April 2012 - Dayang Deno

30.4.12

SLE
April 30, 20120 Comments




S . L . E

Systemic Lupus Erythematosus



SLE juga.....


Sensitif Lemah Emosi


Special Limited Edition





Reading Time:
Biarlah Gambar Bercerita..
Ehem Ehem
April 30, 2012 5 Comments



ehem ehem.. hari ni deno busy

terpaksa hold dulu blogging sebab siapkan tempahan tadi

bila dah beres deno pegi blog korang okeh! :)




p/s : satu lagi nak siap .. 



Reading Time:

29.4.12

My Art Collection :)
April 29, 2012 12 Comments



this is my collection.. :)


kaklong's family


kakngah's family


me with abah


adam khaleef


sarah aina


my genius cousins


sis hanna with me


my family supprt me!


my bestfriend forever! candy :)


ryrul with her bestfriend


kak lydia blogger awesome!


maisara buah hati kak diana yang comel!!


klik untuk lebih jelas :)



p/s : sekarang deno telah buka tempahan! jika berminat boleh pm ke fB Dayang Deno okeh :)


Reading Time:
SEGMEN : Up Follower Bulan April

28.4.12

Apa Nak Jadi...
April 28, 2012 13 Comments




tiada lagi perhimpunan aman

perhimpuanan semakin ganas


inikah dikatakan BERSIH?




p/s : apa nak jadi rakyat malaysia kini? masih tidak bersyukur dilahirkan di negara yang aman dan merdeka.. kalau rasa tidak aman di sini, berhijrahlah ke negara lain.. belajarlah rasa bersukur dengan nikmat yang allah kurniakan kepada kita di malaysia ini.....





Reading Time:
BERSIH.. Bersih sangat ke?
April 28, 2012 5 Comments



BERSIH.. hmm.. bersih sangat KE?
dah la membazir masa, buang tenaga lagi..
menyusahkan orang ramai pulak nanti
orang islam sendiri buat perkara yang islam tak suka...
inilah orang kita.......



baik BERSIH bilik
BERSIH halaman rumah
BERSIH bilik air
BERSIHkan badan  
BERSIHkan hati yang kotor
BERSIHkan dosa tu dengan beribadat!


ada jugak faedahnya
fikirlah sendiri!




p/s : ramai orang susah esok kerana BERSIH tu... BERSIH laaaa sangat....!! 



Reading Time:
SLE Boleh Menjejaskan Organ-Organ Dalam Tubuh
April 28, 2012 4 Comments

rama-rama ialah simbol SLE

Deno ingin berkongsi lagi tentang SLE dengan kawan-kawan semua.. Bagi korang yang terlepas info SLE daripada deno, korang boleh ke tab menu blog dayangdeno:)

Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui.


SLE juga boleh menjejaskan organ-organ dalam tubuh seperti berikut :-



Buah pinggang - deno
Keradangan buah pinggang (nephritis) mengurangkan keupayaan membuang bahan sisa toksin dalam air kencing. Pesakit yang mengalami gangguan buah pinggang biasanya tidak merasa sakit. Mereka mungkin hanya mengalami bengkak kaki. Ujian air kencing dan ujian darah boleh menunjukkan samada buah pinggang terjejas atau tidak. Untuk mengelak dari kerosakkan yang berlanjutan kepada buah pinggang rawatan ubat-ubatan yang intensif perlu diberi segera untuk mengekalkan fungsi buah pinggang.
Paru-paru - deno
Sebilangan pesakit SLE mendapat pleuritis, iaitu keradangan lapisan paru-paru yang menyebabkan sakit dada atau sakit dada yang terasa semasa menarik nafas. Pesakit juga boleh mendapat kuman dalam paru-paru (pneumonia).
Sistem saraf - deno
SLE boleh menjejaskan otak atau saraf. Pesakit akan mengadu sakit kepala, pening, cepat lupa, kabur penglihatan, sawan, strok, atau perubahan kelakuan.
Saluran darah
Keradangan saluran darah (vaskulitis) boleh melibatkan terganggunya pengaliran darah ke seluruh tubuh. Vaskulitis yang sederhana mungkin tidak memerlukan rawatan, tetapi sebaliknya vaskulitis yang teruk memerlukan rawatan segera.
Darah - deno
Pesakit SLE mungkin mendapat kekurangan darah, kekurangan bilangan sel darah putih atau kekurangan bilangan platelet. Fungsi platelet dalam darah ialah membantu pembekuan. Sebilangan kecil pesakit SLE juga akan berisiko tinggi mengalami masalah perdarahan di mana darah cepat membeku.
Jantung - deno
Pesakit SLE boleh mengalami sakit jantung iaitu keradangan pada tiga lapisan jantung: “perikaditis”, keradangan lapisan luar; “myokarditis”, keradangan bahagian tengah; dan “endokarditis”, keradangan bahagian dalam. Pesakit akan merasa sakit dada atau juga gejala lain. Pesakit SLE juga berisiko tinggi mendapat “arteriosclerosis” (pembuluh darah yang keras).


