INFO Lelaki

Tip-Tip Untuk Suami

October 26, 2011,6 Comments

       Hidup berumah tangga suami isteri mesti bertolak ansur supaya kekal sampai ke akhit hayat Buat suami-suami dan bakal-bakal suami.... di sini ada beberapa tip bila menghadapi masalah rumah tangga.... selamat mencuba!

Kalau isteri mengamuk dengan membaling pinggan mangkuk
Cuba sedaya upaya sambut dan tangkap pinggan mangkuk yang dibaling. Mahal wooo pinggan mangkuk tu...

Kalau isteri ajak shopping je
Jangan tolak permintaan isteri tu, cuma tukar tempat shoping je dari pasaraya ke kedai runcit! Shopping jugak tu...

Kalau isteri korang kemas baju nak balik kampung bila bergaduh
Jangan duk rayu-rayu, tolonglah kemas kain bajunya yang mana patut ke dalam begnya.

Kalau isteri belum sedia nak ada anak lagi
Okeykan je tapi nyatakan korang dah lama bersedia jadi ayah dan sanggup kawen lagi satu untuk penuhkan hajat tu.

Kalau isteri membebel tak henti-henti
Jangan duduk diam membaru... Kreatifkan sikit, korang bleh buat bunyi muzik latar.

Kalau isteri bersiap lama sangat
Jangan duk membebel dan bising... sebaiknya hidupkan enjin kereta dan tekan pedal minyak kuat-kuat sampai habis.. kalau lepas dua minit tak keluar jugak.... korang blah je la... hehe..


~ Psst2, hari ni sangat busy...






6 SLE Supporters :):

INFO Lawak

Tip Nak Elak Moto Daripada Dicurik

October 25, 2011,2 Comments

Ehem-ehem... deno ada petua nie nak share... korang takut motor kena curik? Nak tau cara-cara mudah untuk mengelakkan dari motor korang dicurik?

gambar hiasan

  • Masa parking korang pancitkan tayar motor korang tapi pastikan korang bawak pam siap-siap dari rumah
  • Kalau parking kat tempat parking pun kena curi, korang parking atas pokok. Kalau kena curi jugak bukan manusia la si pencuri tu.
  • Jangan parking merata-rata tempat, pergi parking dekat kawasan balai polis. kalau hilang jugak, pencuri itu memang hebat!
  • Cari anjing garang, letak motor korang kat sebelah anjing tu. Pastikan anjing tu dah kenal korang.
  • Kunci motor pakai rantai yang paling besar dan panjang. Nak lagi hebat letak kejutan letrik kat rantai tersebut. 
  • Cari motor yang paling buruk, korang pakai la motor tu. Kalau hilang jugak korang anggap je le bersedekah...

~ Psst2, deno takde moto...


2 SLE Supporters :):

Personal

Deno di Johor!

October 24, 2011,0 Comments

Baru siap buat ccpd!

deno di sini

            Deno dah sampai johor! Deno sampai petang semalam... tersangatlah penat sampai tak usik pun laptop... tambah-tambah lagi hari nie satu hari melayan sarah aina... macam-macam aktiviti hari nie deno bersama sarah aina... gembira betul aina, dah la satu minggu cuti sekolah! amir amsyar satu hari di rumah pengasuh... deno sekarang baru berpeluang datang sini...

Entah sempat tak seminggu nie berblogwalking... deno seminggu di jB.. macam-macam plan nie nak makan angin, emm... tak sabar la.... tata! (^_^)


~ Psst2, terima kasih kaklong! :)


0 SLE Supporters :):

INFO Lawak

Cara Brutal Mengatasi Tensen

October 23, 2011,6 Comments

Perhatian! Bagi mereka yang berjiwa kental dan sadis saja yang disrankan untuk peraktikkannya.

gambar hiasan


  • Mengopek kulit kelapa dengan gigi, kalau dapat kulit durian lagi terer. Usah kulit kepala orang sudah, itu dah jadi cerita lain.
  • Berjalan atas jalan tar waktu tengah hari terik tanpa pakai kasut atau selipar... ngehehe..
  • Melakukan aksi lagak ngeri seperti terjun dari balkoni rumah... tapi pastikan dari tingkat satu je la, kang tak pasal2 masuk spital pulak..
  • Menggigit bijik buah langsat sebanyak 10 bijik. Dijamin rasa kelat tu dapat mengatasi tekanan yang dihadapi.
  • Menggenggam bara api biar jadi abu... nanti bolehlah korang berkawan dengan Abu ajak roda kampung.

~ Psst2, brutal ke? ekekekk... (^_^)


6 SLE Supporters :):

INFO Sihat

Bahaya Dalam Kehidupan Seharian

October 22, 2011,4 Comments

korang kena tahu nie tau...
biasa kita anggap remeh tapi berbahaya kepada kita


bekas botol minuman

Mungkin ada di antara korang mempunyai kebiasaan memakai semula berulang kali botol plastik dan meletakkannya di dalam kereta atau di pejabat.Tahu tak ini tidak baik kerana bahan plastik botol (disebut  juga sebagai polyethylene terephthalate atau PET) yang digunakan di botol2 inimengandungi zat2 karsinogen. 

Botol ini selamat untuk dipakai 1-2 kali sahaja, jika korang ingin memakainya lebih lama, tidak boleh lebih dari seminggu dan hendaklah letak tempat yang jauh dari matahari. Kebiasaan mencuci berulang kali membuat lapisan plastik rosak  dan zat karsinogen itu boleh masuk ke dalam air yang kita minum. Lebih baik membeli botol air yang memang untuk dipakai berulang kali, dinasihatkan tidak memakai botol plastik.


penggemar satey

Kalau korang makan satey, jangan lupa makan timun juga. Kerana sate mempunyai karbon dan hasil pembakaran arang yang dapat menyebabkan kanser. oleh itu kita dinasihatkan makan timun setelah makan sate. Sate mempunyai zat karsinogen (penyebab kanser) manakala timun pula mempunyai anti karsinogen. Jadi jangan lupa makan timun selepas makan sate ya!


   
udang dan vitamin c

Jangan makan udang kalau korang makan vitamin C. Ini akan menyebabkan keracunan dari racun Arsenik (As) yang merupakan proses tindakbalas dari udang dan vitamin C di dalam tubuh dan akan mengakibatkan keracunan yang teruk dalam beberapa jam.


mi segera

Untuk orang yang gemar mi segera, pastikan korang mempunyai jarak 3 hari setelah korang makan mi segera untuk mengulang korang makan mi segera ini. Dari maklumat doktor, terdapat lilin yang melapisi mi segera. Itu sebabnya mi segera tidak melekat satu sama lainnya ketika dimasak. Memakan mi segera setiap hari akan menigkatkan kemungkinan sesorang terkena kanser . 

Maklumat dari seorang doktor ada seseorang yang terlalu sibuk bekerja memakan mi segera setiap hari akhirnya menderita kanser. Doktor tersebut mengatakan bahawa tubuh kita memerlukan waktu lebih dari dua hari untuk memproseskan lilin tersebut.


~ Psst2, rasa lapar pula... 






4 SLE Supporters :):

Macaroni Cheese With Prawn

Secret Recipe Macaroni Cheese With Prawn n Mushroom

October 22, 2011,2 Comments

             


~ Psst2, sangat sedap! heeee (^_^)


2 SLE Supporters :):

Semut-Semut Deno

Deno Teruja

October 22, 2011,2 Comments

               Hari nie deno teruja sangat coz esok deno nak ke Setia Tropica, Johor Bharu!!! Rasa seronok dan teruja sangat coz tahun nie deno tak berkesempatan ke rumah kaklong. Biasanya setiap cuti semester mesti deno jalan-jalan ke sana...

