Kenangan Itu # 2 - Dayang Deno

5.2.12

Kenangan Itu # 2

2011

ICU, HSNZ


Aneh.. Sangat aneh..

Aku tak tahu di mana aku berada. 

Aku mahu bercakap tetapi tidak berdaya, aku tidak dapat bercakap, mengapa.. Tekakku terasa amat perit, pedih.. Rasa yang aku tak dapat ungkapkan.. Apa yang hanya aku nampak adalah orang asing yang berpakaian serba putih, aku tak kenal mereka. Siapakah mereka? Aku bingung.. Aku diserang perasaan takut

Di mana ma dan abah?

Tiba-tiba datang seorang perempuan yang tidak aku kenal. dia senyum padaku.. "Dayang.. dah sedar adik ni.. sebentar saya panggil mak dan ayah kamu ya"

Sedar? apa maksud dia? aku tak faham. 

Tapi aku anggukkan sahaja kerna aku tidak dapat bercakap. Aku rasa seperti ada sesuatu yang menghalang aku daripada bersuara.. Entah, aku tak tahu..


 xxxx


Mama dan abah datang.. Mereka senyum tetapi pada riak wajah mereka kulihat ada kesedihan di situ.. Ada titis jernih mengalir dari mata mamaku, mengapa..

"Adik, ma datang ni.. ingat ma tak?"

Aku mengangguk lemah.. Aku lihat abah,  abah hanya tersenyum, mama pula datang dekat kepadaku sambil mencium dan mengusap kepalaku. Abah juga datang sambil mencium aku berulang kali.. Allahuakhbar.. mengapa dengan aku?

"Ahh ahh" aku cuba bersuara.

Jangan adik, adik tak boleh bercakap... ada tiub oksigen adik.."
"Adik, adik kat icu... Adik tak sedar dua hari.." tambah mama lagi.

Baru aku tahu... aku berada di icu. Aku tak dapat bercakap,kerana tiub di dalam mulut.. Tiub membolehkan aku bernafas, tiub membantu aku bernafas

Aku pandang kiri dan kanan, kulihat banyak jarum.. Wayar-wayar ubat berselirat, badanku dipenuhi wayar.. Ya Allah, kenapa dengan aku?

"Adik.. semalam ma abah ada kat sini tapi adik belum sedar"
"Kaklong, kakngah, kak Obi, kak Ana.. semua balik"
"Nanti semua datang tengok adik.. adik jangan risau ya"

Aku mengangguk sahaja, sebagai isyarat dan tanda faham.. Aku sedih, aku tak dapat bercakap, aku juga tak dapat bangun.. Kalau boleh, aku nak peluk erat mama dan abah. Aku takut! Sungguh, aku rasa sangat takut..


xxxxxx


"Pakcik makcik, dah sampai masa untuk ubat.. Pakcik makcik keluar dulu nanti pakcik dan makcik masuk kembali ya..." datang seorang kakak lengkap berbaju biru.. 

"Adik.. Abah, ma keluar dulu ya.. Adik jangan takut, Allah ada jaga adik, nurse ada, abah dan mama pun ada. Adik kuat, abah tahu adik kuat.. adik rehat ya..." abah mencium aku dan berlalu pergi bersama-sama ma

"Ahh ahh..." sekali lagi aku cuba untuk bercakap. Aku tak mahu mama dan abah pergi. aku mahu mereka di sisi aku, aku nak mereka menemani aku.

Aku takut. air mata aku mengalir laju, tapi apa dayaku.. Aku lemah... Aku hanya mampu melihat mereka berdua berlalu pergi ...



7 comments:

  1. Oh Deno,berat mata memandang,berat lagi hati memikul...Deno sungguh kuat

    ReplyDelete
  2. sis deno,
    i dont have any words..
    *bighugforyou*
    T_T
    u really inspired me alot..:')

    ReplyDelete
  3. stuju ngn komen atas ni

    deno sumber inspirase kami

    walaupun sakit iffah cume seketika

    tp y mnnggung bertahun mcm deno lg derita

    nak nasihat rse xlayak

    tpi sama2 kite jd wanita tabah ye deno

    ReplyDelete
  4. sebak baca.
    deno selalu masuk hosp mana?

    ReplyDelete
  5. only 1 word...Proud..!!
    i'm very proud of u deno..

    ReplyDelete
  6. Ya Allah , agak tersentuh dengan entri awak ..

    hermm , nak baca yang lain plak ..

    ReplyDelete
  7. ~terdiam baca kenangan2 awk..:(

    p/s:Semoga awk bertambah tabah yer..

    ReplyDelete