HomeMade Dressing Set By Deno - Dayang Deno

25.4.12

HomeMade Dressing Set By Deno





Dressing set.

Tahu tak apa dressing set? biasanya di hospital atau klinik, nurse atau doktor akan menggunakan dressing set untuk mencuci luka atau jahitan pesakit.. dressing set yang biasa dipakai ialah seperti ini... ni yang basic la..

 
google


deno pun guna jugak dressing set ni. deno guna dua hari sekali untuk dressing tiub dialisis deno. mula-mula buat capd.. memang deno ada pakai dressing set macam gambar kat atas.. bila dah lebih setahun buat capd, deno kena buat sendiri dressing set tu... pihak hospital beri percuma barang-barang dressing... deno just buat dan hantar ke hospital untuk di"strile".. untuk anti kuman! 

haaaa.... jom tengok barang-barang yang hospital beri....

ada kertas hijau, mangkuk kecil, bola kapas, gulungan pembalut yang akan dibuat gauze dan tape hospital


STEP :

1. Ambil gulungan pembalut, tarik sikit dan ukur untuk digunting



2. Gunting ikut anggaran dan sebanyak mana untuk setiap dressing set

 


3. Selepas gunting.. lipat sehingga menjadi segi empat sama... kain pembalut ini dipanggil gauze. biasanya kalau ada luka ataupun selepas pembedahan, gauze inilah yang doktor dan nurse selalu pakai untuk cuci! deno guna untuk dressing tiub dialisis deno.. comel tak deno buat? hehe... :p

 


4. Biasanya deno buat 16 set je untuk sebulan... kan deno dressing dua hari sekali.. jadi mesti lima belas kali je sebulan kan? tengok... banyak betul kena lipat sampai lenguh pinggang!

 


5. Dah siap lipat, gunting pula kertas hijau yang besar gedabak jadi segi empat sama... tak boleh kecik sangat, besar sangat.. gunting setakat mana nak! gunting jugak yang kecik untuk jadi pemegang gauze tadi..

 


6. Then, letakkan bola kapas lima atau enam bijik dalam mangkuk kecik tu... biasanya deno letak lima je..

 


7. Lepas tu, letak pulak gauze yang dilapik kertas hijau yang deno potong kecik sket tadi.. deno ada jugak lipat kertas hijau kecik.. nampak tak yang atas gauze tu? itu deno panggil sudu, fungsinya nanti utuk ambil Bactroban iaitu sejenis krim yang deno letak betul2 kat tempat jahitan tiub...

 


8.Kemudian... bungkus mangkuk kecil menggunakan kertas hijau bawah mangkuk kecil tu... lipat-lipat dan bungkus macam bungkus burger tu.. senang sangat! hasil dia macam ni la... tada!!!!


Ha... macam burger tak? hehe.. last sekali, deno letak tape yang hospital bagi.. atas tape tu deno kena tulis pulak :

T/A - tarikh autoclave atau masak ( tarikh hari ni -24/4/2012 )
T/L - tarikh luput (s etahun lepas tarikh kat atas-24/4/2013 )
Dayang Norhidayah

itu bukan sebarangan tape tau.. ia ada macam belang-belang samar.. nampak tak kat tape tu? fungsi belang tu, bila dah sterile (anti kuman) kan, belang samar-samar tu akan jadi belang hitam! itu tandanya semua barang dalam tu dah sterile! takde kuman! dijamin tanpa was-was! laser digunakan... canggih betul!




p/s : deno dah hantar tengahari tadi kat hospital untuk di"sterile"kan.. next week deno amik la balik... setiap bulan memang kena buat! kadang-kaang bosan jugak, dah 11 tahun buat perkara serupa.. ish3.. :p




11 comments:

  1. pnh tgk gak mak akak buat benda ni.. tp mak akak buat utk tmpat keje dia la kan..

    ReplyDelete
  2. salam, tabahnya Dino nih...semoga anda selalu kuat..ok Dino.

    ReplyDelete
  3. hye lil gorgeous sis =)

    sihat x hari ni? waa.. ni dah expert buat sndiri.. nnti leh jadik nurse or doc .. =p hehe. jgn mengeluh k.. ubat tu jgn sesekali skip fham.. satu gi ubat yg penting, senyum + ceria selalu k syg =) takecare~

    ReplyDelete
  4. salam..

    ngeri la kalau benda yang berkaitan dgn hospital ni,

    ReplyDelete
  5. look exacly like my aunty. kdg2 zera yg buatkan. dia pon saket macam deno jugak. semoga deno sihat2 slalu yaa. :)

    ReplyDelete
  6. ya allah, sampai cam tu sekali. ermm bertabahlah deno ye.

    ReplyDelete
  7. ooo. baru tau..
    leceh jgk ye. hope deno buat tu sambil senyum2 sokmo.. hehe. moga deno semakin sehat ok. =D
    sayang deno!

    ReplyDelete
  8. kamu seorang yang tabah dik...

    ReplyDelete
  9. Jage tiub tu elok2..jgn ampai kna jgkitan kuman...dressing selalu buat btul2 bersih2...take care yer :)

    ReplyDelete