Deno

Dua puluh dua tahun satu hari

May 29, 2011,8 Comments


            
Hari nie umur deno dua puluh dua tahun satu hari.. Semalam genap 22 tahun umur deno! Alhamdulillah..... Tuhan masih menyayangi deno dan memberi deno peluang untuk bernafas sehingga ke hari ini walaupun banyak dugaan yang deno tempuhi... Tiada entry yang panjang untuk hari lahir deno kali ini.. hanya doa sujud kesyukuran kepada DIA yang satu...... :)

Terima kasih deno ucapkan buat semua bloggers yang mendoakan kesihatan deno, hanya Allah swt yang dapat membalas jasa-jasa sahabat semua.... Deno juga mengucapkan terima kasih buat my sweet candy girl... ayuCandy yang telah buat satu entry sempena hari lahir deno semalam... Terharu sangat... ( Ayu, saya sayannggggggg sangat awak! Ingat tu.....! Maaf ya, semalam dayang keluar makan tak snap gambar coz syok sangat makan... haha... nanti dayang buat entry baru ya..... )

~ Psst2, esok kelas dah bermula......


8 SLE Supporters :):

Libman-Sack-Endocarditis

Libman-Sack Endocarditis

May 27, 2011,1 Comments

      
            Mesti pelik kan bila baca tajuk entry kali nie. Deno pun pelik sebenarnya, dengar pun tak pernah... Korang pernah dengar atau baca tak tentang Libman-Sack Endocarditis?? Deno dapat tahu tentang perkara ini daripada odc pakar jantung deno.

Dua hari lepas deno jumpa pakar jantung untuk buat eco, doc cakap problem kat jantung deno mungkin bukan problem jantung biasa. Ini kerana ubat yang doc beri masa deno 6 minggu kat wad tu, tak beri kesan yang banyak. Doc cakap lagi, kemungkinan penyakit SLE yg deno hidapi selama nie menyerang jantung deno pula, doc cakap ia dipanggil Libman-Sack Endocarditis. Dua bulan lagi, baru doc boleh sahkan SLE atau tak....

Deno cari kat google tentang Libman-Sack Endocarditis tu, tapi tak berapa faham sangat. Semalam deno chat dengan pakar SLE, dia beritahu ia sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kematian. Deno tergamam dan rasa terkejut sangat.. Sedih ada, takut ada... Macam-macam perasaan yang datang... Mungkinkah umur deno tak lama dan deno tak sempat nak hidup lama....


Deno berharap apa yang doc akan beritahu dua bulan nanti bukanlah berita yang buruk... I hope................


1 SLE Supporters :):

SLE

LOVE Walk-a- Payung!

May 25, 2011,6 Comments


      
          Baru 2 minggu discaj wad, terus join Walk-a-Payung! Ya la kan... 2 bulan di hospital, mesti la nak buat aktiviti pula kan... Ok deno nak cerita tentang program Walk-a-Payung pada 22 Mei 2011 baru-baru ini!! 

Kawan-kawan tahu tak apa itu walk-a-payung? Ia adalah satu program yang diadakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang Systemic Lupus Erythematosus, sejenis penyakit yang terjadi akibat gangguan oleh sistem imuniti badan yang menyerang tisunya sendiri. Selain itu, ia bertujuan menyedarkan masyarakat bahawa pesakit mesti mengelak dari terkena matahari. Ia juga untuk mengutip dana untuk aktiviti-aktiviti kebajikan bagi pesakit SLE.

Pesakit dan bukan pesakit berjalan sejauh 3 kilometer dengan berpayung... Deno juga berjalan 3 kilometer! Penat tu memang penat tapi bila berjalan ramai-ramai, deno jadi semangat! Ma pun berjalan bersama deno. Pelbagai aktiviti diadakan dalam program nie.. Best3!! 

baru sampai kena amik baju dulu.....

tengok muat ke tak nie... emmm...

ha.... okey tak...?

senyum-senyum..... piece!! with ma, kakAna n kakObie

lautan merah.... hehe..

jalan ramai-ramai.. :))

 quiz time!! ma beri jawapan yang tepat...!

yeay! ma  dapat hadiah! clap clap clap! :))

nak terbang....!!!! hahaha.... apa la tiga beradik nie..... :)).


