang masa sekejap untuk update blog je.. Nanti mesti rindu kat ayuCandy, cikYuyue, kakLM, kakDiana, ammar, chuu dan ramai lagi... Tapi nak buat macam mana kan, pelajaran tu penting kan..


Insyaallah lepas final exam nanti, deno akan ke blog korang... jangan nakal2 tau... Doakan deno... (^_^)


~ Psst2, terima kasih kat kak diana, ayuCandy, cik aish yang banyak membantu dlm tutorial scroll box :)


5 SLE Supporters :):

Family

MA!! Cepat lah balik!

September 17, 2011,2 Comments

            Rasa lain pula hari nie. Hari nie ma takde kat umah. Ma pergi kolumpo ke rumah baru kak ana dan kak obiey... Deno rasa lain dan janggal coz biasanya awal pagi dah dengar ketung-ketang di dapur dari bilik deno.. Ma la tu di dapur siapkan bekpes.. Al maklum la bilik deno dekat dengan dapur.. Pagi tadi rasa pelik tak ada bunyi.. Baru ingat rupanya ma pegi kl... Rindu pula suara ma kejut deno bangun tido.. 

Baru dua hari ma takde kat umah dah rasa rindu... Cuba bayangkan kawan2 yang duk hostel berbulan-bulan jauh dari mak masing-masing... Deno duk umah nie hari2 boleh jumpa ma... Hihi... Deno jarang berjauhan dari ma, slalu dengan ma.. Duk hospital dua bulan baru nie pun ma jaga hari2... Sejak sakit setiap kali duk hosp memang ma yang jaga.... Huhu :p Macam mana tak rindu kan?


Mesti ada yang kata deno over... Dua hari tak jumpa pun dah rindu... Hello... Mesti la rindu tau! Kite hari2 duk ngan ma kat umah tau.... Emm... Oleh kerana ma tiada kat umah hari nie, abah ajak makan kat kedai tengahari nie.... Soooo... Apa lagi... Kena bersiap la.... hehe..


~ Psst2, ma cepatlah balik!!



2 SLE Supporters :):

Perpustakaan UiTM Terengganu

SEHARI hari ini

September 15, 2011,5 Comments

           Alhamdulillah, lepas 3 hari, kaki deno makin pulih.. Deno dah boleh berjalan cuma senget jalan, macam tempang pun ada.. huhu.. tapi lebih baik dari hari yang lepas-lepass... Nak berjalan pun seksa benor... heeeee :)

Batuk pun dah kurang... Terima kasih sangat2 kat semua sahabat blogger yang beri deno petua yang bernas! Menjadi la! Tak sangka betul.. Tak payah makan ubat! (^_^)

Bila dah sihat, mesti la nak study kan.. Final exam dah dekat, 20hb 9 nie first paper deno... Deno ke libry dari 11pg tadi... Sorang je, naddy pula tak sihat hari nie. Jadi, study sesorang je... Hmm... Dah pukul 4 pun, student makin kurang... Tadi ramai...


da kurang... ramai dah balik...


~ Alhamdulillah... makin sihat :)



5 SLE Supporters :):

Family

Hari ini hari apa

September 15, 2011,2 Comments

15 September 2011

Selamat Hari lahir kak obiey!

Deno doakan kak obie sihat sokmo, ceria sokmo, panjang umur,
murah rezeki dan sentiasa dirahmati Allah swt...
Aminnnn! 

my lovely kak obiey :)


Kak obiey kakak deno yang ke tiga.. Nama penuhnya Dayang Irdawati tapi panggil kak obiey... Tetiba je datang idea nak panggil kak obiey.. Hihi... Hari nie hari lahir kak obiey tapi tak dapat la deno nak celebrate besday kak obiey coz kak obiey duk kl.. Nanti kak obiey balik kita kuar sama2 ek...

Kak obiey pandai masak dan rajin masak.. Dalam ramai2 kakak deno kak obiey paling suka masak! Cakap je apa nak makan, mesti dapat makan punye! Janji ada bahan.. Yang paling sedap kak obiey masak ialah tomyam!! Emm... teringat pula tomyam kak obiey.. hihi...


~ Psst2, hepi besday kobiey!!!


