Kata-mengata... Ejek-mengejek... Perlukah? - Dayang Deno

8.11.11

Kata-mengata... Ejek-mengejek... Perlukah?

            Malam nie terlewat buat ccpd.. Tadi tengok rancangan Top Chef kat AXN.. tunggu habis dulu baru buat ccpd, bukan apa deno minat sangat rancangan tu, sekarang dah season7!

Okey berbalik pada tajuk entry kali nie... emm... tentang ejek-mengejek dan mengata.. korang pernah kena ejek tak? deno pasti ada antara kita pernah kena ejek tak kira waktu dulu-dulu atau sekarang.. zaman sekolah rendah dan sekolah menengah dulu kena ejek, zaman blaja kat u pun kena ejek jugak! tak faham deno dengan makhluk yang bergelar manusia nie!


Zaman kanak-kanak memang tak dapat lari darpda diusik oleh kawan... kena ejek... lebih-lebih lagi budak lelaki! kenapa ya? kita nie jadi bahan ejekan.. lebih-lebih lagi bila deno mula sakit masa umur 10 tahun, selalu kena ejek dek budak lelaki.. maklum la muka deno jadi bulat macam belon, macam buah tembikai pun ada... semua tu sebab kesan ubat steroid yang buatkan muka kita jadi "moon face"... boleh dikatakan setiap hari kalau balik sekolah tu mesti menangis mengadu kat ma coz kena ejek...

Cikyuyue n ee tahu muka deno macam mana time tu coz kitaorang sama-sama sekolah sampai darjah enam... memang sangat bulat! memang selalu jugak la kena ejek...


Bila naik sekolah menengah ingat dah tak kena.... rupanya ada jugak kat sekolah menengah yang mengata deno... tak lain tak bukan pasal muka deno jugak... yang paling terasa masa form 4, sampai sekarang ingat dia cakap..." dayang.. muka awak hodoh la...." selamba je dia cakap.. balik umah terus menangis sampai malam! masa form 5 diusik sampai menangis jugak... nasib baik ayuCandy ada... kalau tak sawan jugak deno kat situ nanges.. heeee :p

Bila da masuk u pun ada jugak! bukan setakat mengata, siap perli deno setiap hari... kena buli la... tapi deno tak nanges macam dulu dah.. deno dah kuat... kalau orang ejek dan mengata deno, deno sabar!

Pernah jugak deno tak tahan ada sorang kawan lelaki tu selalu perli deno, dia cakap deno buat2 sakit, slalu tak datang kelas... last2 deno cakap kat dia..."awak tak tahu saya rasa macam mana, awak nak ke sakit macam saya? kalau nak nanti saya tolong doakan biar awak rasa sakit yang macam nak mati saya tanggung..." Senyap kawan deno tu.. sampai sekarang dia malu kalau jumpa deno.


Kenapa perlu nak mengata atau mengejek? tak boleh ke kalau mulut tu cakap perkara yang elok... teringat pula sahabat sle deno, cassandra... sekarang sle cass aktif dan dia sedang mengalami stress yang melampau sampai sakit... semuanya kerana setiap hari diperli dan diejek oleh orang sekeliling dia... 

Diejek sebab perubahan fizikal dan bentuk muka akibat kesan ubat steroid dan rawatan cyclo (kimo).. setiap hari cass mesej deno yang dia tertekan... semalam dia beritahu deno yang dia tak tahan dan mahu mati! tengok.. kesan dari ejekan orang..... kata-mengata... ejek-mengejek... perlukah? Fikir-fikirkanlah.....


~ Psst2, semua orang ada perasaan...

3 comments:

  1. setuju~
    elok berterus terang kalau ada yg tak memuaskan hati dgn kita..:)

    ReplyDelete
  2. sabar je deno..kan??
    tak semua benda yang kita nampak kita kena berterus terang..lagi2 keadaan fizikal orang lain..baik tutup mulut..lagi pun kalau muka orang tak cantik pun apa masalahnya pada kita??pelik betul manusia ni.tak takut balasan tuhan ke??

    ReplyDelete
  3. sabar je deno..kan??
    tak semua benda yang kita nampak kita kena berterus terang..lagi2 keadaan fizikal orang lain..baik tutup mulut..lagi pun kalau muka orang tak cantik pun apa masalahnya pada kita??pelik betul manusia ni.tak takut balasan tuhan ke??

    ReplyDelete