Fuhhh!! Penat sangat hari walk-a-payung tu! Tapi, seronok.........!! ThankS ma n abah coz beri "green light" untuk ke walk-a-payung! :))

~ Psst2, enjoy walk-a-payung!! (^_^)



6 SLE Supporters :):

Personal

off to kL

May 21, 2011,2 Comments


Sekarang deno di kL dan
  esok deno akan ke program walk-a-payung!
Nantikan entrynya... :)



~ Psst2, jom ke walk-a-payung!




2 SLE Supporters :):

Bestfriend

Hepi Besday

May 19, 2011,4 Comments

         19 Mei 2011

Selamat Hari Lahir!!

Hari ini ialah hari lahir teman rapat deno! Deno doakan ayu sentiasa sihat, murah rezeki, panjang umur dan berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat.. Semoga ayu juga dirahmati Allah swt.. Amin! 

Ayu..
Saya Sayang Awak!


Nama penuh dia Ayu Nurhaslina binti Ayob. Deno panggil ayu.. Orangnnya comel, manis, pandai dan sangat baik hati. Ayu nie orangnya sweeeetttt sangat. Deno tak pernah jumpa kawan yang sebaik ayu dalam hidup deno. Deno mula-mula kenal ayu pada tahun 2005, masa tu form 4. Ayu baru sahaja berpindah ke sekolah deno. Sekolah deno ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman.

Ayu sahabat yang baik dan memahami deno, sampai sekarang ayu tak pernah berhenti beri semangat kat deno.. Walaupun deno terpisah dengan ayu, hubungan kami tak pernah putus. Sudah 5 tahun kami tak berjumpa, deno rindu sangat kat ayu! Deno harap satu hari nanti deno akan bertemu juga dengan ayu... my sweet candy girl!!

~ Psst2, jom ke gulagulaBeracun!



4 SLE Supporters :):

Family

Demam

May 19, 2011,6 Comments


Demam..... Eh2, kali nie bukan deno yang demam tau. Abah yang demam, dah tiga hari abah tak sihat, demam, sakit2 badan, sakit kepala... Kesian abah, nasib baik la deno dah keluar hospital, kalau tak kesian abah nak kena naik wad hari2 bawa air CCPD yang berat giler tu... Tadi abah dah pergi klinik, nasib baik la abah nak ke klinik, biasanya jarang abah nak ke klinik!

Tapi, walaupun abah tak sihat dia tetap nak buat kerja. Siang tadi abah angkat kotak2 yang berat dengan air dialisis tu, bersihkan laman rumah la... Alahai abah.... tak boleh rehat... Mesti nak buat kerja juga.. Sekarang baru abah rehat.. Abah... abah...


~ Psst2, deno harap abah cepat sihat! Amin!



6 SLE Supporters :):

Hospital

Get well soon Kak Nor

May 18, 2011,4 Comments


            Alhamdulillah bila berada di rumah, deno rasa makin sihat pula... Suasana kat rumah memang memberi ketenangan kepada deno sampaikan setiap hari ada je ubat yang deno lupa nak makan.. Hehe..

Tadi deno buka fB ternampak gambar kakNor. KakNor kawan deno, seorang pesakit buah pinggang. KakNor dah lama ada masalah buah pinggang. KakNor juga buat dialisis, dulu kakNor buat PD tapi sekarang buat HD (hemodialisis) iaitu cuci darah.

Sekarang kakNor di hospital, kakNor tak sihat. KakNor sakit sejak kecil lagi, tapi dia seorang yang kuat.. Dia selalu senyum.. Deno doakan kakNor cepat sembuh dan sihat seperti selalu... Aminnn!

kakNor di hospital


~ Psst2, mari sama2 doakan kakNor....


4 SLE Supporters :):

Kawan-Kawan UiTM

Gembira tapi Sedihh...

May 17, 2011,6 Comments


         Deno rasa gembira tengok kawan2 deno yang mula-mula kenal masa semester satu konvo hari nie. Semua dah pegang diploma. Tadi ke fB tengok gambar masing-masing pakai jubah.. Senyum.. Ceria.. Semuanya kawan2 yang baik dengan deno. Deno hanya dapat ucap tahniah dan deno bangga dengan diaorang! Sekarang kawan2 deno dah buat ijazah..

Suka tengok masing2 gembira, deno pun rasa gembira untuk semua kawan2 yang konvo hari nie. Pada masa yang sama... tiba-tiba je hati deno rasa sayu..... sedih...... hiba..... Tengah2 malam nie, rasa sedihhhhhh sangat..... Rasa nak nangis je..... Tolong deno....!