Tahun nie tahun paling sedih tak dapat ke sana sebab banyak sakit... Dua kali terpaksa tangguh belajar, masuk hospital lama sebab komplikasi jantung, demam panas dan macam-macam lagi masalah kesihatan yang tak mengizinkan deno ke johor....

Deno rindu sangat2 nak jumpa anak buah kat sana, jumpa pun sekejap je masa raya aidilfitri baru-baru nie... Deno sebenarnya sangat rapat dengan anak buah pertama, si sarah aina sampaikan kaklong panggil aina semut dan deno nie gulanya... Sangat rapat!

sarah aina
dah 8 tahun pun tahun nie...

amir amsyar
4 tahun

Memang rasa rindu sebab dua-dua duk jauh... kalau adam khaleef hari-hari deno boleh main ngan die... sampai penat cikcu melayan adam khaleef... nak melukis, nak mewarna, nak main... ikut je la, sayang punya pasal... hihi :)

adam khaleef
baru 3 tahun


~ Psst, deno teruja la!


2 SLE Supporters :):

INFO

Mulut...

October 21, 2011,3 Comments

            Mulut manusia... biasalah... mana boleh tutup. Kalau mulut tempayan bolehlah tutup... deno biasa dengar orang-orang bercakap pasal nie... itulah manusia... tak pernah puas hati...


gambar hiasan

kalau kawen muda (awal)
mulut org berkata : ish ish, awalnyee kawen... entah-entah dah ada isi si pompuan tu...

kalau kawen lewat
mulut org berkata : eiii... tak malu ke pompuan tu, kawen umo pun nak pangkat nenek dah...

kalau tak kawen
mulut org berkata : apa la pompuan tu, tak kawen2... bleh masuk kategori andartu tu... kesian... tak laku...

kalau takde anak
mulut berkata : bila nak ada anak lah tu... kawn dah lama.. entah-entah mandul...

bila anak ada sorang je
mulut org berkata : ehem.. bila nak tambah sorang lagi... sian budak tu sorang2 je...

bila anak ramai
mulut org berkata : ramainye anak... tak penat ke...

bila isteri kurus
mulut org berkata : kesiannye pompuan tu... mesti suami tak kasi makan....

bila isteri badan berisi
mulut org kata : ...gemuknye pompuan tu... tak takut laki lari ke....

bila deno sakit
mulut org berkata : tu mesti kena buatan orang tu.... (selalu deno kena kata dek orang... sedihh tau.. hampeh je...)


~ Psst2, hampeh.....



3 SLE Supporters :):

Beautiful World

Kolam Pamukkale

October 21, 2011,5 Comments

            Di Denizli, sebuah daerha barat daya Turki, yang terletak di Aegen Inner, Sungai Menderes, terdapat sebuah gunung yang menjadi kolam istimewa . Ia menjadi tarikan pelancong di serata dunia selain mempunyai nilai arkeologi yang tinggi bagi penduduknya...

Kolam ini dipercayai mampu mengubati pelbagai penyakit termasuk sakit sendi, tekanan darah tinggi, lemah jantung, penyakit kulit, gangguan pencernaan dan macam-macam penyakit lagi..

Jom kita lihat keindahan kolam ini...

 

 







~ Psst2, deno rasa nak pegi je tempat nie, mana tahu
   dapat sembuhkan penyakit sle... kan kan? heee (^_^)


5 SLE Supporters :):

INFO Sihat

LIDAH

October 21, 2011,1 Comments

google
            Korang tahu tak lidah yang bebas dari kuman akan berwarna pink. Jika lidah korang berwarna putih, itu bermakna terdapat bakteria padanya. Lazimnya bakteria tertumpu di bahagian tengah lidah.


~Psst2, cuba tengok lidah masing-masing..


