SLE

Selamat petang!^^

Okeh hari ni deno nak share info tentang SLE. Deno nak share coz memang korang kena amik perhatian dan ambil tahu. Kadang-kadang kan kita rasa kita demam, sakit sendi atau ada ruam2 merah kita rasa itu adalah perkzra normal, biasa je.. Tapi sebenarnya ia bukanlah perkara biasa dan mungkin ianya SLE!

SLE

Pengetahuan tentang penyakit ini sangat penting dah tak boleh diambil ringan. Sewaktu mula-mula deno sakit SLE ini pun, ramai yang pelik dengan penyakit ni. Memang orang pelik sebab namanya pun orang tak pernah dengar. Penyakit SLE ni bahaya tapi tak ramai tahu. Siap ada yang suruh berubat dengan bomoh kononnya deno terkena buatan orang... ish ish ish...

Sewaktu deno di dalam lingkungan usia dalam 6 hingga 9 tahun setiap hari deno demam, demam yang tak tahu sebab.. Demam berterusan. Deno selalu sahaja letih, tak ada tenaga, kurang selera makan, kurus kering. Rupa-rupanya ia adalah petanda awal sakit sle.. That's why kita kena beri perhatian tau, jangan ambil mudah... Jom baca tentang lupus atau sle :)


LUPUS

Apakah lupus?
Lupus ialah penyakit autoimun yang kronik di mana banyak protein darah yang dikenali sebagai antibodi dihasilkan dalam tubuh pesakit kerana sebab yang tidak diketahui. Antibodi ini mula bertindak balas terhadap tisu badan pesakit.

Sistem imun adalah sistem pertahanan diri yang kompleks untuk melindungi  tubuh dari agen-agen penyakit berjangkit  seperti bakteria dan organisma asing yang lain. Jika seseorang menghadapi penyakit autoimun, sistem imunnya menjadi bercelaru dan mula menyerang tisu  badan sendiri dan bukan agen-agen penyakit berjangkit.


Ada tiga jenis lupus :-

1. Discoid Lupus Erythematosus ( DLE )
    - Hanya melibtkan kulit
    - Jarang merebak ke organ lain

2. Sistemik Lupus Erythematosus ( SLE ) <-- deno sle class IV attack kidney
    - Boleh melibatkan organ-organ lain seperti kulit, jantung, paru-paru, buah pinggang, sendi atau saraf
    - Boleh membawa maut
3. Lupus akibat perubatan
    - Berlaku sebagai kesan sampingan akibat perubatan untuk penyakit.
    - Hanya melibatkan 5% kes-kes lupus


Kadar kelaziman
90% pesakit SLE adalah kaum wanita dan 10% adalah lelaki. Dipercayai 10,000 orang mengidap SLE di Malaysia. Penyakit ini jarang dihidapi oleh orang ramai.

Kenapa ia berlaku?
Sistem imun tidak berfungsi dengan sempurna kerana pelbagai faktor, sama ada keturunan, virus sinaran cahaya ultra ungu atau perubatan.

Simpton-simpton lupus <<<--- perhatian!!
Setiap pesakit simptomnya berbeza. sesetengah pesakit mengalami simptom yang lebih, ada pesakit mengalami simptom yang kurang.

  • Ruam merah atau perubahan warna pada muka, biasanya dalam bentuk rama-rama melintasi hidung dan pipi. <<<--- simptom deno
  • Sendi yang sakit dan bengkak <<<---simptom deno
  • Demam tanpa sebab <<<---simptom deno
  • Sakit dada bila bernafas panjang 
  • Kelenjar yang bengkak
  • Keletihan yang melampau <<<---simptom deno
  • Keguguran rambut yang luar biasa
  • Jari tangan dan kaki pucat membiru bila dalam keadaan tertekan
  • Sensitiviti terhadap cahaya matahari
  • Bilangan sel darah berkurangan
  • banyak ulser di dalam mulut

Rawatan
Walaupun penyakit lupus tak dapat disembuhkan, cara-cara pengurusan boleh memastikan pesakit tetap menikmati hidup yang berkualiti. Matlamat rawatan adalah untuk melegakan simptom dan melindungi organ dari kerosakan.

Bagi korang yang ada sle, kena buat nie :-


Perubahan gaya hidup
- sentiasa gunakan krim penghalang cahaya matahari (sekurang-kurangnya SSPF 45)
- elakkan keluar dan berlindung di tempat teduh jika berada di luar
- gunakan payung, topi atau pakai baju berlengan panjang setiap masa untuk melindungi daripada terkena
  cahaya matahari

Tekanan
- elakkan dalam keadaan bertekanan tinggi kerana ia menyebabkan ia kembali teruk
- selalu berfikiran positif

Rehat dan tidur
- dapatkan tidur dan rehat yang cukup
 berhenti beraksi apabila letih

Bersenam
- pesakit perlu bersenam tapi hanya yang ringan yang mampu dilakukan oleh badan pesakit

Pemakanan
- makan makan yang seimbang
- kurangkan gula, garam dan lemak

Sokongan sosial
- jangan segan minta pertolongan dan sokongan
- elakkan kemurungan dan kesepian


Haa.... da siap baca? Jangan amik mudah tau kalau ada salah satu tanda2 kat atas... Lupus no cure, pesakit just survive dengan ubat mengikut saranan doctor dan izin Allah :) masa mula didignose dengan SLE ni, doc cberitahu deno just boleh survive hanya 5 tahun.. Alhamdulillah deno masih di sini :')



~Psst2, ini sakit lupus bukan lupus barang... heee.. (^_^)



Previous
Next Post »

20 SLE Supporters :)

Click here for SLE Supporters :)
October 11, 2011 at 6:55 PM ×

kena lawan sekuat mungkin SLE.akak takda di samping deno tp akak kirim kasih sayang dr jauh buat deno tentang SLE ye sayang

Balas
avatar
admin
October 12, 2011 at 2:51 PM ×

smoga deno semakin positif!!! ^__^y

p/s: ubat ape yang deno kena makan? banyak ke?

Balas
avatar
admin
October 12, 2011 at 2:59 PM ×

tak adalah pulak..tkt ada yg terasa nanti..hehehe

Balas
avatar
admin
October 12, 2011 at 3:18 PM ×

takde lor...nape yer deno???deno jom join contest ni~

http://einzmiszmessyartwork.blogspot.com/2011/10/peraduan-copy-dan-paste-promosi-hujung.html

Balas
avatar
admin
October 12, 2011 at 4:13 PM ×

Tak adalah pulak nama pelik2 dalam phone ni. Hehe. Thanks sudi singgah blog atul. Singgah selalu taw! :D

Balas
avatar
admin
October 13, 2011 at 8:35 AM ×

adaaa ... biasanya C.Jah akan letak nama >>>

Tak Kenal / Tak Tau >> utk orang yg tak dikenali atau yg suka buat miss call ....

Jerung >> orang yg suka skodeng C.Jah

Yg lelain orang yg C.Jah kenal .. akan dimulakan dengan keje atau siapa orang tu ... cth :

Towing >> sbb orang tu memang Towing

Mek > mekanik

Econ > orang ekon ...

family > utk keluarga

KEM >> utk orang opis ...

Studi >> geng skolah ...

tu jerr ...

Balas
avatar
admin
April 19, 2012 at 6:32 PM ×

datang balik baca ttg SLE.. moga deno terus kuat melawan SLE yer.. tq for the advice.. epal hijau.. hurmm sedap.. terliur sat hihi..

Balas
avatar
admin
June 8, 2012 at 6:42 PM ×

baru Nurrl tahu penyakit nie.. apa2 pun .. Nurrul yakin kak Deno kuat ! :D

Balas
avatar
admin
February 2, 2013 at 5:39 PM ×

hope u will be brave to face all this..even we dont know each other, Insya-Allah, as a Muslim, I will always pray for you..Saya pun ada penyakit tapi I am happy because Allah chooses me to have all this..=)..Allah knows better for us..

Balas
avatar
admin
March 9, 2013 at 8:07 AM ×

semoga deno trus positif..

Balas
avatar
admin
March 12, 2013 at 8:37 AM ×

Tq share info psl sle ni..pernah dgr..tp xtau secara details..akk doakan moga deno cpt sembuh ye..amin..

Balas
avatar
admin
May 20, 2013 at 3:50 PM ×

Semoga cepat sembuh.. kawan ana pun ada SLE.. dia amik vivix shaklee.. dia kate mmg badan makin sihat..
alhamdulillah.. moga korang tabah dan sentiasa dala rahmatnye.. korang adalah insan terpilih.. <3

Balas
avatar
admin
May 28, 2013 at 12:34 PM ×

owh... kak deno kuat! semoga kak deno sentiasa tabah, ok?

Balas
avatar
admin
August 4, 2013 at 7:17 PM ×

Ya Allah baru miza tahu penyakit ni :'( Allahhuakbar, tabah ye adik sayang :')

Balas
avatar
admin
October 29, 2013 at 10:58 AM ×

oouhh..baru tahu pasal ni..thanks share ye deno..
semoga deno sihat selalu :)

Balas
avatar
admin
May 14, 2014 at 7:07 PM ×

syafakillah :) semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Baru first time tahu pasal penyakit nie.

Balas
avatar
admin
January 25, 2015 at 3:34 AM ×

assalam...
kalo boleh saya nak kongsi info skit..

cik dayangdeno cube try test amalkan habbatus sauda secara tetap..
sebab Nabi SAW pernah bersabda..

"TETAPlah kamu dengan Habbatus Sauda sesungguhnya padanya terdapat PENAWAR bagi segala penyakit kecuali mati"

semoga dgn amalan sunnah dpt kesembuhan dgn izinNya, insyllh..
wallahu'alam..

p/s: saya amalkannya secara tetap sebab, Nabi SAW yg suruh & nak dpt pahala sunnah ☺

Balas
avatar
admin
Thanks for your comment