                                    

2 SLE Supporters :):

Personal

Tak bolen jalan

September 13, 2011,7 Comments

            Minggu nie deno slalu tak sihat... Seperti tahun2 lepas, nak dekat final exam mesti sakit... Sejak batuk bertambah teruk nie, deno mula rasa macam sesak nafas... Tapi tak teruk sangat... Cuma bila bernafas tu tu jadi laju... Hmm... Semalam deno jadi tak boleh berjalan... Sakit kaki....


Hari nie lagi teruk..  Pagi tadi asyik menangis sebab kaki berdenyut-denyut....Tak tahu punca... Sakit sangat.. Tak boleh berjalan... Hari nie ada exam pun tak dapat nak pergi coz tak dapat berjalan... Hari nie juga deno terpaksa ke hospital coz kena buat blood test.. Next week ada appointment dengan doc sle... Sampai hospital, abah kena amik wheelchair coz deno tak dapat berjalan... Sedih pula rasanya coz rasa macam menyusahkan abah pula... nak ke mana-mana pun abah kena pimpin... kalau tak, terpaksa abah dukung...


~ Psst2, nape dengan deno...

7 SLE Supporters :):

Hilangkan Batuk

Siapa ada petua?

September 12, 2011,7 Comments

            Demam sudah tiada... Sesema dah kurang... Yang paling tak tahan batuk yang melampau teruknya... Malu betul bila tengah exam, suara deno je sorang koh koh batuk... Dah la kuat.. Pastu mengganggu nak jawab exam.. Dalam kuliah pun sama.... Bila malam pulak tak dapat tidur...

google

Tak tahu nak buat macam mana... nak makan ubat sebarangan tak boleh, takut ada kesan tak baik... Deno makan prednisolone dah lama, bimbang jadi lain pulak nanti... Ada tak siapa-siapa yang tahu petua untuk hilangkan batuk tanpa makan ubat? Dah buntu dah nie.... Ohh.... Tolong deno!!


~ Psst2, ada petua tak nak baik batuk tanpa makan ubat? :)

7 SLE Supporters :):

Personal

Tak sihat

September 11, 2011,6 Comments

           Dah seminggu deno demam batuk dan sesema... Demam dah kurang tapi yang paling teruk sesema dan batuk... Yang teruknya, bila malam batuk menjadi bertambah teruk sampaikan tak boleh tidur... Bila baring je rasa sakit dada, batuk lagi.. Jadi tak boleh tidur....

google

Kalau jumpa doc deno kat hosp tu, deno batuk pun dia tak bagi makan ubat batuk... Maybe sebab deno makan steroid jd dia tak bagi makan ubat2 tu... Emmm. tak tahu nak buat macam mana, skrg deno just makan ubat woods..  Tapi tak jadi apa.... Hmmm... makin nak final makin kerap pulak sakit.....


~ Psst2, bimbang pula lama2 batuk nie...


6 SLE Supporters :):

Personal

Ada orang tak sedar diri!

September 10, 2011,4 Comments

            Apa la.... Duit ptptn pakai jugak, duit mara pakai jugak, blaja kat uitm jugak... pakai kereta nasional jugak... memang la tak tahu malu... pandai nak mengata je... tak sedar diri! elok pi duk somalia nu baru tahu rasa bersyukur... muluuuttt.... eeiii... tak sedar diri!!!!! Heii!! Berambus dari malaysia nie!


~ Psst2, ramai orang hok dok reti bersyukur kat malaysia nie! base bengong!

4 SLE Supporters :):

Personal

Bagusnye matsaleh tu..

September 09, 2011,7 Comments

            Semalam balik kelas, pegi makan... Nak makan kat kedai masakan panas, kedai still tutup... Emmm.. aganye diaorang still raya... So, pegi kfc makan.... Deno pilih duduk kat tengah2... Sementara tunggu ma order, deno tengok-tengok gelagat orang kat kfc tu....

google

Tiba-tiba datang la sorang matsaleh lelaki muda dengan kfcnye... nampak macam student..  hensem tu... dia tengok deno, deno senyum je la.. Rupanya nak duk kat meja tepi sebelah deno... Hmm... laju betul dia makan, lapor agaknya... Tiba-tiba datang pulak kawan die, orang melayu kite... Best pulak dengar diaorang speaking omputih.. 