1 SLE Supporters :):

HB

October 20, 2011,12 Comments

Kempunan makan Zip cadbury

             Petang-petang kalau lapar deno suka makan snek. Semalam dah beli wafer Zip cadbury perisa strawberi peberet, ingat-ingat letak atas meja semalam. Tiba-tiba tengok kosong, tinggal plastik je... Ingat-ingat deno la, deno belum makan lagi... Terus tanya ma... hampeh! rupa-rupanya si adam khaleef yang makan masa deno kat hospital tadi! Semua dimakannya! sabor je le.... kempunan cikcu... 

Eh2, lari topik pulak.... Tadi jumpa doc, result darah terbaru dah kuar. HB (sel darah merah) deno rendah sangat sampai doc tanya masa duk wad hari tu ada masuk darah tak... HB deno 6.5 je... sangat rendah... kalau orang normal biasa 10 ke atas. Jadi doc tambah ubat rocormon (hormon tambah darah), dari 4 jarum seminggu, jadi 5 jarum seminggu untuk dicucuk...

jarum kecik je..

Hmm... takpe lah, cucuk pun kat rumah. Sekarang deno dah belajar cucuk sendiri sebab banyak sangat nak kena cucuk... mana tahan nak pegi hospital hari-hari kan.... bulan 12 nie pula jumpa doc... lambat lagi.. heeee (^_^)


~Psst2, Recormon kurang sakit berbanding Eprex...


12 SLE Supporters :):

Bersih Itu Penting

October 20, 2011,6 Comments

Baru siap buat ccpd, buat awal sikit malam nie (tak awal pun, dah 11.30pm dah pun..)
  
           Pagi esok pukul 8pagi kena ada kat hospital lagi. Jumpa doc... esok kena dressing depan nurse... hmm... nak buat macam mana, baru-baru nie ramai patient capd yang masuk wad sebab infection, nie mesti kes buat tak bersih... tu la dressing jangan malas, kena buat bersih-bersih, basuh tangan tu mesti cukup 5 minit, tangan selalu kena spray, mulut kena pakai mask, baju kena bersih!

google

Selalu je deno dengar patient yang buat capd nie kena infection, kalau teruk sangat sampai tiub kat perut kena cabut!! Eeii... ngeri dengar bila kena cabut... sakit tu...! Dah la kalau lepas operate tu sakit tuhan je tahu... nak banyak kali buat? Oh tidak! Semoga Allah swt sentiasa melindungi tiub deno dari sebarang infection... amin!

Malasnye nak g hospital esok... Okey bye.


~Psst2, bersih itu penting tau!



6 SLE Supporters :):

Personal

Musim Haji

October 19, 2011,6 Comments

Baru siap buat ccpd! :)      


         Sekarang musim haji... saudara deno 4 orang yang pergi haji... Ayah saudara dan atuk saudara deno pergi haji tahun nie... jadi amatlah sibuk ma abah menolong apa yang patut. Bila ma abah sibuk, deno pun jadi sibuk.. dua malam dah bertandang ke rumah diaorang.... ramai betul orang kat umah tok dan ayahngah... hmm, macam tu la bila orang nak pergi haji...


Pagi tadi ma abah hantar diaorang ke airport. Deno je yang tak ikut coz abah tak bagi, biasa la kalau orang nak pergi haji... yang ada kat airport tu ribu-ribu orang. Pukul 6.30pagi td dah bertolak ke airport, naik flight tu pukul 12tengahari... Kalau deno ikut, abah bimbang tak pasal2 demam pulak duk kat airport tu lama2...

Deno pun nak ke hospital lagi... esok ada appointment ngan doc sle.. apa le agaknya nanti dibebelkannya... dah tahu, mesti macam-macam coz bulan nie deno banyak sakit... result darah pun tak berapa elok, dah tahu... HB pun kurang, muka pucat je... jadi deno dah siap sedia dengar bebelan dari doc tersayang tu... haha... :p

Okey, nak sambung bogwalking malam nie.... (~_^)


~Psst2, asyik hospital! bosan betul.... hishh....


