Makin Pulih - Dayang Deno

14.12.11

Makin Pulih

            Hari nie deno terpaksa ponteng kelas lagi sebab ke hospital. Pagi tadi deno ada appointment dengan doc jantung.. sangat penat.. dari pagi sampai petang baru dapat jumpa doc sebab patient yang sangat ramai di klinik cardio tu..  deno sampai di hospital 10 pagi tapi pukul 3.30 petang baru dapat jumpa doc.. ramai giler manusia sampai deno tunggu pun duduk kat luar...

Deno tak makan tengahari pun.. just makan roti dan minum milo pagi tu... nak pergi makan takut nombor kena panggil.. jadi agak kebulur masa tunggu tu.. nasib baik ada balance roti dalam bag deno.

Dalam 3.30petang baru la nombor deno... deno jumpa dengan doc yang merawat deno masa deno di wad cardio hari tu.. kesian jugak doc tu, ramai sangat patient sampai dia pun belum makan... sama jugak dengan deno..


Alhamdulillah result eco (scan jantung) deno baik! Doc cakap jantung deno makin pulih dan tak teruk macam baru2 nie.. cuma injap jantung deno sempit dan ada bocor sikit.. macam tu la doc beritahu.. doc cakap tak perlu risau apa2 dan doc kekalkan dos ubat untuk jantung deno.. doc cakap lagi deno kena makan ubat tu dalam masa 5 tahun dan dia akan tengok perkembangan macam mana....

Lega sangat bila tahu jantung deno makin pulih.. tak rasa risau sangat cuma doc minta jaga pemakanan dan tak boleh aktif sangat.. tu je

Deno balik dari hospital dalam pukul 4 lebih tadi... terus je ajak ma abah pegi makan! Lapar!!! Tak makan tengahari pun sebab tunggu lama sangat.. kiranya tadi deno makan tengahari pukul 5 petang la... heeee... nasib baik tak sakit perut! (^_^)



~ Psst2, alhamdulillah.... :)


7 comments: