SLE vs SPM - Dayang Deno

22.3.12

SLE vs SPM



Hari ini keputusan spm 2011 dah keluar, mesti adik-adik dah ambil result kan? Tahniah untuk adik-adik semua!

Tidak lupa juga tahniah buat my cousin, Iffah yang dapat straigt A's dengan cemerlang! Belum dapat jumpa Iffah coz Iffah sekarang kat STF, Johor. Semoga Iffah dapat ke Jepun continue study seperti impian Iffah selama ini.. amin! :)

Image result for student tumblr"

Bercakap tentang SPM,  terkenang kembali.. Terlalu banyak  kenangan dan dugaan yang terpaksa ditempuhi.

Di sekolah, deno bukanlah pelajar yang top, tidaklah bijak, biasa-biasa sahaja. Deno hanyalah seorang pelajar biasa yang ke sekolah untuk menuntut ilmu. Cuma bezanya deno mengidap SLE, melakukan rawatan dialisis setiap hari dan selalu skip kelas sebab sakit. 

Alhamdulillah selepas UPSR, deno dapat belajar di SMK Sultan Sulaiman. Orang Terengganu tentu kenal kan, sekolah ni hanya disebut SS. Kat sekolah, deno tak ramai kawan. Boleh dibilang dengan jari sahaja. Tak percaya? Betul! Yang rapat dengan deno hanyalah Ayu, Madie, Lina dan Adzian. Hanya kawan rapat yang faham sakit deno ini.

Deno selalu tak ke sekolah sebab sakit, tak dapat ke kelas. Mungkin sebab itulah tak ramai kawan.

SLE atau Lupus. Orang tak tahu  pun apa itu SLE, dengar pun tak pernah. Orang hairan, mereka akan rasa pelik bila sebut SLE. 

Susahnya bila orang tak faham. Explain banyak mana pun, orang tak akan faham. Bila dengar pelik sikit, sakit ini dikatakan terkena sihir, terkena "buatan orang".

Ya, mereka takkan faham.

Deno selalu sakit. Pelajar yang bersaiz kecil ini selalu sakit, admitted to hospita. Orang yang tak faham suka mengejek, suka bercakap bila deno ponteng kelas. Takpelah..

Waktu mula-mula Form 1, agak susah nak cakap pada cikgu dan kawan-kawan tentang masalah kesihatan deno, nak beritahu deno sakit sebab secara luarannya nampak sihat, nampak biasa, boleh berjalan, boleh senyum sama seperti orang lain. Susah orang nak percaya kan? Tapi realitinya, derita sakit ini Allah sahaja yang tahu..

Masih deno ingat sewaktu Form 2, deno fail satu subjek dalam exam. Deno banyak ketinggalan, tak dapat nak fokus sebab sakit. Cikgu tu marah, tengking deno depan kawan-kawan sampai deno menangis. Sedih sangat, tak pernah deno rasa malu macam tu. Rasa terhina sangat. 

Bukan deno taknak belajar..

Sewaktu Form 3 pula, SLE selalu sahaja flare. Tak dapat nak fokus belajar pun, masa banyak dihabiskan di hospital. Macam biasalah, hospital dah jadi rumah kedua. Seperti tahun-tahun sebelumnya, SLE flare. 

Bila dia 'menyerang', faham-faham sahajalah 

Nak berjalan pun tak boleh, apa saja pergerakan deno rasa sakit, cuba korang bayangkan macam mana nak bergerak. Semua sendi sakit, nak pegang pensil pun sakit... semua sakit.

Setiap kali nak bergerak abah akan dukung, nasib baik deno berbadan kecil. Kalau di wad, ma pula ambil alih tugas menjaga deno.

Memang tak dapat nak lari dari kenyataan ini, hospital ibarat rumah.

Tamat sahaja Form 3, deno terus masuk Form 4. Deno tak ambil PMR. Deno dapat pengecualian khas daripada Kementerian Pelajaran. Doctr pakar ada buatkan surat khas sebab comdition deno yang sangat teruk pada tahun tu. Alhamdulillah tak lama kemudian deno makin sihat.

Sewaktu mula-mula naik Form 4, sebenarnya deno baru keluar hospital. Deno masuk kelas aliran perkaunan. Kawan-kawan dah mula belajar, tapi deno masuk kelas lewat sebulan. Sedih sangat masa tu sebab ketinggalan, kawan-kawan dah ke depan.. Stress sebab tak tahu apa-apa pun.

Deno ingat lagi banyak fail dalam exam. Selalu menangis sebab deno rasa deno memang akan gagal dalam pelajaran, deno rasa akan gagal dalam hidup... Sedih.

Tapi alhamdulillah, deno stabil. Bila kesihatan bertambah baik, deno dapat hadir kelas dan secara tak langsung ada improvement dalam pelajaran. Sehinggalah suatu hari ada seorang student baru yang akhirnya menjadi sahabat deno sampai sekarang.

Ya.. itulah ayu. Sahabat dunia akhirat deno. Ayu banyak membantu deno dan dia sangat memahami deno :')

Akhir tahun Form 4, SLE 'menyerang' lagi. Tapi mujurlah tidak "seganas" dulu. Doctor hanya tambah dos steroid dan ubat- ubatan lain. Deno stress lagi, kesan ubat pada deno buat deno stress. Badan deno cepat penat , letih dan lesu ... Nak study pun tak larat.

