SLE - Dayang Deno

11.10.11

SLE

Selamat petang!^^

Hari ni deno nak share info tentang SLE. Deno nak share sebab memang korang perlu ambil perhatian dan ambil tahu. Kadang-kadang, kita rasa kita demam, sakit sendi atau ada ruam-ruam merah... kita rasa itu adalah perkara normal, biasa sahaja kan. Tapi sebenarnya ia bukanlah perkara biasa dan mungkin ianya SLE!





SLE

Pengetahuan tentang penyakit ini sangat penting dah tak boleh diambil ringan. Sewaktu mula-mula deno mengidap SLE ini pun, ramai yang pelik dengan penyakit ni. Memang orang pelik sebab namanya pun orang tak pernah dengar. Penyakit SLE ni bahaya tapi tak ramai tahu. Siap ada yang suruh berubat dengan bomoh kononnya deno terkena buatan orang... ish ish ish...

Sewaktu deno di dalam lingkungan usia dalam 6 hingga 9 tahun setiap hari deno demam, demam yang tak tahu sebab. Demam secara berterusan. Deno selalu sahaja letih, tak ada tenaga, kurang selera makan, kurus kering. Rupa-rupanya ia adalah petanda awal penyakit SLE.. That's why kita perlu beri perhatian tau, jangan ambil mudah... Jom baca tentang SLE atau Lupus :)


LUPUS

Lupus ialah penyakit autoimun yang kronik di mana banyak protein darah yang dikenali sebagai antibodi dihasilkan dalam tubuh pesakit kerana sebab yang tidak diketahui. Antibodi ini mula bertindak balas terhadap tisu badan pesakit.

Sistem imun adalah sistem pertahanan diri yang kompleks untuk melindungi  tubuh dari agen-agen penyakit berjangkit  seperti bakteria dan organisma asing yang lain. Jika seseorang menghadapi penyakit autoimun, sistem imunnya menjadi bercelaru dan mula menyerang tisu  badan sendiri dan bukan agen-agen penyakit berjangkit.

Terdapat tiga jenis Lupus :

1) Discoid Lupus Erythematosus ( DLE )
- Hanya melibatkan kulit
- Jarang merebak ke organ lain

2) Sistemik Lupus Erythematosus ( SLE )
- Boleh melibatkan organ-organ lain seperti kulit, buah pinggang, sendi atau saraf
- Boleh membawa maut

3) Lupus akibat perubatan
- Berlaku akibat kesna sampingan perubatan untuk penyakit
- Hanya melibatkan 5% kes-kes Lupus

xxxxx

Kadar kelaziman
- 90% peskait SLE adalah kaum wanita dan 10% adalah kaum lelaki
- Dipercayai terdapat 10000 pesakit SLE di Malaysia
- Penyakit ini jarang dihidapi oleh orang ramai

Kenapa ia berlaku?
- Sistem imun berfungsi kerana pelbagai faktor, sama ada keturunan, virus, sinar cahaya ultra atau perubatan

Simptom-simptom Lupus
Setiap pesakit simptom-simptomnya berbeza, sesetengah pesakit mempunyai simptom yang lebih dan sesetengah pesakit mempunyai simptom yang kurang

- Ruam merah atau perubahan warna pada muka, biasanya dalam bentuk rama-rama melintasi hidung dan pipi
- Sendi yang sakit dan bengkak
- Demam tanpa sebab
- Sakit dada apabila bernafas panjang
- Kelenjar yang membengkak
- Keletihan yang melampau
- Keguguran rambut yang luar biasa
- Jari tangan dan kaki pucat membiru bila dalam keadaan tertekan
- Sensitiviti terhadap cahaya matahari
- Bilangan sel darah berkurangan
- Banyak ulser di dalam mulut

xxxxx

Walaupun penyakit Lupus tak dapat disembuhkan, cara-cara pengurusan boleh memastikan pesakit tetap menikmati hidup yang berkualiti. Matlamat rawatan adalah untuk melegakan simptom dan melindungi organ dari kerosakan

1) Perubahan gaya hidup
- sentiasa menggunakan krim pengalan cahaya matahari ( sekurang-kurangnya SSPF 45 )
- elakkan keluar.. dan berteduk di tempat teduh jika berada di luar
- gunakan payung, topi atau baju berlengan panjang setiap masa untuk melindungi daripada terkena cahaya matahari.

