Karektor Lelaki Semasa Menelefon Mintak Putus Hubungan - Dayang Deno

10.10.11

Karektor Lelaki Semasa Menelefon Mintak Putus Hubungan

Jom kenali karektor2 lelaki semasa nak mintak putus hubungan... Korang ada pengalaman putus memutus nie tak? Korang yang mana satu ek....


1. BERSOPAN-SANTUN
    Mulai dengan memberi salam, bertanya khabar dan selanjutnya baru mintak putus.

2. KEDEKUT
    Buat miss call banyak kali supaya awek telefon balik, lantas beritahu niat nak berpisah.

3. JUJUR
    Berterus-terang mintak putuskan hubungan dengan kata-kata yang terang, jelas dan lancar.

4. RAGU-RAGU
    Menelefon banyak kali tapi berakhir dengan ayat tergantung.

5. PELUPA
    Tak ingat tujuan menelefon adalah untuk mintak putus. Merepek dan bercerita entah apa-apa entah.

6. TAKDE ADAB
    Menyumpah seranah terlebih dahulu, lepas tu terus cakap nak putus hubungan.


~ Psst2, rasa nak makan macaroni pulak.... heeee (^_^)

2 comments:

  1. bersopan santun la sebaiknya..kan??
    tapi kalau bersopan sangt pompuan lagi tak nak lepas kan dia..
    hgeheh..
    yang kurang ajar tu mungkin sebab nak bagi awek benci..:p

    ReplyDelete
  2. ingatkan kaya yang sapu dkt roti tuh.HAHAHAHA

    ReplyDelete