Sehinggalah tiba tahun SPM, peperiksaan besar.

Tahun SPM, banyak juga deno ketinggalan. Sejujurnya deno takut sangat, deno takut dengan keputusan SPM nanti. Deno takut akan mengecewakan ma dan abah.

Ma: "tak ada A pun takpe adik, janji adik dah usaha. ma cuma nak satu, ma nak adik sihat"

Abah: "abah nak adik sihat.. kuat.. taknak sakit-sakit dah"

Walaupun ma abah cakap macam tu, deno nak yang terbaik sebab abah ma banyak berkorban untuk deno. Bila deno sakit lagi banyak kesusahan yang ma abah lalui.

Kaklong: "you strong girl! adik, never give up!"

Kakngah: "ubat jangan lupa...!"

Kak obi: "adik nak makan apa, meh kak obi masak... cakap je..."

Kak ana: "jom kak ana ajar akaun"


Itulah semangat-semangat deno..  ma, abah, kaklong, kakngah, kak obie, kak ana

xxxxx 

Alhamdulillah deno dapat 4A dan semua lulus. Walaupun tidak secemerlang seperti kawan-kawan yang lain, deno rasa syukur sangat Allah bantu deno, Allah memakbulkan doa deno..

Terukir senyuman di wajah ma dan abah.

Deno sebenarnya tak sangka keputusan SPM deno baik, alhamdulillah semua ini dengan kuasa dan izin Allah. Tanpa izinNya, deno tak mungkin di sini hari ini. Berkat doa ma abah, seluruh keluarga serta sahabat yang banyak membantu alhamdulillah deno kuat dalam mengharungi dugaan ini, alhamdulillah.

Semua yang berlaku deno percaya ada hikmah, hidup bersama SLE ni buat deno lebih dekat dengan-Nya dan keluarga deno.

Buat sahabat di luar sana, andai dugaan yang maha hebat melanda, janganlah cepat berputus asa kerana setiap dugaan dalam hidup kita punya hikmah di sebaliknya.

Allah itu Maha Penyayang, Dia tidak akan menguji hambaNya di luar kemampuan hambaNya. Redha di samping usaha, doa, tawakkal. Inshaa Allah :)



p/s : rindu ayu



9 comments:

  1. kak deno!
    result kita hampir semua sama! :DD

    i'm so proud of you kak deno, i can understand ur feeling back then, sebab kita serupa, pernah kena marah dengan cikgu sebab selalu ponteng, padahal kita bagi surat doktor kan?

    kak deno, hope kak deno dapat achieve dream kak deno and belajar dengan baik..:)
    u still have a bright future waiting for u sis! :D

    ReplyDelete
  2. Terharu bace cite awak... harap awak x putus asa dalam kehidupan. yang perlu kita teroskan je hidup ni... berdoa kpd allah selalu ye..pedulikan ape orang nak kate. just amik yang jernih buang yg keroh oke.. :)

    ReplyDelete
  3. Wow your result is great!
    Allah itu Maha Kaya :)
    I admire your spirit to continue life!
    Tak patut cikgu tu marah Sis Deno,bukannya Sis Deno sengaja ponteng skolah! Geram plak kt cikgu tu.

    ReplyDelete
  4. Sebak saya baca. Saya terharu sebab Dayang ingat saya sampai sekarang. Saya happy dapat kawan macam dayang kat sekolah. Saya suka semangat Dayang masa sekolah. Sangat kuat.

    Saya kagum dayang rajin study. Ur result much better than me. So respect that dear. Congrats.

    Thanks ada dengan saya time susah dan senang. Terima kasih sebab teman saya belajar, buat kerja sama-sama, tuisyen sama-sama. Ingat lagi, saat saya nak nangis, dayang teman kat tepi tangga. Hahaha. Tak tahu la dayang ingat ke tak.

    Saya akan selalu bersama dayang. Sayang dayang sangat-sangat.

    ReplyDelete
  5. Demi Allah, i miss you too! InsyaAllah, jika diberi kesempatan, saya akan cuba berusaha jumpa awak. Wait for me. Muah!

    ReplyDelete
  6. Your life is like mine...sy de sle since 1987 sehingga skrg..ape yg deno rse sy dah rse...mesin apd,capd msuk kua ward tu biase...skrg on dialisis darah jer...org mcm kite mmg kna kuat smgt,jgn stress..cume sy nasib baik skit kut result agak cmerlang time sek.sampai msuk um,cume tk mampu nk abis-sakit teruk n selalu extend sem jer..huhuu

    ReplyDelete
  7. terharu cik ina baca.. sabar ye deno.. harap deno tabah dan cik ina baru dapat ilmu daru tentang sle ni..

    ReplyDelete
  8. terharu cik ina baca.. sabar ye deno.. harap deno tabah dan cik ina baru dapat ilmu daru tentang sle ni..

    ReplyDelete
  9. Deno! Nages dah kite.. Huhu.. Sedih entry nih.

    ReplyDelete