SLE sangat bahaya jika tidak dirawat dan boleh mengancam nyawa. Oleh itu, semua pesakit SLE disarankan mendapatkan rawatan di hospital yang mempunyai pakar SLE ......

Reading Time:

27.4.12

SPONTAN BERSAMA BEN ASHAARI
April 27, 2012 45 Comments




Selamat malam semua :)


BEN ASHAARI


kawan-kawan rasa BEST ke TAK BEST blog deno?

jujur ya.. deno tak marah... :)



p/s : buat capd jap.. hari nie nak buat manual :)




Reading Time:
Facebook Berwarna-Warni ^^
April 27, 2012 10 Comments



tadi seronok blogwalking
tiba-tiba terjumpa entry tutorial facebook berwarna-warni
jadi deno cuba dan tak sangka menjadi pulak!

deno pilih hello kitty yang memang deno minat :)



klik untuk lebih jelas


banyak lagi pilihan boleh buat

kalau korang nak cuba buat boleh tekan SINI :)




p/s : comel juga facebook yang berwarna kan? :)




Reading Time:
Untuk Kebaikan
April 27, 2012 11 Comments


Bagi semua student diploma UiTM, semua pasti dah dapat result masing-masing hari ni kan? begitu juga deno.. alhamdulillah.. deno bersyukur sangat-sangat semua subjek deno amik lulus dengan baik.. terima kasih allah..  :)



deno pun terkejut dengan result kali ni sebab memang deno tak expect ia meningkat.. rasa macam tak percaya sebab deno banyak tak pergi kelas, banyak MC... ini semua pertolongan daripada allah.. deno bersyukur sangat :)

deno ada satu semester lagi untuk 3 subjek.. sepatutnya memang deno dah tamat sem 6 ni, tapi my lecturer iaitu my PA, puan noreena minta deno tangguhkan satu semester lagi untuk 3 subjek tu.. deno memang ingin habiskan semua 7 subjek untuk sem ini tapi pn noreena bimbang deno sakit jika kuat sangat belajar.. deno terima cadangan puan noreena sebab deno pun bimbang jika sle aktif kembali macam semester-semester lepas..

sedih tu memang sedih sebab tak tamat lagi tapi itu juga untuk kebaikan deno.. deno kena terima.. tak mengapa la.. semester depan dah akhir... deno harap dapat menamatkan diploma deno dengan baik semester depan dan tak sakit lagi.. insyaallah... :')



p/s : tahniah untuk semua warga student Diploma in UiTM! :)


Reading Time:
:')
April 27, 2012 10 Comments




ya allah

alhamdulillah

terima kasih ya allah

:')



p/s : untuk semua student diploma UiTM, good luck untuk result korang! :)




Reading Time:
Dapat Jugak
April 27, 2012 2 Comments



dapat jugak makan cantonese kuey teow  malam ni

puas hati sebab sedap :)








p/s : terima kasih abah bawa deno makan tadi..  :)



Reading Time:

26.4.12

Lukis-Lukis Lagi
April 26, 2012 19 Comments


petang-petang macam ni rasa nak lukis...

lukis family kakngah la... :)


 

deno tukar jadi..



tak jadi sangat
nak kena belajar banyak lagi.. :p




p/s : komen sikit lukisan deno please... saya budak baru belajar... :)



Reading Time:
Katak Oh Katak
April 26, 2012 12 Comments
"Katak oh katak kenapa kau panggil hujan?"

