Teringat - Dayang Deno

6.1.12

Teringat


Sekolah baru bermula... tadi balik hospital lalu kat sekolah rendah deno dulu.. nampak budak2 sekolah rendah melintas jalan... rindu zaman sekolah dulu..

 
Teringat peristiwa deno membaling budak lelaki ke dalam lumpur.. hihi... kuat juga kite masa dulu2..

 Peristiwa tu berlaku sebelum deno sakit, masa darjah lima.. budak lelaki tu memang nakal, still ingat nama dia dan wajah dia.. sekelas dengan deno dan ramai budak2 pangil dia ikan keli.. orangnya hitam manis dan kurus kering..mungkin cikyuyue dan ee kenal sebab kita sekelas masa darjah 5.

Masa tu zaman orang still pakai public phone.. masa kejadian tu deno nak tepon abah lepas balik kelas fardu ain, budak tu slalu kacau.. masa deno nak tepon abah tu, dia duk baling2 batu kat deno, tarik2 beg la.. penat dah deno marah dia...

Rasa marah sangat masa tu, tak tahu dari mana datang kekuatan deno tarik beg dia dengan dia2 skali.. buat satu pusingan dan humban dia! bukan niat pun tapi terhumban dalam lumpur! masa tu deno pun terkejut deno buat macam tu... hihi... tapi deno tolong jugak dia bangun...

Dia masa tu pun tergamam, mungkin dia terkejut! masa tu deno terus cakap maaf sebab tak sengaja... biasa la kan orang tengah marah... hehehhh... mesti deno tersenyum kalau teringat kenangan tu... last jumpa dia masa raya dua tahun lepas. Orangnya still macam dulu, hitam manis dan kurus kering!




~ Psst2, kuat juga kite.. heeeee :)

7 comments:

  1. hihii bila tingat balik zaman dolu2 mesti wat kita tersenyum kan.. :-)

    ReplyDelete
  2. dasatnye deno


    xsgke

    budak2 laki mmg nakal kan

    ReplyDelete
  3. hehehe, baca citer deno ni, teringat akan kenangan masa kanak2 ribena dulu...hehehe

    ReplyDelete
  4. Rindu jugak zaman public phone kuning..:-)


    kadang bila kira marah tnpa sedar kekuatan tu datang:-)

    ReplyDelete
  5. zaman sekarang, budak2 dah x rasa semua ni. pergi sekolah, balik, layan gadget. xde dah nak main2 lumpur

    ReplyDelete
  6. hamek kau. kau ingt aku perempuan, kau boleh buli. acehh! kuatnya diaa. hehe :)

    ReplyDelete
  7. Mwehehe! Wahh same lah kita belasah dyorg padan muka,igt bdak pompuan x kuat ke? hehehe

    ReplyDelete