Yang Tak Boleh Tu Yang Kita Nak Sangat - Dayang Deno

19.1.12

Yang Tak Boleh Tu Yang Kita Nak Sangat



 Ehem2... pernah tak macam tu? Yang tak boleh tu biasanya yang kita nak sangat... Contohnya macam deno nie, sejak deno sakit, ada juga pantang.. pantang makanan dan minum...

Banyak tak boleh makan sebenarnya.. deno amik satu contoh, durian.. deno suka durian! tapi sebab sakit doc tak bagi makan banyak sebab durian tinggi potassium. Kalau terlalu tinggi potassium bahaya sebab jantung boleh berhenti tiba2! Pastu deno nie, doc hadkan minum air takat 500ml je sehari.. bersamaan 1 botol air mineral setiap hari.. kalau minum air lebih mesti BP high. .Deno dah la memang minat minum air, dari kecik lagi... kadang2 lebih jugak minum air.....

Bagi orang yang ada diabetis, memang tak boleh makan manis2 tapi yang tu jugak dia nak... bila makan manis2 mula la gula dalam darah naik.. sepatutnya pesakit diabetis kena minum banyak air tapi taknak... yang tak boleh tu la yang dia nak sangat....

Memang fitrah kita manusia kan...






~ Psst2, yang boleh makan taknak pulak... pelik betul selera... ish3

1 comment:

  1. Orang tua2 dulu suka guna ayat terbalik utk melarang..
    Contoh utk melarang mandi sungai mereka dgn suara bernada tinggi akan berkata "Hah! Mandi dalam sungai tu puas2"

    ReplyDelete