Kalau deno tak sakit, mesti deno dah bersama kawan2 rapat deno yang konvo hari nie. Rasa sedih tak dapat konvo sama2.. Rindu rasanya nak jumpa diaorang.. Dah tiga kali tangguh belajar sebab sakit. Semester nie terpaksa tangguh lagi sebab masalah sakit juga... Ohh.. Air mataku mengalir juga di kesepian malam ini........



~ Sedihnyaaa malam nie.....



6 SLE Supporters :):

Family

CongrateS kak Obiey!!

May 16, 2011,8 Comments

            
           Emm... sedapnya makan kuih "akok" dan minum air teh 'o' panas2 petang nie sambil on9.. Buka fB je dapat tengok gambar kakak deno yang ke 3, kak Obiey konvo hari sabtu baru2 nie. Deno tak pergi.. Rehat kat rumah coz baru je balik hospital.. Ma abah n kakAna saja yang pergi. 

Kak Obiey konvo kat PICC Putrajaya, ijazah in IT. Tak dapat pergi pun, dapat la juga tengok gambar Kak Obiey kat sana..... Congrates Kak Obiey!! Sayaaannngggg Kak Obiey... Muahhhh!






^_^

~ Psst2, congrateS sis!!



8 SLE Supporters :):

Seronok... lepas tu....

May 16, 2011,3 Comments


            Nie deno nak sapu sikit la, sawang2, habuk, debu dan mop skit blog DayangDeno nie.. Haaa... baru rasa selesa nak update! Hmm.. pagi tadi dah terpaksa ke hospital pula... Bosan rasanya selalu ke hospital, dah balik rumah pun kena pergi lagi.. Nak chatting dengan kakLM pun tak senang, kesian kakLM. Dapat chat sekejap je, deno nak blogging pun tak dapat!

Deno ke hospital sekejap je, nurse pula kurang hari nie.. Deno ke hospital dengan kakNgah. Lepas ke hospital, deno terus balik rumah.. Niat hati nak on9 tapi tiba-tiba rasa rindu pulak nak buat kerja rumah.. Ya la kan, deno lama tinggal kat hospital. Mesti dah lama tak buat kerja-kerja rumah nie, kakNgah pula kerja...

Jadi, apa lagi... Ada la juga kerja-kerja rumah deno buat.. Mula-mula tu lipat-lipat kain, angkat-angkat kain, susun-susun kain.... kemas rumah, menyapu, buang sampah.. macam-macam la... Siap pakai "mask" lagi masa buat! Hehe.. Seronok rasanya bila buat kerja-kerja rutin tu kan..


Seronok dapat buat, tapi bila deno rehat.. duduk je kat sofa rasa semput n lenguh satu badan! Alamak! Masa tu berdebar-debar deno.. Satu badan rasa lembik.. Jadi, deno baring je atas sofa. Rasa penat sangat2! Bila kakNgah tahu je deno banyak buat kerja, terpaksa la dengar ceramah percuma petang tadi... hehehe... padan la muka caye.. (^_^) 

~ Psst2, biasa la buat kerja rumah kan...!!



3 SLE Supporters :):

Home Sweet home :))

May 14, 2011,7 Comments


            Deno dah balik!! Seronok n gembira pula bila di rumah... Deno balik petang khamis baru nie. Cuma tak sempat nak update coz deno kena layan si adam pula. Maklum la, dah sebulan setengah adam tak jumpa deno, sejak deno sampai rumah, berkepit je dengan deno. Sampaikan deno nak pergi toilet pun nak ikut. Tak boleh berenggang langsung.... Deno layan aje la, kesian pula kat dia..

Nie pun duk sebelah main lego.. Tak boleh langsung kalau deno jauh dengan dia. nasib baik dia tak kacau deno on9.. Semalam blog tak boleh buka. Tak tahu kenapa, jadi deno chat dengan ayuCandy kat fB.. Lama juga, deno rindu sangat kat besfren deno tu! Dah 5 tahun tak jumpa, nasib baik ada blog. Boleh tengok-tengok ayu... Blog dia kat GGB.

Balik dari hospital, mula la mengidam makanan yang bukan-bukan. Maklum la, duk hospital kena berpantang.. Tu pun, nak makan macam-macam. Sampaikan blogger Ammar tu bawa kek coklat n kfc untuk deno masa deno di hospital... hehe..