Ingat tak lagu ni.. zaman budak-mudak memang femes lagu ni.. sekarang pun femes jugak.. selalu dengar anak buah nyanyi..  :)

cerita pasal katak deno share kejadian baru-baru ni yang berkaitan katak.. :p


unik katak hijau bermata merah ni kan!

satu pagi, deno nak pergi kenduri dengan ma.. hari tu macam mana la deno rasa nak pakai kasut.. memang nak cepat.. deno dah tak cek ke apa kasut tu terus pakai...

tiba-tiba deno terasa lembik-lembik.. sejuk je benda tu dalam kasut! eh.. apa pulak ni.. masa tu tak terfikir la apa-apa.. deno cuba masukkan kaki lagi.. tiba-tiba benda tu bergerak! terkejut deno, cepat-cepat deno alih kaki.. dalam hati dah fikir, eh ada katak ke?

deno tunggengkn kasut tu.. ada seekor katak kecik dalam tu! "aaaaaaaaaaa! abah tolong! katak!eiiiii geli geli!" terlompat-lompat deno sambil terjerit. sampai nak jatuh sebab terlompat-lompat, nasib baik tak terpijak katak tuh!

abah dalam rumah cepat-cepat keluar.. ingatkan deno kena apa... abah datang kat deno.."laaaaa... katak je... tu pun takut, meh abah amik.." abah terus amik katak tu.. yang geramnya abah amik katak, pastu abah nak bagi kat deno.. menjerit deno sambil berlari masuk rumah.. abah ketawa pulak kat deno! rasa nak gigit je abah masa tu.. hehe :p




p/s : kenapa perempuan geli katak.. semua orang lelaki tak geli eh? anak buah deno yg lelaki kecik tu pun tak geli katak.. korang geli katak tak?


Reading Time:

25.4.12

Love Your Parents, We Are So Busy..
HomeMade Dressing Set By Deno
April 25, 2012 11 Comments




Dressing set.

Tahu tak apa dressing set? biasanya di hospital atau klinik, nurse atau doktor akan menggunakan dressing set untuk mencuci luka atau jahitan pesakit.. dressing set yang biasa dipakai ialah seperti ini... ni yang basic la..

 
google


deno pun guna jugak dressing set ni. deno guna dua hari sekali untuk dressing tiub dialisis deno. mula-mula buat capd.. memang deno ada pakai dressing set macam gambar kat atas.. bila dah lebih setahun buat capd, deno kena buat sendiri dressing set tu... pihak hospital beri percuma barang-barang dressing... deno just buat dan hantar ke hospital untuk di"strile".. untuk anti kuman! 

haaaa.... jom tengok barang-barang yang hospital beri....

ada kertas hijau, mangkuk kecil, bola kapas, gulungan pembalut yang akan dibuat gauze dan tape hospital


STEP :

1. Ambil gulungan pembalut, tarik sikit dan ukur untuk digunting



2. Gunting ikut anggaran dan sebanyak mana untuk setiap dressing set

 


3. Selepas gunting.. lipat sehingga menjadi segi empat sama... kain pembalut ini dipanggil gauze. biasanya kalau ada luka ataupun selepas pembedahan, gauze inilah yang doktor dan nurse selalu pakai untuk cuci! deno guna untuk dressing tiub dialisis deno.. comel tak deno buat? hehe... :p

 


4. Biasanya deno buat 16 set je untuk sebulan... kan deno dressing dua hari sekali.. jadi mesti lima belas kali je sebulan kan? tengok... banyak betul kena lipat sampai lenguh pinggang!

