Boleh Ke Naik 40? - Dayang Deno

14.10.11

Boleh Ke Naik 40?

            Last two week pegi hospital jumpa pakar nutrisi. Nama penuh dia deno dah lupa tapi just panggil sis yuen.. Orangnya baik dan ceria..Sebenarnya dia tak kenal pun deno, jumpa pun tak pernah. Dia kenal deno melalui data dalam komputer, dia tengok result darah. Sis yuen nie rupa-rupanya kawan kakngah deno. Dia tengok result darah deno je dia terus bagitau kakngah yang deno nie mesti kurus...Dia bagitau kakngah yang dia nak jumpa deno.


Mula-mula jumpa deno tak banyak bercakap coz dengat dia je yang bercakap... macam-macam soalan dia tanya kat deno. Dia beritahu yang deno nie tak cukup berat badan. Kurus sangat, dia beritahu lagi deno sepatutnya berat 40kg, bukan 30kg. Macam-macam makanan dia suggest untuk deno makan!

Pastu siap beri susu satu tin besar! Susu tu susu yang ada tinggi kalori. Susu tu biasa nurse beri untuk pesakit kat ICU. Susu tu kan, masa deno duk ICU tu dia masuk ikut wayar hidung. Sis yuen suruh habiskan susu penambah kalori tu.... Haiiyaa!! Deno dah la tak gemar mana susu, terpaksa minum susu...


Dah 2 minggu pun minum susu tu... memang agak payah nak minum coz susu tu tawar tawar pahit.. tak sedap! Tak macam susu kotak yang deno slalu minum.. ma slalu paksa deno minum! Sis yuen target berat deno 40kg, dia minta deno makan banyak2 tapi makanan yang sihat! Deno dah makan tapi berat tak naik jugak... Rasa-rasa deno la, berat deno dah tak naik dah kot... memang macam tu je coz makan banyak mana pun berat takat tu jugak! haish! ;p


~Psst2, boleh ke berat naik 40? macam mustahi je....



2 comments:

  1. Try your best! Kalau da tak boleh nk naikkan berat tu, tak boleh paksa jgkkn ?? :)

    ReplyDelete
  2. alah deno...kurus sangat lah tu...berat 30kg aje..anak lelaki kak ita 3tahun tu dah 25kg..dah..kak ita ne bila nak kurus..makan banyak sikit ok..

    ReplyDelete