Semalam, deno rasa nak makan best2. jadi ma abah bawa makan kat restoran sebelum ma abah ke KL untuk ke majlis konvo kakObiey... Dapat makan ikan masak tiga rasa, kerabu mangga, sayur campur, telur bistik.... macam-macam la.. Minum pula air yang berais! Air apa..? Ada la.. rahsia.. Peberet yang dah lama betul tak minum... Emmm..... Nikmat betul rasanya dapat semua tu semalam... Ma abah beri "green light" untuk semua tu semalam!



Deno juga nak ucapkan terima kasih banyak2 kat sahabat2 blogger yang mendoakan deno. Dengan sokongan dan doa yang tak putus2, deno semakin sihat dan pulih! Alhamdulillah deno dapat berada di rumah hari ini dan deno harap hubungan deno dengan blogger2 semua tak putus walaupun kita hanya kenal di sini. 

Deno harap kesihatan deno makin pulih walaupun doc deno cakap jantung deno tak pulih sepenuhnya. Dua minggu lagi deno akan ke hospital lagi untuk buat eco (scan jantung) tu. Nak tengok semula okey ke tak.. Hmm.. Itu yang buat deno rasa takut dan juga berdebar kalau diingatkan. Bimbang kalau tak okay, doc akan tahan deno di hospital lagi.... harap takde apa2 yang teruk.

Sekarang, deno perlu sentiasa pakai mask. kalau keluar rumah, perlu pakai. Pergi jalan mana2 pun pakai mask. Bimbang kena jangkitan kuman. Oleh kerana deno ada SLE, antibodi badan tak kuat.. lemah, sebab itu mudah kena jangkitan. Bila ada prob jantung nie, memang perlu sentiasa pakai mask. Terpaksa la pakai... Dulu masa penyakit SLE deno aktif, deno pun pakai mask. Mula2 memang rasa tak best, lama2 dah biasa. Kalau orang tengok pun, buat tak tahu je..

gambar kenangan


Alhamdulillah penyakit SLE deno sekarang tak aktif... Deno perlu sentiasa makan ubat, memang tak boleh tinggal. kalau tak makan ubat mungkin SLE aktif semula. Harap penyakit SLE tu tidur buat selama-lamanya... haha.. Petang nanti deno akan ke hospital pula, nak ambil kelengkapan dressing. Masa di hoapital, nurse tolong buatkan. Bila di rumah, deno akan buat dressing sendiri. Sebenarnya deno lebih selesa buat sendiri! hehe..

~ Psst2, adam kacau la... tata!



7 SLE Supporters :):

Kenangan Dalam Wad 2011

Deno harap sangat..

May 11, 2011,10 Comments

     
       
       Mengikut perjanjian doc dengan deno sebualn setengah yang lalu, hari nie merupakan hari last dan sepatutnya deno boleh balik umah da... Tapi kena buat eco ( scan jantung ) dulu.. Nak tengok jantung deno okay ke tak selepas 6 minggu masuk ubat. Harap-harap okey lah.. Tak perlu nak kena cucuk hari-hari duk hospital. Kalau okey, boleh sambung ubat tablet je kat umah....

Harap sangat-sangat dah okey... Doc cakap dalam tengahari nak buat eco tu. Emm, kat mata deno nie terbayang rumah dah, dari minggu lepas lagi menghitung hari. Emm..


~ Psst2, doakan deno ya... 



10 SLE Supporters :):

Personal

Nak balik nak balik! Nak balik jugak!!!

May 10, 2011,7 Comments


            Tadi baru je doc MO masuk, dia cakap ada berita sikit pasal deno. Dia cakap dia ada call pakar kardiology, doc kardio cakap esok boleh buat eco (scan jantung).. Pastu, yang tak bestnya doc tu cakap kalau okay, kuman dah takde boleh balik tapi kalau tak okay kena stay kat hospital sambung ubat!


Mana boleh!!!! Hari tu janji 6 minggu je, pastu sambung ubat tablet kat rumah... Nie cakap lain pulak! Nie rasa nak nangis pulak... Serta merta takde mood pulak tengahari nie. Pagi tadi baru je deno hepi nak balik.. Doc tu mungkir janji! Dah la habis hancur lengan deno setiap hari kena cucuk, bengkak biru dah lengan deno nie!!!

Deno tak kira, nak balik jugak! Biarlah! Kalau doc tu tak nak rawat deno dah, tak kisah la... Hospital lain banyak lagi kat Malaysia nie... !!!!! Nak balik!!!



~ Psst2, deno nak balik!!!!!!!!



7 SLE Supporters :):

Kenangan Dalam Wad 2011

Masin betul mulut doktor!

May 09, 2011,4 Comments


            Hari nie teruja betul deno! Bukan apa tempoh untuk tamat ubat tinggal satu hari lagi iaitu esok! Itu yang deno rasa teruja dan gembira sangat. Tak sabar-sabar dah rasanya nak keluar dari sini. he2..


Cuma yang tak bestnya, walaupun tinggal sehari lagi... Masih nak kena buat line baru.. Ikut hati tak nak dah coz semua dah lebam-lebam dan bengkak.. Doktor la nie, semalam dia datang kat deno  tengok line yang dah ada bengkak ke tak. Deno cakap belum.. Tapi doc tu tak percaya, dia tekan-tekan sikit  kat lengan. Pastu dia cakap... "esok bengkak la tu, nanti boleh la saya cucuk kali terakhir sebelum dayang balik...."... Dia senyum.. Deno harap2 sampai la 3 hari sekurang-kurangnya. Tapi, memang masin betul mulut doc tu.. Pagi tadi da bengkak n line kena cabut....

terpaksa pasang yang baru...
 Hmmm... Sabo je ler....


harap2 yang nie terakhir!
(~_^)
~ Psst2, satu hari lagi!



4 SLE Supporters :):

Lawak

Kalau Binatang Ada Facebook

May 08, 2011,3 Comments


            Petang nie sangat sunyi.. Tak tahu kenapa, bosan betul rasanya hari nie. Kejap lagi, deno nak turun ke unit nefro dengan ma untuk buat dressing. Emm.. boleh juga sedut udara luar... Jom hilangkan bosan... ^_^

Kalau lah binatang ada facebook... agak-agak apa status mereka..?



Cicak : Tuan rumah baru beli raket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ malam nie..

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi... kenyang buro! Alhamdulillah....

Aedeas : Baru je selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam : Tidaaaaaaaakkkkk!! Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau disembeliiiiihhhh!!!

Cicak : Hwaa... Isteriku tersepi pintu... :(

Kucing betina : Anak I yang ke 5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa... I sendiri lupa bapaknya siapa!

Ayam : Kawan2.. kalau esok guwe tak update... kererti guwe sudah digoreng... I love you all.. jangan lupa 
buat kenduri arwah untuk I yaa...

Nyamuk : Siot! Sekali drug addict gua hentam. Gua positive HIV AIDS... uwaaaaa....

Cicak : Mau ke bilik air anak tuan rumah jap... baru beli videocam baru...

Kucing : baru add awek rumah sebelah... keturunan PARSI tu....!!!







3 SLE Supporters :):

Family

MA

May 08, 2011,3 Comments


            Two dayS to go.. hehe.. Faham2 je kan, deno memang menghitung hari nak balik! Emm, hari nie semua orang cakap pasal ibu masing2. Deno pun nak cakap pasal ibu deno la... Boleh, kan..

Deno panggil bonda deno 'ma'. Ma adalah seorang guru dan baru sahaja bersara bulan dua baru2 nie. Tahu tak.... Allah swt telah tentukan deno sakit awal bulan tiga, bila ma bersara je, deno terus sakit jadi ma ada di sisi deno masa deno sakit.. Subhanallah... 

Ramai orang cakap deno anak manja sebab deno anak bongsu. Deno bukan manja tapi memang rapat dengan ma, abah pun sama. Kita mestilah kena rapat dan sayang bonda kita, kan..! Di rumah, hari2 ma sedia susu awal pagi ke bilik deno. Ma buat awal pagi sebab deno perlu makan ubat awal, cuma deno yang malas makan ubat. Ma concern, jadi ma siapkan awal2 supaya deno makan ubat on time. Sebelum tidur pula, hari2 ma akan selimutkan dan cium deno. Tak jemu2 sampai sekarang.. Kadang2, bila malam deno demam, ma tak tido jaga deno..

