Deno

Deno hilang?

7:59 PM,2 Comments

    Wahhhh!!!! Lamanya x update blog! Mesti ramai yang heran, mana cik deno nie pergi... Heee... Biasa la, da nak dekat final mula la busy ngan test, kuiz n assignment! Nie pun curi waktu sekejap untuk update! Bukan apa, lama sgt x update blog nie... Tadi pun ada test MAF, susah betoi!! Esok ada 2 test lagi..... Struggle betul this week.... :p


penatnyeee....


2 SLE Supporters :):

Personal

Deno Tak Nak!

2:13 AM,4 Comments


       Dah banyak hari tak update blog! Rindu rasanya... Blogwalking pun da kurang.... Kena banyak study, latihan akaun berlambak-lambak, assignment bertimbun-timbun.. Pastu nak kena study balik kelas yang deno terpaksa ponteng coz ke hospital ada 'date' dengan doktor khamis baru nie. Yang geramnya, esok kena ke hospital lagi... kena masuk ubat.. ikut line.. malas rasanya nak pergi, tp xboleh kalau x pergi... terjejas pulak kesihatan deno :p

Lewat2 malam mcm nie, deno terfikir apa yang doktot tanya baru nie. Doktor tanya... "mak xde ke nak beri kidney kat deno?" Die tanya coz deno dah 13 tahun sakit tp x buat transplan pun.. Dulu mmg dah sampai giliran deno terima kidney dari penderma, tapi masa tu penyakit SLE deno sdg kronik, so, terpaksa tolak.

Bila doktor tanya mcm tu, deno jawab la.. "ma memang lama dah nak beri tapi keadaan kesihatan deno tak mengizinkan..." Mana ada mak yang tak sayangkan anak, kan.. Pastu doktor kata tanya la mak kalau sekarang nak beri... Doktor tak galakkan abah coz abah umur da lebih.. Tapi deno tak nak dah... Deno cakap kat doktor, biar la.. Tak payah amik kidney ma atau abah.. Biar deno sakit, yang penting ma dan abah sihat! Doktor just senyum..


Deno fikir.. ma abah tak muda lagi... Deno tak nak kidney ma tinggal satu, deno takut ma sakit macam deno.. Deno tak nak ma dan abah sakit, kalau ma abah sakit, deno mesti rasa bersalah sangat2... Deno harap keputusan deno nie betul, deno lebih rela sakit daripada tengok ma abah sakit dan menderita sebab deno... Deno da banyak susahkan ma abah sejak deno sakit.. Biarlah... Deno tak nak!



4 SLE Supporters :):

Personal

Hospital lagi!

1:35 PM,5 Comments


      Rindunya blog deno nie! dah 4 hari tak bukak n update blog.. Semua gara2 deno masuk hosp.. Baru nie deno masuk hospital coz migrain yang melampau + pulak deno sakit SLE, jadi deno muntah2 teruk dan demam panas. Lembik badan macam pisang lembik da rasanya.. Kepala rasa macam nak pecah bila migrain. Tengahari tu deno ke unit kecemasan kat hospital. Terus kena tahan masuk wad.


Doktor bimbang SLE aktif balik.. Banyak la buat test, badan nie jadi bahan untuk dicucuk... Lengan da lebam2 bile jarum masuk.. Yang lebih menyakitkan bila jarum tak kena betul2 kat urat... Sakitnyeee!!! Apa la doktor tu, kalau dah tak boleh, jangan la terus jugak cucuk.. Nie dia masukkan jarum, pastu buat kuar sket, masukkan lagi, kuarkan sket, masukkan lagi.... Ingat tangan deno nie apa.. nasib baik deno tak menjerit... :p

Alhamdulillah... SLE tak aktif dan deno makin sihat bila duk hospital.. Memang la makin sihat, da dapat ubat n bila duk hospital, deno rehat n tido je... Nasib baik la sekarang cuti sem, kalau tak rugi la deno tak dapat ke kelas.. Harap2 deno terus sihat coz deno tak nak tangguh blaja sebab sakit.. Serik dah rasanya....


~ Psst2, deno x suka duk hospital, boring! :p


5 SLE Supporters :):

25 Random Things About Me

1:12 AM,2 Comments

 Deno ditag lagi!! Kali nie oleh cik yana....Thanks coz tag deno :)


"Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."

Jom kenal-kenal.....  heeeeeee (^_^)

1. nama penuh Dayang Norhidayah binti Ngah

2. nama glamour dayang, deno, dino @ adik

3. dilahirkan dan dibesarkan di Terengganu

4. mempunyai 5 orang adik-beradik ( semua perempuan) dan deno anak bongsu

5. sangat rapat dengan ma abah dan kakak-kakak

6. minat warna pink, biru dan putih

7. suka makan apple pie mcD, tako tao, cucur bawang dan nasi goreng + suka minum milo

8. minat sangat Oprah Winfrey, Jillian (d biggest loser), Tyra Banks, Jackie Chan

9. makanan paling best deno masak :- telur dadar (^_^)

10. tak pandai merajuk, coz kalau merajuk kena kurung dalam toilet (dende yang paling takut dari kecik)

11. tak pandai nak marah orang

12. tak pernah bercinta

13. pernah putus nafas 10 minit dalam ICU ( alhamdulillah umur panjang.... )

14. buat dialisis hari2, tiap2 malam until now.. ( boringggggg )

15. pet deno : 2 ekor ikan gapi

16. tak suka cicak, tapi suka katak hijau yang bermata merah (unik tau!)

17. mudah maafkan orang

18. suka kartun mr bean kat disney channel

19. pakai spek sejak berumur 10 tahun ( 24 hours pakai spek minus time mandi n tido )

20. suka berpakaian yag simple2 

21. minat penulis : Ain Maisarah dan JK Rowling

22. blogger idola : ben ashaari

23. suka kumpul setem 

24. ada 3 orang anak buah yang comel2:)

25. seorang pesakit SLE (Systemic Lupus Erythematosus) class 4

Fuh! Selesai jugak..... eh2, belumm lagi... kena tag 25 orang pulak! Siapa ya......

1.  sarra
2.  green Syndicate
3.  pakcikLie
4.  gulagulaberacun
5.  cikyuyue
6.  mysweetlolipop
7. asmaroro
8 .makcekSARA
9. bolehCakap
10. peja
11. izamir ridzwan
12. senyum-senyum
13. blueRiders
14. mish
15.destinasiYangSatu

cukup la..... hehe....


2 SLE Supporters :):

Muhasabah Diri

Berfikir Sejenak..

12:33 AM,1 Comments

        
          Malam begitu dingin sekali, hujan renyai2 dan kesejukan menusuk hingga ke tulang.... Di kala ku keseorangan pada saat ini, terkenang nasibku.... Mengapa Tuhan memberi begitu kuat dugaan padaku? Tetapi kata mama, Tuhan tidak akan memberi dugaan yang melampaui keupayaan kita sebagai hambaNya.. Hmm... Mungkin ada hikmah nya...

Benar kata mama....

.... Jika kita rasa kita sakit, ada orang yang lebih teruk sakitnya daripada kita.... Jika kita rasa sedih, ada orang yang lebih sedih daripada kita.... Jika kita rasa kecewa, ada orang yang lebih kecewa daripada kita.... Jika kita rasa susah, ada orang yang lebih susah di luar sana............

1 SLE Supporters :):