2) Tekanan
- elakkan berada di dalam keadaan bertekanan tinggi kerana ia menyebabkan ia kembali teruk
- sentiasa berfikiran positif

3) Rehat dan tidur
- dapatkan rehat dan tidur yang cukup
- berhenti beraksi apabila letih

4) Bersenam
- pesakit perlu bersenam tapi hanya yang ringan yang mampu dilakukan oleh badan pesakit

5) Pemakanan
- makan makanan yang seimbang
- kurangkan gula, garam dan lemak

6) Sokongan sosial
- jangan segan minta pertolongan dan sokongan
- elakkan kemurungan dan kesepian


Begitulah serba sedikit penerangan deno mengenai SLE / Lupus. Kalau korang ada apa-apa yang kurang faham, boleh bertanya di ruangan komen atau email terus kepada deno ya :)



21 comments:

  1. kena lawan sekuat mungkin SLE.akak takda di samping deno tp akak kirim kasih sayang dr jauh buat deno tentang SLE ye sayang

    ReplyDelete
  2. smoga deno semakin positif!!! ^__^y

    p/s: ubat ape yang deno kena makan? banyak ke?

    ReplyDelete
  3. tak adalah pulak..tkt ada yg terasa nanti..hehehe

    ReplyDelete
  4. takde lor...nape yer deno???deno jom join contest ni~

    http://einzmiszmessyartwork.blogspot.com/2011/10/peraduan-copy-dan-paste-promosi-hujung.html

    ReplyDelete
  5. Tak adalah pulak nama pelik2 dalam phone ni. Hehe. Thanks sudi singgah blog atul. Singgah selalu taw! :D

    ReplyDelete
  6. adaaa ... biasanya C.Jah akan letak nama >>>

    Tak Kenal / Tak Tau >> utk orang yg tak dikenali atau yg suka buat miss call ....

    Jerung >> orang yg suka skodeng C.Jah

    Yg lelain orang yg C.Jah kenal .. akan dimulakan dengan keje atau siapa orang tu ... cth :

    Towing >> sbb orang tu memang Towing

    Mek > mekanik

    Econ > orang ekon ...

    family > utk keluarga

    KEM >> utk orang opis ...

    Studi >> geng skolah ...

    tu jerr ...

    ReplyDelete
  7. datang balik baca ttg SLE.. moga deno terus kuat melawan SLE yer.. tq for the advice.. epal hijau.. hurmm sedap.. terliur sat hihi..

    ReplyDelete
  8. baru Nurrl tahu penyakit nie.. apa2 pun .. Nurrul yakin kak Deno kuat ! :D

    ReplyDelete
  9. hope u will be brave to face all this..even we dont know each other, Insya-Allah, as a Muslim, I will always pray for you..Saya pun ada penyakit tapi I am happy because Allah chooses me to have all this..=)..Allah knows better for us..

    ReplyDelete
  10. Tq share info psl sle ni..pernah dgr..tp xtau secara details..akk doakan moga deno cpt sembuh ye..amin..

    ReplyDelete
  11. Semoga cepat sembuh.. kawan ana pun ada SLE.. dia amik vivix shaklee.. dia kate mmg badan makin sihat..
    alhamdulillah.. moga korang tabah dan sentiasa dala rahmatnye.. korang adalah insan terpilih.. <3

    ReplyDelete
  12. owh... kak deno kuat! semoga kak deno sentiasa tabah, ok?

    ReplyDelete
  13. Ya Allah baru miza tahu penyakit ni :'( Allahhuakbar, tabah ye adik sayang :')

    ReplyDelete
  14. oouhh..baru tahu pasal ni..thanks share ye deno..
    semoga deno sihat selalu :)

    ReplyDelete
  15. syafakillah :) semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Baru first time tahu pasal penyakit nie.

    ReplyDelete
  16. assalam...
    kalo boleh saya nak kongsi info skit..

    cik dayangdeno cube try test amalkan habbatus sauda secara tetap..
    sebab Nabi SAW pernah bersabda..

    "TETAPlah kamu dengan Habbatus Sauda sesungguhnya padanya terdapat PENAWAR bagi segala penyakit kecuali mati"

    semoga dgn amalan sunnah dpt kesembuhan dgn izinNya, insyllh..
    wallahu'alam..

    p/s: saya amalkannya secara tetap sebab, Nabi SAW yg suruh & nak dpt pahala sunnah ☺

    ReplyDelete
  17. 90% pesakit lupus ialah wanita so kaum hawa kena lebih hati-hatilah. Kaum adam pun kena hati-hati jugak walaupun 10% je.

    ReplyDelete