6 SLE Supporters :):

Blood Test

Darah Naik Flight

October 16, 2011,6 Comments

            Deno baru je siap buat dialisis, malam nie deno buat awal! pecah rekod nie... hihi.. Biasa buat lewat... hehehe...

Bukan apa buat awal malam nie, esok pagi pukul 7 dah nak kena ke hospital coz esok darah ke kena hantar ke HKL. Bila buat awal nie pukul 10.30malam, jadi esok dialisis pun habis awal dalam pukul 6.30 pagi... Biasa la buat nie, 8 jam...

gambar hiasan 

Maklum la esok darah nak naik flight.. nak kena check in lagi, haha... kelakar pulak rasanya... esok ramai jugak patient pegi hospital... kalau deno sampai awal, tak perlu tunggu... sampai je kat hospital terus je hulur lengan... hmm... 11haribulan baru nie baru je buat blood test, nie nak kena beri darah lagi... apa nak buat, nasib badan....


~Psst2, deno ke hospital lagi esok... (~_^)



6 SLE Supporters :):

Personal

Al-Fatihah

October 16, 2011,4 Comments

           Deno baru sahaja dapat berita daripada rakan fB PSLEM... dua orang sahabat deno baru sahaja mneinggal dunia akibat sle. Sedih rasanya sebab baru-baru nie masa mereka masuk wad, deno sentiasa doakan agar mereka cepat sihat.... tak sangka boleh jadi kritikal dengan cepat... itulah penyakit sle, bila dia nak datang, tiada siapa pun yang dapat halang...... dua-dua sahabat deno tu meninggal di ICU...


Sedih sungguh rasanya... tapi deno tahu sesungguhnya Allah swt lebih menyayangi mereka berdua.... bila ramai rakan sle yang meninggal... deno tertanya adakah masa deno semakin dekat... sesungguhnya deno juga takut jika satu hari deno tidur dan tak bangun lagi tapi itu semua kuasa Allah swt... tiada siapa yang mengetahuinya...


~ Al-fatihah



4 SLE Supporters :):

Personal

Malas La Nak Tegur...

October 16, 2011,8 Comments

Ini entry badmood      

Biasa malam-malam macam nie sebelum nak blogging rasa seronok tapi malam nie rasa badmood pulak. Hmm...

Deno tegur baik-baik dengan santai-santai, tapi dibalas dengan marah-marah... Ton suara deno cakap takde marah dan tinggi... cara cakap biasa2 je... cakap baik2... terkejut deno bila dimarah sampai dipanjang-panjangkan...

Hmmm... kalau tahu macam nie baik tak payah tegur langsung... dah dua kali jadi macam nie. Lepas nie malas la nak nak tegur, cakap pun baik tak payah...  lain kali biar la macam tu.... biar la apa2 jadi, lantaklah... cakap je pun kena marah... niat kita lain dia tuduh pulak bukan-bukan... takpe lah... tak nak tegur dah, apa nak jadi.. jadilah...nNak jadi hantu ke, jin ke, jembalang ke... dah tak kisah dah.... 


~Psst2, susah betul la bila macam nie! hishhh!!

8 SLE Supporters :):

INFO

Comelnyeee :)

October 15, 2011,3 Comments


comel la baby nie
(^_^)



~Psst2, baby memang tahu berenang dari dalam perut ibu lagi kan kan? 



3 SLE Supporters :):

INFO

Kisah Benar Ibu Yang Berhati Mulia

October 15, 2011,2 Comments

Buat renungan.... marilah baca kisah seorang ibu yang berhati mulia...


