Hospital Lagi - Dayang Deno

1.3.12

Hospital Lagi



 
google

Hari nie 'dating' lagi dengan doc.. awal2 pagi dah bersiap ke hospital. sampai je kat hospital terus masuk bilik capd buat dressing.. sebelum jumpa doc, wajib dressing dulu! nurse nak tengok bersih ke tak tiub kita, lepas tu nurse akan report kat doc. alhamdulillah, deno punya bersih dan cantik nurse cakap.. hehe...

ramai patient. sampai nak duduk pun takde tempat tadi.. nasib baik ada sorang pakcik tu dia bangun untuk beri deno duduk. baik betul pakcik tu, deno cakap takpe la... ya la kan, dia dah tua beri kita yang muda nie duduk.. tapi pakcik tu pulak suruh deno duduk juga.. apa boleh buat, duduk je lah... terima kasih pakcik!
 
doc cakap result darah deno okey just HB (sel darah merah) rendah sangat. HB deno 7.01. Sepatutnya orang normal 10 ke atas.. patut la pucat je deno bulan nie.. kurang darah rupanya. doc minta supaya jangan lupa inject ubat recormon tu. kalau HB rendah lagi, mungkin kena admit wad untuk masuk darah... ok. baik doc! tak nak duk wad nie... paling tak suka!! :p

alhamdulillah so far my sle still tidur... baguslah en sle tu tidur, tak larat makan ubat banyak-banyak kalau dia datang...:)



p/s: akan ke johor tomorrow morning for SLE Forum.. :)

 

3 comments:

  1. Yang tua dihormati,
    yg muda disayangi!
    Pak cik tu syg Deno hehe :D
    Moga Deno sihat selalu ea! :D

    ReplyDelete
  2. hai deno..lama x jengah2 blog ni..tetiba je teringat kamu..moga dlam keadaan yang baik ye :)

    ReplyDelete