Masa Bila Korang Otomatik Duk Diam - Dayang Deno

10.10.11

Masa Bila Korang Otomatik Duk Diam

            Pada waktu bila korang diam? Ye la... biasanya korang asyik bercakap tapi tentu ada situasi yang membuatkan korang diam je, terbisu dan begitu senyap....


Masa dalam bank
Otomatik korang duk diam sebab takde teman berborak. Biasanya kalo berurusan dengan bank korang akan pergi sebdiri.

Di dalam perpustakaan
Memang waktu nie memang korang akan senyap. Kalau baca buku pun dalam hati, bile bunyi suara sikit mula la mak guard nak halau kita....

Masa dalam dewan peperiksaan
Semasa menduduki peperiksaan takde sorang pun dibenarkan bercakap. Jika ada aoalan atau kertas tak cukup pun kena angkat tangan.

Masa dalam kandang mahkamah
\Sebagai orang yang kena tuduh korang terpaksa diam, hanya peguam dan hakim je yang boleh bercakap semasa dalam perbicaraan.

Masa tengah memancing
Otomatik korang atau teman korang akan senyap semasa memancing  sebab dah memang pantang larangnya takut mengganggu ikan yang nak makan pancing.

Masa sedang bertapa
Takde orang pergi bertapa beramai-ramai, sorang je menyendiri, takde kawan pun nak berborak.

Masa tengah tidur
Waktu nie memang korang akan senyap. hanya kalau tidur tak berdengkur la... Silap haribulan kalau berdengkur kuar sangat nanti kena terajang.


~ Psst2, shhhhhh.....



5 comments:

  1. kita diam bile kita ngah benggang!! xnak ckp nnt akan menguris perasaan org..

    ReplyDelete
  2. satu lagi yg akan buatkan kita duduk diam is masa dok dalam bilik termenung.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Kita diam masa focus baca blog dayang ;D

    ReplyDelete
  4. hihi... dayang betul2 diam bila on9... haha

    ReplyDelete