Bahaya Dalam Kehidupan Seharian - Dayang Deno

22.10.11

Bahaya Dalam Kehidupan Seharian

korang kena tahu nie tau...
biasa kita anggap remeh tapi berbahaya kepada kita


bekas botol minuman

Mungkin ada di antara korang mempunyai kebiasaan memakai semula berulang kali botol plastik dan meletakkannya di dalam kereta atau di pejabat.Tahu tak ini tidak baik kerana bahan plastik botol (disebut  juga sebagai polyethylene terephthalate atau PET) yang digunakan di botol2 inimengandungi zat2 karsinogen. 

Botol ini selamat untuk dipakai 1-2 kali sahaja, jika korang ingin memakainya lebih lama, tidak boleh lebih dari seminggu dan hendaklah letak tempat yang jauh dari matahari. Kebiasaan mencuci berulang kali membuat lapisan plastik rosak  dan zat karsinogen itu boleh masuk ke dalam air yang kita minum. Lebih baik membeli botol air yang memang untuk dipakai berulang kali, dinasihatkan tidak memakai botol plastik.


penggemar satey

Kalau korang makan satey, jangan lupa makan timun juga. Kerana sate mempunyai karbon dan hasil pembakaran arang yang dapat menyebabkan kanser. oleh itu kita dinasihatkan makan timun setelah makan sate. Sate mempunyai zat karsinogen (penyebab kanser) manakala timun pula mempunyai anti karsinogen. Jadi jangan lupa makan timun selepas makan sate ya!


   
udang dan vitamin c

Jangan makan udang kalau korang makan vitamin C. Ini akan menyebabkan keracunan dari racun Arsenik (As) yang merupakan proses tindakbalas dari udang dan vitamin C di dalam tubuh dan akan mengakibatkan keracunan yang teruk dalam beberapa jam.


mi segera

Untuk orang yang gemar mi segera, pastikan korang mempunyai jarak 3 hari setelah korang makan mi segera untuk mengulang korang makan mi segera ini. Dari maklumat doktor, terdapat lilin yang melapisi mi segera. Itu sebabnya mi segera tidak melekat satu sama lainnya ketika dimasak. Memakan mi segera setiap hari akan menigkatkan kemungkinan sesorang terkena kanser . 

Maklumat dari seorang doktor ada seseorang yang terlalu sibuk bekerja memakan mi segera setiap hari akhirnya menderita kanser. Doktor tersebut mengatakan bahawa tubuh kita memerlukan waktu lebih dari dua hari untuk memproseskan lilin tersebut.


~ Psst2, rasa lapar pula... 






4 comments:

  1. alamak,wan dah la suka makan maggi.lepas ni kena kurangkan

    ReplyDelete
  2. wah, kalau siapa dapat buat ni, naye jer..

    ReplyDelete
  3. akak pun dah tak pakai botol2 gitu..terus beli botol air yg BPA FREE tu. kalau pegi mana2 bwk air kosong sendiri.

    ReplyDelete