Kenangan Itu # 9 - Dayang Deno

4.4.12

Kenangan Itu # 9




KPJ Damansara

Mac 2011


"dayang ada SLE, possibility dapat problem jantung sangat tinggi sebab badan dayang lemah, antibodi pun lemah.... "

"jantung dayang ada masalah...injap jantung dayang ada kebocoran sedikit. dayang perlu ditahan i wad" beritahu dr daud sulaiman pada aku, mama dan abah.

"memang perlu dapatkan rawatan untuk ubat, kalau kebocoran injap makin serius, kemungkinan perlu buat operation untuk ganti injap baru... so, nanti balik terengganu dayang berikan surat ini doktor dayang di sana ya..." tambah dr daud lagi.

berita itu bagaikan panahan petir yang datang kepadaku. hatiku dipukul rasa sebak, sayu, sedih.... aku terkejut. sangat terkejut!

semua persoalan yang bermain di fikiran aku selama ini telah terjawab. kesihatan aku yang merosot selama ini adalah berpunca dari masalah jantung aku. 

patutlah aku demam setiap hari, dada aku sakit sampaikan aku tak boleh baring, dada aku sakit bagaikan nak pecah! jantung aku berdegup laju dan kuat sehinggakan badan aku pun bergiyang. rupa-rupanya jantung aku bermasalah

setelah 12 tahun bersama sle, sekarang aku perlu menerima hakikat yang jantung aku bermasalah. aku rasa sangat sedih.. aku ingin menangis waktu ini juga tapi aku tahan. aku tak mahu menangis di hadapan doktor, mama dan abah. walaupun dalam hati aku, hanya tuhan tahu......

sungguh, hati aku dirobek lagi dengan berita dari doktor sebentar tadi... 


xxxx


dalam perjalanan balik dari hospital, tiada sepatah kata pun yang keluar dari bibir aku. mama dan abah pun tidak menegur aku, aku tahu mereka faham. mereka membiarkan aku melayan perasaan aku.

aku hanya memandang kosong surat dr daud. kata-kata dr daud terngiang-ngiang di telinga aku.

mataku terasa hangat kembali.. aku rasa sebak, sedih sangat... kenapa kuat sungguh dugaan tuhan pada aku... kenapa dugaan ini makin kuat.. aku tak kuat.....

perlahan-lahan kukesat air mata.. ingin ku tahan tetapi hatiku rasa begitu sebak.. mengapa aku? aku penat.. aku penat dengan sakit... kenapa mesti aku? cukuplah dengan kesakitan aku tanggung dengan SLE selama ini.. kenapa makin betambah derita aku...

sungguh hati aku rasa sungguh pilu, ingin aku menangis sepuas hati aku, ingin aku jerit sekuat hati tapi.... aku tak mahu abah dan mama risau dengan aku yang sedia tak sihat... 

Allah....

aku tak kuat, aku penat... aku tak mahu tinggal di hospital. aku tak mahu!!!aku nak jadi orang biasa.. aku nak jadi macam orang normal.. dah banyak semester aku terpaksa tangguh sebab sakit ni..

banyak perkara yang aku suka aku tak buat sebab sakit ni, semua terhalang disebabkan sle.. sekarang dengan masalah baru pula.. 

kadang-kadang aku terfikir, kenapa aku tak pergi sahaja seperti kawan-kawan aku yang lain... ramai kawan-kawanku telah pergi... kenapa aku tak pergi semudah mereka agar aku tak menanggung derita sakit ni lagi? kenapa.. kenapa?

aku tak sanggup melalui semua ini lagi..aku penat, sangat penat.. Allah...

Allahuakhbar... tak pernah aku rasa sedih macam ni dalam hidup aku


Tuhan... tolong aku.. tolong beri aku kekuatan.... T_T



p/s: terkenang kembali.. sumpah masa tu memang masa tu sedih dan rasa hopeless sangat2 



14 comments:

  1. deno..tabah ea..banyak2kan berdoa..Allah turunkan ujian buat deno sebab Allah sayang kat deno..Allah tahu deno seorang yang kuat yang bole menerima cabaran daripadaNya..Hope deno jangan lemah dan sentiasa berdoa agar memberi kekuatan pada deno ea.. Dont ever give up :)

    ReplyDelete
  2. terus kuat deno!
    kami pasti mendoa kan utk mu.

    ReplyDelete
  3. deno..sekarang deno macamana ya?dah boleh beljar balik ke?doa yang terbaik utk deno..:)

    ReplyDelete
  4. sabar k, sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa :)

    ReplyDelete
  5. deno,kuat punya.pasti boleh. :)

    caiyok deno.

    ReplyDelete
  6. sabar deno..sume 2 dugaan tuhan agar kite bertambah kuat..jangan putus ase..berdoa la pada yg esa..tabahkn hati k? :D

    ReplyDelete
  7. semoga dayag sabar dan tabah menghadapi dugaan dari Allah SWT..MKS tau dayang kuat orangnya kan =)..ingat, setiap kesakitan yang Allah berikan pada kita adalah penghapus dosa-dosa kecil kita..dan ingat, setiap yang berlaku itu ada HIKMAHNYA..percayalah..kuatkan semangat k..MKS akan doakan kesihatan dayang=)
    -MKS-

    ReplyDelete
  8. dayang..sabar ye..hidup kena tabah..tak baik minta yg bukan2..hidup mati Tuhan yg tentukan..jangan lemah semangat..setiap penyakit ada ubatnya..mmg berat mata memandang,tpi berat lgi bahu yg memikul..

    ReplyDelete
  9. Kak Deno,mmg ramai yg tak survive SLE tapi tgok Kak Deno skrang,Kak deno kuat dan dpt hidup mcm orang normal.Sebab tu Allah bg dugaan yg macam ni.Allah tahu Kak Deno dpt bertahan dan tak putus asa.Kak Deno ada semangat untuk teruskan hidup.Semangat dan doa akan tolong Kak Deno.InsyaAllah :) Allah itu Maha Menyayangi.Dan Allah tahu apa yg terbaik untuk Kak Deno.

    ReplyDelete
  10. sabar eh..doa bnyak2..mungkin ada hikmah disebalik apa yg Allah berikan

    ReplyDelete
  11. moda diberi kekuatan n ketabahan...tabahkn semangat k...

    ReplyDelete
  12. piiluu hati akk baca, usia semuda dayang dah macam2 sakit kena, subhanalllahhh sesungguhnya semua ini ujian dari allahhh,

    Be strong dear, akk tahu u willl
    bykkan berdoa dan jgn sesekali menyesali ini, hikmah itu dari dia, dia maha mengetahui apa yg dia pertaruhkan terhadap kita

    ReplyDelete
  13. SEDIHNYA BACA LUAHAN HATI DENO NI..TAK TAU NAK CAKAP APA,CUMA BYK KAN BERDOA SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALANYA

    ReplyDelete
  14. salam deno..selamat berkenalan....

    semoga deno kuat n tabah mengharungi cabaran hidup yer... kena kuatkan semangat k..jgn putus asa..akak doakan deno cepat sembuh...

    ReplyDelete