Banyak pengorbanan ma bila deno mula sakit. Ma sanggup ke KL dengan abah untuk rawatan deno. Deno tahu kita buka orang senang, masa tu pun, kakLong, kakngah, kakObi dan kakAna masih belajar. Perlu banyak duit... Tapi untuk deno, ma berhabis banyak duit untuk rawatan deno. Deno tahu, masa deno sakit tenat, ma sebenarnye sedih, kan.. Tapi, tak pernah pun air mata ma tumpah depan deno masa deno sakit... Deno tahu kenapa, ma tahan air mata ma sebab ma nak beri semangat deno untuk terus hidup dan lawan penyakit deno.  Ma selalu kata deno kena kuat sebab ramai orang masih sayangkan deno... Deno ingat lagi kata2 semangat ma itu. Mungkin, sebab tu juga deno masih bertahan smpai sekarang. Masa deno sakit pun, deno cerewet, meragam, mcm2 perangai deno buat.... Kadang-kadang deno marah-marah kat ma.. Tapi ma tak marah deno pun masa tu, ma faham deno sakit...


Tetapi, air mata ma tumpah juga bila ma tengok keadaan deno. Deno tahu ma sedih tengok deno sakit. Kesian ma, deno rasa bersalah buat ma menangis. Deno menyusahkan ma. Banyak sungguh ma berkorban untuk deno.. Hari nie hari ke 40 deno di hospital, ma tak pernah merungut atau jemu menjaga deno kat hospital.. Deno bersyukur ada ma yang setiap hari beri dorongan untuk deno kuat... Deno jadi kuat dan semnagat dengan adanya ma di sisi deno... ThankS ma for everything!

Buat ma yang deno cinta dan sayang
 Deno bersyukur dapat jadi anak ma.. 


SELAMAT HARI IBU ma..!
^_^


deno sayang ma!!

~ Psst2, selamat hari ibu buatsemua yang bergelar ibu..! :)



3 SLE Supporters :):

Walk-A-Payung

Walk-a-Payung

May 05, 2011,10 Comments


            Deno dah lama nak pergi kat Walk-a-Payung... Insyaallah, lepas keluar hospital nanti, mungkin deno, ma n abah akan ke kL coz nak join walk-a-payung.... Jom la kalau nak join jugak! Bukan pesakit pun boleh join tau!

Kenangan pesakit2 serta keluarga dan rakan2 pada tahun2 yang lalu




Jom tengok bawah! :)




Kalau mahu maklumat lanjut tentang PSLEM, sila tekan SINI.

~ Psst2, jom kita pergi! :)



10 SLE Supporters :):

Kenangan Dalam Wad 2011

Seminggu

May 03, 2011,5 Comments


            Lewat lagi hari nie. Satu hari tak bukak laptop coz deno busy buat notes untuk semester depan. Dari pagi, deno buat notes tu. Nanti senang sikit, bila mula semester, kita dah tahu apa nak belajar. Dah siap enam topik deno buat notes tadi. Penat pula rasanya, jadi malam nie deno ber"blogging" la... hehe... Mula- mula on9, terus ke blog GGB, dah tahu mesti ada entry baru. Happy sangat2 coz dapat lepas rindu kat ayuCandy bila tengok video tu... lepas nie, baru blogWalking.. heee (^_^)


Hari nie juga, deno rasa hepi coz tujuh hari lagi tempoh ubat deno tamat dan bermakna deno ada seminggu lagi nak balik! Yeay!! Sekejap pula rasanya, pejam celik pejam celik tinggal seminggu lagi. Masa minggu pertama kat hospital nie, deno rasa lambat betul masa berlalu.... Tapi siapa sangka kan, deno dapat harungi tempoh sebulan kat sini... Alhamdulillah....

Doktor cakap, walaupun boleh balik nanti, deno tetap kena makan ubat. Emmm... maksudnye bertambah la ubat deno, ubat untuk SLE n kidney, pastu ubat untuk penyakit jantung. "Date" dengan doktor pun bertambah la, selain dari pakar nefrology, nanti kena jumpa pakar kardiology pula. Malas betul nak pegi hospital banyak kali, nanti mesti kena skip kelas...... Alahai........


