Hari Yang Sejuk! - Dayang Deno

21.11.11

Hari Yang Sejuk!

            Sejak semalam hujan tak henti-henti! Hujan pula sangat lebat.. sehinggalah ke petang tadi baru la reda sedikit.. tanda-tanda banjir dah nak mula... deno lihat banyak kawasan dah dilimpahi air.. harap-harap kawasan rumah deno selamat dari banjir..

Sangatlah sejuk! Lebih-lebih lagi bila dalam kelas tadi, rasa seperti di dalam peti ais pula..! walaupun rasa sejuk menyengat hingga ke tulang hitam, kawan2 sekelas boleh kata panas! nak aircond jew.. pelik deno diaorang nie beruang kutub ke... pagi2 yang sejuk macam tuh panas pula.. dah la mandi pun macam mandi ais! nasib baik la deno bawa baju sejuk tadi, kalau tak menggigil la sorang-sorang dalam kelas tadi...


Hujan masih renyai-renyai.. rasanya hujan akan berterusan... satu hari yang sejuk akan diharungi lagi esok... sejuknyeeeee.....!


~ Psst2, musim banjir bermula..



2 comments: