INFO Sihat

Jom Pelihara Kucing!!

January 30, 2011,8 Comments

       Korang ada kucing tak kat rumah? Kalau ada, bagus! Korang buat satu keputusan yang betul! Peliharalah kucing untuk jantung sihat! Kajian selama 10 tahun mendapati bahawa mereka yang membela kucing akan kurangkan risiko serangan jantung hingga maut sebanyak 30%. Ia mungkin disebabkan hormon endorfin yang sentiasa dirembeskan keluar saat masa korang bermanja dengannya!


~Psst2, deno nak berpesan bagi yang megidap asma, kurangkan bermanja dengan kucing ya... :)


8 SLE Supporters :):

Art

Art of Eggs

January 30, 2011,2 Comments







(^_^)


2 SLE Supporters :):

Family

Aisya Damia

January 29, 2011,4 Comments


       Awal pagi nak jugak buat entry.. hihi:) Bukan apa, deno hepi sangat2 tadi.. Pergi rumah sepupu deno yang baru bersalin minggu lepas. Dia dapat baby girl! Comel! Namanya Aisya Damia.. Nampaknya bertambah lagi anak sepupu deno tahun nie.. Aisya Damia nie anak sepupu deno yang ke 22! Deno tak berani nak pegang coz lembut sangat baby tu... hehe.. :p

Jom kenal dengan Aisya Damia!



(^_^)


4 SLE Supporters :):

Art

Art of Watermelon

January 28, 2011,18 Comments








18 SLE Supporters :):

INFO Sihat

Jangan Buat Selepas Makan!

January 28, 2011,3 Comments



Jangan minum ais
Dikhuatiri akan mengganggu proses penghadaman.

Jangan mandi
Mandi dikatakan boleh melancarkan proses pengaliran darah di kaki, tangan dan bahagian badan lain tetapi bukan di perut.  Maka, ini akan melemahkan proses penghadaman anda.

Jangan tidur
Perlakuan ini akan menjejaskan kelancaran proses penghadaman sekaligus meningkatkan risiko sakit gastrik berlaku.

Jangan merokok
Kajian mendapati bahawa menghisap sebatang rokok selepas waktu makan akan memberikan kesan yang sama dengan menghisap 10 batang rokok pada waktu lain. Secara tak langsung, ini akan meningkatkan risiko menghidapi penyakit barah.

Jangan terlalu banyak berjalan
Terlalu banyak berjalan selepas makan akan menyebabakan proses penghadaman terganggu dan seterusnya meyukarkan proses penyerapan nutrisi makanan.


3 SLE Supporters :):

INFO Sihat

Khasiat dan Kebaikan Kacang Soya

January 28, 2011,4 Comments



Bayi
Kaya dengan protein tumbuhan, zat besi, fosforus dan vitamin yang dapat membantu meningkatkan nutrien untuk bayi

Kanak-kanak
Menguatkan daya ingatan dan mencerdaskan otak. Ia juga membantu meningkatkan metabolosme badan, di samping menjadikan kulit lebih sihat dan licin. Masalah sembelit dalam kalangan kanak-kanak  juga boleh diatasi jika mengamalkan meminu air soya.

Wanita
Membantu menguatkan pertumbuhan otot, menjadikan badan lebih langsing, mencegah masalah jeragat, menjauhkan risiko barah, anemia dan membaiki kadar metabolisme. Kandungan asid tidak tepu di dalam soya turut mengurangkan risiko kegemukan.  Ia juga dapat mengurangkan kolestrol dan dapat mencegah penyakit jantung.

Penuaan
Mencegah osteoporosisserta menggalakkan pertambahan tenaga malah mengekalkan kesihatan yang baik.


~ Psst2, deno suka minum soya!!


4 SLE Supporters :):

Personal

Terima Kasih Ma Abah

January 27, 2011,0 Comments

  
       Hari nie tamat minggu ke empat untuk semester 5 ini, terasa begitu pantas masa berlalu..  Esok bermula cuti pertengahan semester.. Pejam celik pejam celik, sekarang deno dah 22 tahun. Tanpa disedari, sudah genap 12 tahun deno sakit SLE. Macam-macam kisah suka dan duka, dan sepanjang 12 tahun nie juga, setiap tahun mesti deno terpaksa dimasukkan ke hospital kerana sakit... Deno memang menyusahkan ma abah.. Kesiannya ma dan abah...

Tahun ini juga genap 10 tahun deno buat Dialisis. Hmmm.... Kadang-kadang rasa 'borink' jugak terpaksa buat dialisis nie. Ye la... kena buat hari-hari, mana tak jemu.. Tapi, kalau tak buat, tentu deno jadi sakit. Dah jadi rutin deno kena buat dialisis nie. 

Ma selalu pesan buat dialisis nie macam makan nasi, kalau tak makan tentu sakit perut... sama macam dialisis, kalau deno tak buat, tentu deno sakit. Tapi kan, ada masa malasssSSSS sangat-sangat nak buat! Macam xde kerja lain...

Tapi, bila difikirkan balik, Allah swt itu maha adil.. Dia bagi deno sakit tapi Dia bagi deno ibu bapa yang penyayang dan ambil berat pasal deno... Kalau dikira-kira, tak terbalas jasa ma abah jaga deno... Terima kasih ma abah.........



~ Psst2, sayang ma abah!


0 SLE Supporters :):

Blogger

Ben Ashaari Dalam RAPI Magazine!

January 27, 2011,6 Comments

 
    Firstly, Deno nak ucap tahniah buat Abg Ben yang masuk majalah RAPI! Tadi deno ke kedai buku beli majalah RAPI, majalah peberet deno. Boleh dikatakan 2 kali sebulan deno mesti beli coz majalah nie penuh info kesihatan. Al-maklum la deno sakit SLE, so deno dapat banyak dapat info kat sini.

OopssSS! Berbalik semula ke topik asal, hihi... Dah dapat majalah RAPI, baca punya baca, terkejut tengok Abg Ben ada dalam tu! "Nie otai blog Ben Ashaari nie!" deno sangat minat dengan Abg Ben yang boleh dikatakan sebagai idola deno dalan dunia blogging nie. Jom kita tengok!

Ini Majalah RAPI 1 Febuari


Dalam majalah nie, Abg Ben siap berkongsi tips
  untuk berjaya dalam sesebuah blog :
"Kita mesti rajin 'update' blog. 
Cerita yang ditulis biarlah ikhlas dan kreatif. 
Kita juga mesti tahu bagaimana cara yang betul untuk mempromosi dan menyebar blog kita"


Deno harap Abg Ben akan terus maju dan dapat jadi idola bagi semua bloggers dan rakyat Malaysia. Sekali lagi deno ucapkan TAHNIAH buat Abg Ben Ashaari!! (^_^)

~ Psst2, Abg Ben Ashaari memang best!



6 SLE Supporters :):

Personal

Gula-Gula Susu

January 24, 2011,12 Comments

pagi tadi kan
masa kelas BEL
tetiba jew mengantuk
al-maklum la... sejukkkk...

tetiba pulak
kawan deno, si nadia
bagi gula-gula kat deno

terkejut + hepi

lama tak jumpa gula-gula nie
gula-gula susu!!!!
last makan pun masa sekolah rendah!
heeeeee (^_^)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


suke suke!!!

http://www.emocutez.com



12 SLE Supporters :):

INFO Sihat

Aduh Bau Ketiak! Ramai Yang mahu Lari!

January 24, 2011,4 Comments

      Jika seseorang di sekeliling korang gemar menjauhi korang, percayalah, ini ada kaitan dengan bau badan korang. Bau badan boleh menyebabkan kita sentiasa disisihkan dan hilang teman. Bau badan juga berisiko  untuk kita terkena pelbagai penyakit kerana tubuh badan yang kurang bersih dan sihat. Mulakan langkah dari sekarang agar korang lebih yakin untuk bergaul!!

Jom amalkan ini :)

  • Jangan biarkan bulu ketiak korang tu terlalu panjang. Rajinkan diri mencukur dan memotong bulu ketiak agar kemas dan bersih. Bulu ketiak yang panjang memudahkan bakteria terperangkap di celah bawah lengan yang mengakibatkan bau badan.
  • Elakkan daripada memakai deodoren semasa korang sedang berpeluh. Ia akan membuatkan ketiak basah dan menambahkan bau yang kurang menyenangkan. . Seeloknya, cuci terlebih dahulu ketiak dengan tisu yang dibasahkan dengan air. Lap sehingga kering kemudian baru sapukan deodoren.
  • Elak daripada memakai bedak di ketiak kerana ia akan membuatkan ketiak kamu melekit serta boleh menghitamkannya.
  • Pemakanan juga menjadi faktor penting bau badan. Elak mengambil makanan yang banyak meggunakan bawang.

~ Psst2, jom jaga badan :)


4 SLE Supporters :):

Cara Nak Putihkan Gigi Kuning

Putihkan Gigi Kuning!

January 24, 2011,22 Comments


     Jika korang mengalami masalah gigi kuning, cubalah rawatan bleaching. Rawatan ini mampu mengatasi masalah gigi kekuningan akibat tabiat merokok atau banyak memunum kopi. Terdapat beberapa cara untuk melakukan bleaching yang boleh dilakukan sendiri atau berkunjung ke klinik gigi. Bagi kaedah yang dilakukan sendiri , ia dipanggil custom fit tray bleaching atau di klinik. Prosesnya tidak mengambil masa yang lama. Gigi hanya perlu disapu dengan gel pemutih  yang berkadar tinggi, boleh didapati di di farmasi atau klinik. Selepas satu jam, hasilnya amat memuaskan malah korang pasti terasa ingin senyum sepanjang hari!! Cuba ya... :)


~ Psst2, jom jaga gigi :)


22 SLE Supporters :):

Adam nak cikCu!

January 22, 2011,1 Comments

      Sekarang baru lega... boleh bernafas dengan tenang sambil on9 dalam bilik sorang-sorang. Adam baru sahaja keluar dengan mama n papa dia keluar makan. Sejak lepas maghrib tadi, Adam asyik melekat dengan Deno. Tak boleh lepas pun, asyik nak Deno jew... Menjerit-jerit dari luar bilik memanggil Deno bila Deno masuk bilik..

Yang kesiannya, masa Deno duk dalam bilik tu, dia tercari-cari cikCu nie. Terdengar suara dia yang comel tanya kakngah.. "mama mama, cikcu mana mama...?" Deno di dalam bilik diam aje coz penat melayan dia dari siang tadi, siap bermain bola lagi kat luar rumah dengan Adam... Ingat malam nie nak la rehat jap, tapi....... nak cikcu nie jugak... Tiba-tiba, terdengar lagi suara Adam di luar bilik... "cikcu... cikcu... ooo cikcu.... papa papa, cikcu mana cikcu..." Si papa cuma kata tak tahu.

Last2, Deno terdengar suara dia makin perlahan... "adik nak cikcu nak cikcu nak cikcu........." Kesian pula Deno dengan si Adam nie.... Deno pun keluar tinggal my lappy nie jenguk si Adam... Tengok-tengok dia rupanya kat pintu bilik Deno dengan mata merah dan barair...

Alahai.... Sian betul anak buah Deno tadi, nyesal pulak tak layan dia tadi..... Deno terus dukung n ajak dia main LEGO, baru Adam senyum balik..... 

Adam kesayangan Deno :)






1 SLE Supporters :):

Personal

Tertarik Certa Huruf P

January 21, 2011,2 Comments


      Duk jalan-jalan tengok blog orang, tetiba terhenti di Kisah  69. Deno tertarik dengan entry CeritaHurufP. Memang kreatif dan menarik.... Tersenyum bila baca entry tu... Cayalah! :) Jom pi baca!! 





2 SLE Supporters :):

Personal

Rhetorical Question

January 20, 2011,5 Comments

  
http://www.emocutez.com

If 

practise make perfect

and no one perfect

then

why practice??

^_^



5 SLE Supporters :):

Family

JejalaN ^_^

January 17, 2011,4 Comments

  
   Wooot2... Rindunye my little blog nie, da banyak hari x update. Al maklum la, semenjak dua menjak dan tiga menjak Deno stat kelas nie, Deno telah mengalami ke'busy'an yang melampau dengan assignment dan kuiz. Awal2 da ada byk kuiz, jadi kena concern yang penting la. Kalau mengadap lappy nie, jawabnya x study la... heeeee... :p

This week, agak stress!! Xde masa nak relaxkan otak nie, ada je keje. Kalau yang melibatkan akaun paling menguji kesabaran kalau unbalance! Nasib baik hari nie kelas habis awal, so Deno ada masa nak lepaskan tension. (awal2 da tension, mcm mana la...). Kebetulan pula kakNgah balik awal, petang td ajak Deno n Adam ke TTI jalan-jalan. KakNgah nak ajak Adam main kat taman permainan kat TTI. Apa lagi, Deno on jew... hehe..

adam suka main!





adam wit mama


~ Psst2, Deno seronok jejalan! (^_^)


4 SLE Supporters :):

Ain Maisarah KesayanganKU (^_^)

January 10, 2011,8 Comments

menulis beribu-ribu perkataan..
lalala.... eceh, menyanyi pula deno...