~ Psst2, seminggu lagi! (^_^)


5 SLE Supporters :):

Kenangan Dalam Wad 2011

=_=

May 02, 2011,13 Comments


            Lewat pula hari nie deno on9. Bukan apa, betul2 takde mood nak blogging. Semuanya gara2 doc perempuan tu la... Sehari dua  hari lepas lengan deno bengkak2 kena cucuk banyak kali... Sampaikan takde tempat dah nak cucuk, bila sentuh lengan pun sakit. Jadi, deno tanya la cik nurse nak ubat tablet pula ganti ubat ikut line tu. Tak tahan rasanya, kadang2 rasa nak menangis pun ada.... Nurse cakap ada, deno pun hepi la ingatkan makan ubat tablet je la, tak payah buat line. Tapi tak boleh, kena cucuk jugak.... T_T



Rasa nak menjerit, menangis, geram pun ada.. Habis sume orang deno marah hari.. Tak ada senyuman untuk nurse, doktor dan siapa2 yg datang kat bilik deno hari nie. Orang yg hantar makanan n makcik yg menyapu tu pun sama.. Biasa hari2 deno senyum je kat diaorang sejak masuk wad. Hari nie hilang terus mood.. 

Hari nie, doktor yang kena jaga deno doktor baru, doktor lelaki. Dr azamani dah tukar ke wad lain, kiranya nie doktor ketiga la yang jaga deno sepanjang dalam wad nie. Dalam pukul 3petang tadi, dia datang kat bilik, nak buat line.. Deno buat tak tahu je, menulis, uka pun muram..... Sebenarnya deno nak bagi je dia buat, cuma masa tu memang takde mood langsung nak bercakap!

Dia senyum, dia cakap la bla bla bla dan bla pujuk deno. Deno masam je tapi dengan berat hati bagi jugak lengan untuk buat line. Hmm, comel doktor lelaki baru nie, deno dah lupa nama dia. Dia buat hati2, lembut je masa mula2 nak cucuk tu... Dia senyum lagi sambil cakap2 dengan deno, tapi deno masam jugak... Cukk! Sekali je dia cucuk terus dapat line, deno pun tersenyum.......... :)


~ Psst2, mood dah okey.. (^_^)


13 SLE Supporters :):

Kenangan Dalam Wad 2011

FoBia

May 01, 2011,5 Comments


            Seperti biasa setiap hari deno mesti kena cucuk.. Line yg baru dapat semalam bengkak dah.. Dah kena cabut pun pagi tadi. Biasa la, ubat deno tu yg buatkan urat cepat bengkak.. Pukul 10 pagi tadi, dr azamani yang ensem datang nak buat line.. 3 kali cucuk tak dapat jugak, hasilnya, 3 tempat bengkak biru2.. Deno tuam ngan air panas je la.. Nak buat macam mana, nasib tak baik. Doc cakap petang dia datang lagi, bagi deno rest dulu. Lengan deno sekarang nampak berisi sebab bengkak kena cucuk.... kelakar kalau tengok!

Nasib baik deno dah biasa kena cucuk.. Kalau orang yang tak biasa, tentu fobia coz tak tahan. Ma deno akan cakap..." sabar la, nak baik kan...." kalau deno tak tahan kena cucuk. Bercakap pasal fobia, deno tak fobia atau takut ngan jarum. Sejak sakit, memang selalu kena cucuk. Sestengah orang, bukan sahaja jarum dia fobia, hospital pun dia fobia.


Deno pun ada fobia....! Deno fobia sangat2 kat tempat tinggi... Gayat tu!! Kalau tingkat tiga pun tak boleh tengok bawah.. Rasa gayat! Paling teruk bila deno tengok TV pun rasa gayat. Kalau deno tengok rancangan contohnya macam Amazing Race yang kena buat aksi dari tempat tinggi... Sampai berpeluh tangan deno, kepala dan kaki jd macam nak kebas.. Teruk kan? Padahal dalam TV je... Tengok gambar pun boleh jadi gayat!

gambar yg buat deno berjaya buat deno gayat!



Satu lagi deno fobia ngan cicak n katak kecik... Eiii.... Geli sangat2 lebih2 lagi kalau katak kecik tu 'ter'masuk dalam kasut  pastu kita pakai kasut tu. Cuba bayangkan, rasa lembik2 sejuk... Gelinyeee! Kalo cicak.. Lagi la geli... Fobia2..... Kalau nampak 2 ekor makhluk Tuhan nie, deno akan terjerit-jerit dan terlompat-lompat.. Memang tak boleh tengok! Rasa semacam je... Gelii!!


~ Psst2, korang ada fobia tak...? (^_^)



5 SLE Supporters :):