 


5. Dah siap lipat, gunting pula kertas hijau yang besar gedabak jadi segi empat sama... tak boleh kecik sangat, besar sangat.. gunting setakat mana nak! gunting jugak yang kecik untuk jadi pemegang gauze tadi..

 


6. Then, letakkan bola kapas lima atau enam bijik dalam mangkuk kecik tu... biasanya deno letak lima je..

 


7. Lepas tu, letak pulak gauze yang dilapik kertas hijau yang deno potong kecik sket tadi.. deno ada jugak lipat kertas hijau kecik.. nampak tak yang atas gauze tu? itu deno panggil sudu, fungsinya nanti utuk ambil Bactroban iaitu sejenis krim yang deno letak betul2 kat tempat jahitan tiub...

 


8.Kemudian... bungkus mangkuk kecil menggunakan kertas hijau bawah mangkuk kecil tu... lipat-lipat dan bungkus macam bungkus burger tu.. senang sangat! hasil dia macam ni la... tada!!!!


Ha... macam burger tak? hehe.. last sekali, deno letak tape yang hospital bagi.. atas tape tu deno kena tulis pulak :

T/A - tarikh autoclave atau masak ( tarikh hari ni -24/4/2012 )
T/L - tarikh luput (s etahun lepas tarikh kat atas-24/4/2013 )
Dayang Norhidayah

itu bukan sebarangan tape tau.. ia ada macam belang-belang samar.. nampak tak kat tape tu? fungsi belang tu, bila dah sterile (anti kuman) kan, belang samar-samar tu akan jadi belang hitam! itu tandanya semua barang dalam tu dah sterile! takde kuman! dijamin tanpa was-was! laser digunakan... canggih betul!




p/s : deno dah hantar tengahari tadi kat hospital untuk di"sterile"kan.. next week deno amik la balik... setiap bulan memang kena buat! kadang-kaang bosan jugak, dah 11 tahun buat perkara serupa.. ish3.. :p




Reading Time:

24.4.12

Pengomen Terhebat Blog DayangDeno
April 24, 2012 7 Comments



pengomen terbanyak dan terhebat blog DayangDeno ialah


(^_^)





terima kasih akak selalu datang blog deno... time deno sakit tenat akak pun doakan deno.. akak ajak kawan2 blogger doakan deno.. hanya allah dapat balas jasa akak... terima kasih akak! 

jom ramai-ramai kita pergi blog kak lydia! :)




p/s : baby syafiq kak lydia makin besar dan sihat! comel! :)


Reading Time:
Makan Malam-Malam
April 24, 2012 13 Comments
Malam nie deno lewat buat ccpd.. biasa pukul 11pm dah buat tapi malam ni lewat sebab makan! hehehe... tiba-tiba rasa lapar..

deno : laparnya.... ada biskut tak ni.. (sambil bukak tin biskut)

ma : hah.. adik lapar?

deno : emm... lapar jugak.. sikit je...

ma : la.. sian pulak adik.. adik nak makan apa.. nak ma buat jemput-jemput?

deno : eh, ma nak tolong buat ke.. boleh jugak.. heeeee.. jemput-jemput bawang la ma.. best sket!

ma : okeh, ma buat jap.. adik tunggu eh..

deno : yeay! tenkiu ma!

hehe... terima kasih ma! ma sanggup buat walaupun memang dah time ma tido... akhirnya dapat la juga deno mengisi perut yang lapar tengah malam nie... makan jemput-jemput bawang cicah sos cili meggi..! :)






p/s : makan malam-malam! :p



Reading Time:
Si Adam Khaleef
April 24, 2012 5 Comments



Satu hari tak blogging sebab kena jaga anak buah..  hari ni adam tinggal kat rumah deno.. si adam khaleef kalau tak ke rumah pengasuh, cikcu inilah yang kena main dan menjaga dia.. dia taknak orang lain, memang rapat betul dengan deno... huhu :p

 adam khaleef^^

penat tau kalau jaga budak kecik nie, lebih-lebih lagi budak lelaki.... phewww... boleh jadi takde suara sebab menjerit.. haha.. biasa la budak lelaki ni, panjat situ panjat sini, berlari.. banyak betul bermain.. siap bergusti dengan cikcu ni... tapi macam biasa la, mesti cikcu yang menang! harharhar!