Kenal tak siapa Ain Maisarah? Ain Maisarah ialah penulis novel remaja yang terkenal sekarang nie. Novel keluaran PTS One. Deno minat sangat dengan Ain Maisarah. Ini la Kak Ain! Comel kan... :)

AinMaisarah Novelis

Baru-baru nie, cerita pasal kak ain ada keluar kat surat khabar Berita Harian tentang kejayaan Kak Ain. Jutawan muda la Kak Ain nie... Deno pun pernah dapat Kad Raya dari Kak Ain! Buku-buku Kak Ain memang best, Deno dah ada semua buku Kak Ain. Cuma buku Kak Ain yang terbaru belum dapat coz belum sampai di Terengganu.

Antaranya Siri Aku Mahu
  • Aku Mahu Buli
  • Aku Mahu ke New York 1 & 2
  • Aku Mahu Popular
  • Aku Mahu Saiz S
  • Aku Mahu Superbibik
  • Aku Mahu Teman Tapi Mesra
Siri Buletin Sri Bangsar
  • Kini Berwajah Baru
  • Perang Rumah Sukan
  • Juara Rumah Sukan
Siri Impiana
  • Impiana
  • Impiana 2
Ha.... Itu antara buku2 Kak Ain yang Deno dah ada... Sebenarnya Buku Impiana ada 4 siri, cuma di Terengganu Deno belum jumpa lagi kedai buku yang ada buku Impiana 3 dan 4. Rugi kalau tak baca buku Impiana nie...... Memang berbalo-baloi baca buku2 Kak Ain...!!

Antara buku Kak Ain :)


   


 

Deno tak suka baca novel-novel cinta... jiwang.... Novel Kak AIn tak macam tu, seronok sangat! Ada sedih, kelakar, mendebarkan, suspen dan macam-macam lagi. Yang paling best ialah Impiana! Bila la agaknya Impiana 3 dan Impiana 4 nak sampai kat cni........ :)

can't wait this book!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



~ Buku2 Kak Ain syokkkk!! (^_^)


8 SLE Supporters :):

SS

Muka Surat Mangkuk Tandas

January 10, 2011,7 Comments

  
     Muka surat mangkuk tandas?? 
apa tu........
adakah ia mangkuk tandas yg cantik
seperti di bawah ini?


Tadi masa duk buat akaun, bukak buku teks cari2 muka surat yang Puan nak. Tetiba terbelek muka surat mangkuk tandas!! Hehehe.. Sebenarnya, bila Deno terlihat muka surat tu, teringat pula masa sekolah menengah.. 

Masa tu Deno form 4. Deno ada seorang cikgu akaun yang memang kelakar dan suka buat lawak. Ingat lagi namanya Cikgu Tajuddin. Ada la satu hari tu, dia masuk kelas macam biasa. Dia suruh bukak buku teks dan tetiba je dia kata "okey... bukak muka surat mangkuk tandas!" Masa tu, Deno dan kawan-kawan blur je.. Tak faham apa cikgu nak.. Muka surat mangkuk tandas?? Biar betul cikgu ni....

Pastu Deno tanya la, apa tu..? Tergaru-garu kepala yang gatal nie. Cikgu Tajuddun pun jawab "muka surat mangkuk tandas tu... muka surat 101 la..." selamba je cikgu bagitau.. Satu kelas ketawa lepas tu! Bila difikir-fikir kan, betul jugak muka surat mankuk tandas tu muka surat 101.. Cuba korang fikir... hehe..(^_^)

http://www.emocutez.com

~ Psst2, teringat kat cikgu! (^_^)


7 SLE Supporters :):

Deno

Entry Sblom KrosSS...@_@

January 09, 2011,3 Comments


        Deno dah ingat Law bahagian Partnership Act 1961 yg puan minta baca. Dia dah ingatkan, dia nak tanya esok... Tadi baru duk hafal sorang-sorang dalam bilik, hehe... Mana bleh hafal tengahari .. petang... Sibuk duk layan Adam main, kesian dia. Sejak Deno mula sem baru nie, Deno tak main pun dengan dia. Dah la dia kurang sihat... Semalam duk buat akaun je.. Nak muntah! Wekk!:p

Esok kelas kul 8pagi, tapi tergedik-gedik lagi depan TV tengok citer Dia Atilia sambil update blog nie... Malam nie Deno buat dialisis manual, CAPD. Jadi, x perlu la nak melekat dengan mesin jew.. Haaa... Best citer Dia Atilia nie, citer ala-ala Kuch Kuch Hotak Hang...! Eh2, silap! Kuch Kuch Hota Hai.... Kelakar pun ada. Citer nie baru la juga, lama tak tengok drama best.. hehe :)

K la, lepas nie nak tido da.... Tata... (^_^)


3 SLE Supporters :):

Hmmm

January 08, 2011,7 Comments


       Sesi luahan perasaan datang lagi! Bermulanya semester baru, mula terasa bahang kesusahan. Terasa debaran yang 'over' sangat walaupun baru first week stat blaja. Mula la Deno teringat final exam bulan 5 nanti! Lebih-lebih lagi bila teringat FAR 300 yang melampau susahnya! First week pun dah ada ada assignment, mata Deno pun mula berpinar-pinar bila buat kira-kira. Dengan nombor-nombor yang berjuta-juta. Silap tekan kalkulator sikit, mula la tak balance!

Kenapa bahagian debit lebih dari kredit ni.. Dah banyak kali cari mana silap, nampaknya lusa kena tanya puan.. Argh!! Banyaknya nak kena  kira nie! Asyik duk kira sama je nilainya, boring tengok nombor-nombor nie... Tetiba, Deno nampak macam nombor-nombor nie macam menari pulak... Bergerak-gerak, betul ke? Deno penat agaknya, Deno perlu rehat... Esok la sambung.... 


~ Psst2, Deno pening laa... :p


7 SLE Supporters :):

Mata Gatal

January 06, 2011,7 Comments


       Malam dah makin lewat, Deno tak dapat tidur. Ini semua gara-gara mata deno gatal! Sangatlah gatal, bukan gatal biasa-biasa tu. Yang hairannya setiap lima minit mesti gatal! Sampai naik merah mata kiri Deno ni... Asyik duk genyeh mata dari semalam. Sampaikan masa belajar pun terganggu dengan kegatalan mata ni... 

Tadi da titikkan EyeGlo, okey sekejap.. tapi masih gatal.. tak rasa sakit tapi gatal! Tak tahu kenapa.. Mata kanan tak gatal pula, mata kiri ni sangat gatal!! Ha....sekarang pun gatal! Deno rimas la, dah merah mata nie!! Kenapa la......


gatalnya mata nie!!!


7 SLE Supporters :):

Kawan-Kawan UiTM

Deno Rindu Lagi

January 06, 2011,2 Comments

      Jam menunjukkan dekat pukul 12 tengah malam. Sejuk sangat malam ni coz hujan lebat tak henti-henti dari petang, biasa la pantai timur sekarang kan musim hujan. Deno baru sahaja selesai buat dialisis. macam biasa la, rutin yang perlu dibuat sebelum tidur. kalau tidur dahulu baru buat, tentu susah nak bangun nanti...

Walaupun penat ke kelas hari nie, mata belum mengantuk. Deno bukak fB duk skodeng kawan-kawan yang dah sambung degree... Seronoknya dapat sambung ya, harap-harap tahun depan giliran deno pula. Nak buat macam mana, nasib Deno Allah swt beri dugaan sakit.. Deno terima..

Duk sorang-sorang dalam bilik sambil mengadap my lappy nih, terbayang-bayang wajah teman rapat Deno kat UiTM Terengganu ni... Teringat kat Fatin, Kak ct, Dayah, Kak azi dan Hani!! Diaorang adalah teman yang rapat dengan Deno.. Rasa rindu sangat-sangat!! Diaorang la yang selalu tolong Deno, kalau deno masuk hospital masa sakit pun diaorang sanggup datang melawat... Kalau ada masalah dalam study pun slalu je beri tunjuk ajar. Dah rasa macam adik-beradik pula..

Tapi, sekarang masing-masing dah sambung degree.. Ada yang ke Shah Alam, Perak, Segamat.... Deno rasa sunyi, xde dah teman yang sebaik diaorang... Kalau dulu, Deno ada teman masa study, sekarang Deno soramg... Kalau dulu ada teman masa Deno tunggu abah, sekarang Deno sorang... Kalau dulu ada teman masa makan, sekarang Deno sorang... Rindunya....







Deno rindu lagi..........

http://www.emocutez.com


2 SLE Supporters :):