Kisah ini adalah kisah benar sebuah keluarga yang sangat miskin, yang mempunyai seorang anak laki-laki di sebuah negara. Ayahnya sudah meninggal dunia, hanya tinggal ibunya yang sudah tua dan anak lelakinya sahaja tempat menumpah kasih sayang.
Ibunya bersusah payah membesarkan seorang anaknya, pada masa itu kampung tersebut belum memiliki elektrik. Semasa membaca buku, anaknya tersebut hanya diterangi sinar lampu minyak tanah, sedangkan ibunya dengan penuh kasih sayang menunggu anaknya sambil menjahitkan baju untuk sang anak.

Semasa memasuki musim luruh, adalah waktu bagi anaknya untuk memasuki sekolah menengah atas. Tetapi pada masa itulah ibunya menderita penyakit radang sendi-sendi atau Rheumatoid Arthritis ( RA ) yang parah sehingga tidak boleh lagi bekerja di sawah.
Di sekolah itu, setiap bulannya waris murid-murid diwajibkan membawa 30 kg beras untuk di bawa ke kantin sekolah. Anak ini mengerti bahawa ibunya tidak mungkin boleh memberikan tiga puluh kg beras tersebut.

Berkatalah ia kepada ibunya: " Bu, saya mahu berhenti sekolah sahaja dan membantu ibu bekerja di sawah".
Ibunya mengusap kepala anaknya dan berkata : "Niat kamu sungguh mulia nak, kamu memiliki niat seperti itu saja ibu sudah senang, tetapi kamu harus pergi bersekolah. Jangan khuatirkan ibu ya nak. Cepatlah pergi daftarkan ke sekolah nanti berasnya biar ibu yang akan mengantarkannya kesana".

Namun, anaknya tetap berkeras tidak mahu mendaftar ke sekolah, ibunya mula marah dan menampar anak tersebut. Dan ini adalah pertama kalinya anak ini dipukul oleh ibunya.
Dengan berat hati, akhirnya anaknya pergi juga kesekolah. Ibunya terus berfikir dan merenung dalam hati sambil melihat bayangan anaknya yang pergi menjauh.

Tidak berapa lama kemudian, dengan lemah longlai dan nafas tercungap-cungap ibunya datang ke kantin sekolah dan menurunkan sekampit beras dari bahunya, pengawas yang bertanggung jawab menimbang beras dan membuka kampit beras lalu mengambil segenggam beras tersebut dan menimbangnya. Tiba tiba dia berkata :
" Hai waris murid, kami tidak menerima beras yang isinya campuran beras dan antah. Jangan menganggap kantin saya ini tempat mengumpul beras campuran". Begitu malunya ibu ini, hingga tak henti hentinya berkali-kali meminta maaf kepada ketua pengawas tadi.

Awal bulan berikutnya ibu ini memikul sekampit beras dan masuk kedalam kantin. seperti biasanya beras tersebut diteliti oleh pengawas. Dengan dahi yang mengerut, ketua pengawas berkata: "Masih dengan beras yang sama". Selepas ini kalau begini lagi, maka saya tidak boleh menerimanya".

Ibu ini sedikit takut dan berkata : "Tuan pengawas, beras di rumah kami semuanya seperti ini jadi bagaimana?
Pengawas itu pun tidak mahu tahu dan berkata : "Berapa luas sawah yang ibu kerjakan, sehingga berasnya boleh bercampur seperti ini". Mendengar sindiran pertanyaan seperti itu ibu tersebut akhirnya tidak berani berkata apa-apa lagi.

Awal bulan ketiga, ibu ini datang kembali ke sekolah. Ketua pengawas kembali marah besar dengan kata-kata kasar dan berkata: "Kamu sebagai waris murid kenapa begitu keras kepala, kenapa masih tetap membawa beras yang sama. Bawa pulang saja berasmu itu !"

Dengan berlinang air mata ibu ini pun berlutut di depan pengawas tersebut dan berkata: "Maafkan saya tuan, sebenarnya beras ini saya dapat dari mengemis".

Mendengar kata ibu ini, pengawas itu terkejut dan tidak boleh berkata apa-apa lagi. Dilihatnya ibu tua tadi duduk di atas lantai, menggulung seluarnya dan memperlihatkan kakinya yang sudah mengeras dan membengkak.

Ibu tersebut mengesat air mata dan berkata: "Saya menderita sakit radang sendi-sendi , malah untuk berjalan pun susah, apalagi untuk bercucuk tanam. Anakku sangat mengerti keadaanku sehingga mahu berhenti sekolah untuk membantuku bekerja disawah. Tapi saya melarang dan menyuruhnya terus bersekolah."

Selama ini saya tidak pernah memberi tahu sanak saudara yang ada di kampung . Lebih-lebih untuk memberitahu pada anakku, aku takut menjatuhkan harga dirinya.

Setiap hari pagi-pagi buta dengan kampit kosong dan bantuan tongkat, aku pergi ke pasar, tempat orang menjual beras, hanya untuk mengemis beras beras yang tercecer di pelantar. Dengan susah payah aku pergi kedai demi kedai hanya untuk mencari beras tercicir.
Sehingga hari sudah gelap, aku pun perlahan-lahan kembali ke kampung sendiri. Sehingga pada awal bulan semua beras yang terkumpul memenuhi syarat untuk diserahkan kesekolah.

Pada masa ibu tua itu bercerita, secara tidak sedar air mata Pengawas itupun mulai mengalir, kemudian mengangkat ibu tersebut dari lantai dan berkata: "Bu sekarang saya akan melapor kepada pihak sekolah, supaya boleh diberikan sumbangan untuk keluarga ibu."

Ibu tadi buru- buru menolak dan berkata: "Jangan, kalau anakku tahu ibunya pergi mengemis untuk sekolah anaknya, maka itu akan menjatuhkan harga dirinya. Dan itu akan mengganggu pelajarannya. Saya sangat terharu dengan kebaikan hati tuan pengawas, tetapi tolong ibu agar boleh menjaga rahsia ini."

Akhirnya masalah ini diketahui juga oleh pihak sekolah. Secara diam- diam Pengetua sekolah tidak meminta biaya sekolah dan biaya hidup anak tersebut selama tiga tahun. Setelah tiga tahun kemudian, anak tersebut lulus masuk ke perguruan tinggi Qing hua dengan nilai 627 point.

Di hari anugerah sekolah, Pengetua sekolah sengaja mengundang ibu anak ini duduk di tempat duduk utama. Ibu ini merasa aneh, begitu banyak murid yang mendapat nilai tinggi, tetapi mengapa hanya beliau yang diundang.

Yang lebih aneh lagi di sana masih terdapat tiga kampit beras. Pengawas sekolah tersebut akhirnya maju ke depan dan menceritakan sebuah kisah tentang seorang ibu yang mengemis beras demi sekolah anaknya.
Pengetua sekolah pun menunjukkan tiga kantong beras itu dengan penuh terharu dan berkata kepada para hadirin seraya menunjuk pada ibu tadi : "Inilah sang ibu dalam cerita tadi."

Dan mempersilakan ibu yang luar biasa tersebut untuk naik ke atas pentas. Anak ibu tersebut dengan ragu-ragu melihat ke arah gurunya yang sedang menuntun ibunya berjalan ke atas pentas.


Ibu dan nak ini pun saling bertatapan. Pandangan ibu yang tajam dan lembut kepada anaknya membuatkan anak tidak dapat untuk menahan tangisnya, dipeluknya susuk tua dihadapannya itu dan merangkul erat ibunya 
sambil terisak sambil berkata: "Begitu mulianya engkau Ibu, sungguh aku tak boleh untuk membalasnya…




~Psst2, jasa ibu tiada tandingan....





2 SLE Supporters :):

INFO Sihat

Hand Hygiene

October 14, 2011,7 Comments

Tengok betul2 dan praktikkan...
deno suka sangat video nie!

jom tengok!!
(~_^)



~Psst2, kebersihan tangan tu penting! :)



7 SLE Supporters :):