penat memang penat tapi seronok sebenarnya.. deno dah la takde adik.. anak buah la jadi penghibur hati... nasib baik ada sorang kat terengganu, dua lagi kat johor... rindu! akhir bulan lima nanti kaklong balik.. yippi!!





p/s : birthday adam khaleef next week!!! :)




Reading Time:

23.4.12

PENAT
April 23, 2012 14 Comments



hari ni sangat busy dan penat

selamat malam


 



p/s : penatnyaaaa....... bye!



Reading Time:

22.4.12

Dinner For Tonight
April 22, 2012 14 Comments
dah lama deno mengidam nak makan ni

awal-awal dah cakap kat ma

deno : ma, rasa nak makan lasagna.. lama tak makan 

ma : ok, siap la.. kita pergi..

deno : yeay!!!

malam nie just makan lasagna seafood kegemaran deno... heeee :)







p/s : jarang-jarang makan apa salahnya kan..?




Reading Time:
..........
April 22, 2012 5 Comments


 


pelbagai kisah suka dan duka.....

pengalaman mengajar erti bersyukur..

sesungguhnya kesakitan itu memberi aku kekuatan, menagajar aku erti kasabaran dan ketabahan

tidak pernah kulupa jasa kedua orang tuaku

yang tidak pernah merungut dan jemu menjaga aku

bersengkang mata menjagaku

apabila aku tiada upaya berjalan dan lemah... abahlah orang yang mendukung aku..

apabila aku kecewa dan putus harapn... ma memberi aku harapan dan kekuatan

sokongan yang tidak pernah putus darpada kakak-kakak kesayanganku..

sesungguhnya aku bersyukur dikurniakan keluarga yang sangat menyayangi diriku...






p/s : kadang2 hati diselubungi rasa pilu yang tak tahu sebab




Reading Time:

21.4.12

When Teacher Says....
Gejala-Gejala SLE
April 21, 2012 12 Comments

Sebelum ini deno ada berkongsi tentang SLE dan Buah Pinggang.. Kali ni deno nak berkongsi tentang gejala-gejala atau tanda-tanda SLE pula. Semua ini tak boleh dipandang ringan sebab adakalanya kita rasa sakit kita ialah sakit biasa sahaja, tapi sebenarnya ia adalah SLE.

Jom baca tentang gejala-gejala sle :


- Ruam merah atau perubahan warna pada muka. Biasanya berbentuk rama-rama pada hidung dan - - Mata terutama yang selalu terdedah kepada matahari. tanda-tanda deno
- Sendi, muka, kaki membengkak dan sakit. tanda-tanda deno
- Demam tanpa sebab dan berpanjangan. tanda-tanda deno
- Sakit dada ketika menarik nafas panjang.
- Kelenjar menjadi bengkak.
- keletihan yang berlebihan. tanda-tanda deno
- Keguguran rambut yang luar biasa (terutama di atas kepala).
- Jari tangan atau kaki menjadi pucat atau berwarna ungu kerana kesejukan atau tekanan.
- Sensitif terhadap matahari. tanda-tanda deno
- Sel darah rendah.Kemurungan, sukar menumpukan perhatian atau masalah ingatan.
- Ulser mulut.
- Berat badan turun mendadak tanda-tanda deno
- Sawan tanpa sebab.
- Masalah mental.
- Keguguran yang kerap.
- Masalah buah pinggang.



Related image

**Jika gejala-gejala di atas berterusan dan tiada tanda untuk sembuh.. segeralah berjumpa doktor ya untuk mengelakkan ia lebih teruk :)




p/s : jangan pandang ringan ya ~
Reading Time:
Hospitalis Restaurant, Riga
April 21, 2012 3 Comments

Restoran yang unik!



 


 


 

 

 

 
sumber : google



p/s : tak mahulah makan kat restoan macam ni, nanti rasa sakit pulak sebab macam duduk wad! ;p





Reading Time: