Cerpen Kenangan

Kenangan Itu # 1

February 04, 2012,12 Comments


Yr 2000

HSNZ

Bilik Pakar Pediatrik, Unit Pediatrik


xxxxx


Sunyi.. Sunyi sungguh bilik ini, sejuk pula makin mencengkam tulang, mujurlah aku telah sedia maklum dengan kesejukan di bilik doktor kesayanganku ini iaitu Dr. Jimmy, aku sentiasa bersama jacket tebalku apabila ke hospital.

Aku hanya memerhatikan Dr. Jimmy, wajahnya serius menulis sesuatu di dalam file kesihatanku. Sesekali dahinya berkerut, kemudian kembali serius, sekilas dia memandang aku tapi dengan senyuman.. Mungkin dia tak mahu aku risau..

Tetapi dengan riak wajah Dr. Jimmy, aku tahu ada sesuatu yang tidak kena.. Aku resah, jantungku berdegup laju menantikan apa yang bakal aku dapat tahu sebentar lagi.. Adakah penyakit aku kembali aktif? Adakah aku perlu ditahan di hospital?

Allah... aku tak mahu tinggal di hospital lagi....


xxxxx


"Dayang"

"Your result tak bagus, SLE kembali aktif.. ESR pun sangat tinggi, Saya terpaksa naikkan dos steroid kamu 30mg.. tapi ubat-ubat lain sama macam last month.. jangan risau ya" 

Air mataku mula bergenang, aku sebak..  'Dia' datang lagi kali ini... tapi aku cuba bertenang dan cuba untuk tidak menangis di hadapan abah dan Dr. Jimmy. cepat-cepat kusapu air mata.

Sebenarnya itulah yang telah aku jangkakan.. keadaanku dalam bulan ini tak berapa baik.. sendi-sendiku sakit, setiap hari demam, kepala sakit dan badan aku lemah. Banyak hari aku terpaksa ponteng kelas sebab keadaan aku yang tak sihat...

"Ini slip ubat untuk sebulan.. jangan lupa makan ubat ya.. see you  next month dayang.. jaga diri baik-baik" pesan Dr. Jimmy sambil tersenyum.

"Okey, terima kasih doktor" syukur aku tidak ditahan di hospital, cuma ubat-ubatan aku bertambah dan semakin banyak.

Aku bersalaman dengannya dan berlalu sambil dibantu abah untuk berjalan keluar dari bilik doktor

Dr Jimmy... Aku anggap dia seperti ayahku. dia doktor yang paling baik dan penyayang pernah aku ada walaupun kami berlainan bangsa. Aku kenal dia sejak aku didiagnose dengan SLE


xxxx


Aku gagahkan diri untuk berjalan walaupun sakit

Abah membantu aku untuk berjalan. satu badan sakit.. Semua sendi-sendi aku terasa sakit. Lututku terasa seperti hendak tercabut. namun aku gagahkan juga untuk berjalan sendiri, aku tak mahu menyusahkan abah.. walaupun lambat aku cuba untu berjalan.

"Nak abah dukung..? kesian abah tengok adik.."

Aku menggeleng sahaja. aku bertekad untuk berjalan sendiri sehingga sampai ke tempat kereta walaupun lambat. Abah masih di sisi aku, bimbang jika aku terjatuh, abah setia menemaniku. Abah berjalan perlahan-lahan bersama aku 

Aku diam. tiada sepatah kata pun yang keluar dari bibirku. Hanya kedengaran lagu yang berkumandang di corong radio kereta.. Aku tiada mood langsung untuk bercakap.. Abah terus memandu, membiarkan aku melayan perasaanku seorang diri. aku tahu, abah sangat memahami aku

Sebenarnya aku sangat sedih.. Mengapa setiap tahun 'dia' pasti datang, bila 'dia 'datang mesti memberi kesan yang teruk pada diri aku. Aku tak dapat berjalan dengan baik, aku tak dapat menggengam, jari-jari aku membengkak.. Sehinggakan aku tak dapat nak pegang pensil pun! Tahun ini dia menyerang sendi-sendiku..

Oh tuhan... hanya engkau yang maha mengetahui apa yang kurasa. Kuatkah aku...

xxxx 

"Adik.. doktor cakap apa hari ni..?" mama bertanya sambil membantu aku duduk 

Aku diam

"Sle adik aktif balik.. Dr. Jimmy naikkan dos steroid.." beritahu abah kepada mama

"Nampaknya moon face lagi la adik..." abah tambah lagi sambil mencubit pipiku yang sudah sedia tembam kesan steroid .. abah senyum.

Aku diam lagi. Kata-kata abah tak menarik minat aku. Aku sebenarnya tak suka dengan kesan ubat yang akan terjadi nanti, aku benci. Bila steroid bertambah, muka yang sedia tembam akan bertambah tembam dan badan pula cepat penat.

"Takpelah..moon face pun comel.." mama berkata sambil senyum. Aku tahu sebenarnya mama mahu memberikan semangat pada aku. Aku tersenyum pahit, perlahan-lahan bangun menuju ke bilik menahan sakit

Tiba-tiba abah datang dan terus mengangkat aku masuk ke bilik.walaupun aku tak mahu, abah mendukung aku dan meletakkan aku perlahan-lahan atas katil.

"Terima kasih abah" aku senyum lagi... Itulah abah, abah memang banyak membantu aku.

"Adik rehat ya.. abah nak cakap dengan ma" pintu ditutup perlahan. Aku mengeluh.. bukan mengeluh disebabkan sakit ini, tetapi mengeluh sebab terpaksa menyusahkan abah dan ma.

Abah terpaksa mengangkat aku, mama mengambil alih tugas membuat dialisis aku sehinggalah sle terkawal. Aku menyusahkan mereka. Hurmm..


.............






...p/s : 'dia' datang tiba-tiba


You Might Also Like

12 comments:

  1. sedihnye

    deno kene kuat

    abah deno mmg baik

    sedih bace

    tak rase ape y deno lalui

    tp percayalah stiap org ade bhgian msing2

    Allah sayang Deno yang pasti...tabah!

    ReplyDelete
  2. Saya dikurniakan kesihatan dan keselamatan. Saya tak pernah masuk hospital. Sakit pun cuma demam.

    Tapi, saya pernah tak menghargai nikmat ni. Dan hidup kamu, buat saya rasa memang saya tak bersyukur.

    Kamu memang insan terpilih. Deno, bersemangat ye?

    ReplyDelete
  3. kuatkan semangt deno :)
    insyaAllah,ALLAH tau apa yg terbaik untuk deno.

    ReplyDelete
  4. yang tabah deno..semoga cepat sembuh..:)

    ReplyDelete
  5. bertabah yer dik
    beruntung sbb ada yg menyayangi

    ReplyDelete
  6. Semoga kamu tabah dan sabar dalam menghadapi ujian Allah ini...

    ReplyDelete
  7. ya Allah sedihnya.. T_T

    sis...
    sis memang seorang yang kuat.
    juga mak and ayah sis..sis bertuah dapat mak dan ayah yang selalu ada disisi..T_T

    kesan ubat steroid memang tak best terutama yang dose dia banyak.
    dulu saya pun pernah ambil dose ubat steroid yang tinggi..:'(

    ReplyDelete
  8. agak tersentuh dengan cerita awak nih , serius ! , awak ada family yang sangat2 caring ,

    tabahkan hati ek ..

    hurmm , nak baca entri lain plak ,,

    ReplyDelete
  9. - sedeh cerita deno niy. deno msti TABAH dan byk berdoa kpdNYA.
    - Allah sentiasa ada dgn hambanya.dan dugaan yg dtg menghampiri tanda kasih sayangnye kpd kita.

    salam ukhuwah dan salam sayang ^^

    ReplyDelete
  10. Saya pon ada sakit mcm deno...dkt 3,4 bulan x blh jln..rasa x berguna dan nyusahkn semua orang...alhamdullilah bila dh detect sakit vakulitis bru mkn ubat ada 12 bjik..skrg bru blh jln pln2..saya pon nk kuat mcm deno..pnt menangis...redha lebuih baik kan.. :)

    ReplyDelete
  11. tcare deno. u are the chosen one. Allah is there for you in every breath u breath. stay strong and have a wonderful life ahead.. we all loves u.

    ReplyDelete