Yang bagusnya matsaleh tu, bile kawan dia datang.. walaupun tengah makan terus tarik kerusi untuk kawan dia... eh2, bukan perempuan... kawan dia lelaki.. tapi dia tolong.. satu lagi yang deno rasa kagum ngan matsaleh tu... lepas makan habis semua, dia angkat dulang kfc dengan semua sisa makanan tu untuk letak kat tempat buang sisa tu, siap susun dulang tu kat tempat dulang.. bagus kan dia?

Biasa kan kalau kita, lepas makan kfc kita tinggal je makanan ngan dulang kfc tu kan? Pastu pekerja kfc yang tolong lap2 dan kemas.. Tapi matsaleh nie tak.. Dia yang angkat sendiri.... Bagusnye matsaleh tu... hihi :)


~ Psst2, kita lepas makan kfc tinggal je atas meja, kan?


7 SLE Supporters :):

UiTM

Not in mood

September 08, 2011,3 Comments

            Dah berlalu pun raya.... nak cerita pasal raya deno dah xde mood... deno baru baik demam.. demam 3 hari, batuk dan sesema... maybe sebab tak cukup tidur... seminggu nie deno tidur pukul 5 dan 6 pagi... semua nie gara2 si dia tu.... dia buat hal lagi.... tapi deno malas lah layan, orang macam tu memang suka bermuka-muka... dah la tak buat kerja, sedap je mengata deno... siap mengarah lagi macam-macam... emmm... sabar je la...

~ Psst2, not in mood

3 SLE Supporters :):

Raya Pertama 2011

RAYA pertama 2011

September 02, 2011,2 Comments

            Ehem ehem... nak citer pasal raya tapi takde gambar yang menarik.. Semua gara-gara deno jugak... sedayyy tau!

Malam raya... Pukul doblas malam belom tido.. Susun2 kuih raya, susun bekas kuih... Pastu tetiba kakAna cakap.."deno, pegi la caj kamera awak tu.. esok mesti nak amik gambar banyak-banyak..." deno jawab..."takpe, beteri penuh deno tengok baru nie, lagipun deno dop guna pun kamera tu... ada lagi bateri tu..."Konpiden je jawab.... 

Pagi raya.... Bila semua balik dari sembahyang raya... Deno pegi amik kamera nak amik gambar sesi bersalaman dengan ma abah... Tengok bateri low, tak dapat nak amik gambar pun! Satu pun tak sempat amik! Nak caj pun mana sempat, nak tunggu penuh pun lima jam... Terpaksa la dengar ceramah free pagi-pagi raya... Ya la, semua mengharapkan deno.. Jadi takde la gambar raya pertama.. kalau ada pun sikit guna henpon je... Mana cantik gambar kan... Tapi boleh la kalau nak tengok deno untuk raya pertama.....

gambar pun senget... 

Betull.... Tak banyak amik gambar untuk raya pertama.. Raya kedua baru ada... Tapi  gambar deno tak banyak la coz deno yang jadi tukang amik gambar... Heeee....


~ Psst2, tunggu entry raya ke dua... :)



2 SLE Supporters :):

Personal

Boleh tak jangan main?!

September 01, 2011,5 Comments

            Emo ke? Tak la.... Deno bukan emo sangat just cuma rasa nak terajang je jiran yang kurang ajar kat sebelah nie! Semalam.. ada ke patut diaorang main mercun pastu baling kat kawasan umah deno. Terkejut cipan deno! Kalau main mercun bawang tu (pop pop) tu takpe, ini mercun yang bunyi kuat tu. tak silap deno orang panggil mercun bola!

Masa tu kakObi dan adam khaleef duk kat luar, tiba2 dikejutkan dengan cahaya api dan bunyi yang kuat! Bergegar rasanya duk kat luar tu.. Rupanya diaorang main mercun! Siap main mercun roket tu... Mercun tu yang terbang pastu meletup kat atas langit tu... Kan bahaya! Kalau la mercun tu naik atas atap rumah deno.. Boleh terbakar!

Yang geramya boleh dia gelak-gelak... Ikut hati mahu je bagi flying kick! Sebenarnye boleh je deno nak tepon polis masa tu, ye la kalau main mercun kan boleh ditangkap! Tapi harap jaga dia sebagai jiran kita kan...Hish! Geram geram... Nasib baik hari nie da xde maen dah.....


~ Psst2, jangan main mercun boleh tak??



5 SLE Supporters :):