Tips Hari ini # 2 - Dayang Deno

7.11.11

Tips Hari ini # 2

            Korang suka makan brokoli tak? Kalau korang nak tahu, brokoli merupakan salah satu daripada sayuran yang mempunyai kandungan vitamin dan mineral yang paling banyak! Antara zat2 brokoli ialah asid folik, vitamin A, vitamin C, serat dan kalsium.

Walaupun kandungan kalsiumnya taklah seperti kalsium di dalam susu, tetapi brokoli merupakan sumber kalsium bagi sesiapa yang tak suka produk tenusu. Siapa2 yang tak suka susu, korang boleh makan brokoli nie tau... Selain membina tulang yang kuat, kalsium membantu mengawal tekanan darah kita... hebat kan...!

Brokoli juga membantu dalam mencegah penyakit seperti penyakit jantung, kanser usus, katarak mata dan beberapa kanser yang lain. (^_^)

google

~ Psst2, brokoli sihat!


5 comments: