SLE

SLE & Buah Pinggang

April 11, 2012,23 Comments


Tahu tak apa itu SLE? Klik sini!

Bila korang dah baca sini, tentu dah tahu apa itu SLE. SLE boleh menyerang organ-organ seperti kulit, jantung, paru-paru, buah pinggang, sendi atau saraf.

SLE telah merosakkan kedua-dua buah pinggang deno dan deno terpaksa melakukan rawatan dialisis setiap hari. SLE dan buah pinggang!

JOM BACA! :)

Image result for kidney

Buah pinggang mempunyai fungsi berikut:

** Menapis darah dan membuang bahan toksik.
** Mengimbangkan elektrolit dan pH dalam darah.
** Mengawal tekanan darah.
** Menukarkan Vitamin D kepada bentuk yang lebih aktif.
** Membantu pengeluaran sel darah merah dalam sumsum tulang.

Lupus Nefritis

Apabila Sistemik Lupus Erithematosus (SLE) melibatkan buah pinggang, fungsinya akan terjejas. Walaubagaimana pun, buah pinggang mempunyai simpanan fungsi yang banyak. Oleh yang demikian, tidak terdapat tanda-tanda awal penyakit buah pinggang sehinggalah ianya sudah terlewat.

Jumlah pesakit SLE yang buah pinggangnya terjejas mungkin di antara 50% hingga 80%. Dalam kebanyakan kes, penglibatan buah pinggang agak sederhana dan biasanya tidak merupakan masalah yang besar. 

Walaubagaimanapun ia mungkin merupakan masalah yang serius bagi sesetengah pesakit. Dengan kemajuan bidang perubatan dalam masa 30 hingga 40 tahun kebelakangan ini, ianya dapat mengubah masa depan pesakit lupus yang serius. Pada zaman sekarang, dengan rawatan yang betul, ramai pesakit yang menghidap lupus nefritis yang serius boleh menjalani kehidupan sihat dan normal.

Lupus nefritis terjadi apabila terdapat pemendapan protein (kompleks imun) pada alat penyaring buah pinggang serta keradangan saluran darah yang mengalir ke buah pinggang. Ini akan menyebabkan terdapat sel darah merah dan protein dalam air kencing, tekanan darah naik, dan, dalam kes-kes yang serius, keluaran buangan kimia yang biasanya dibuang bersama air kencing akan berkumpul dalam darah.

Penglibatan buah pinggang dalam SLE tidak ketara. Pesakit tidak akan mengalami apa-apa gejala sehinggalah kerosakan telah berlaku. Pada ketika itulah pesakit akan mengadu berat badan mereka bertambah dan terdapat kebengkakan terutamanya pada kaki. Doktor mengistilahkan ini sebagai oedema atau sindrom nefritik. Ianya merupakan gejala yang lazim terdapat jika buah pinggang terjejas. 

Komplikasi yang amat ditakuti ialah kegagalan buah pinggang tetapi mujurlah keadaan ini jarang berlaku. Apabila buah pinggang gagal untuk berfungsi, pesakit akan mengadu keletihan, hilang selera makan, loya, dan muntah. Jika tidak dirawat, masalah status mental, sawan, atau masalah-masalah lain mungkin berlaku.

Memantau Fungsi Buah Pinggang

Langkah yang penting ialah pengesanan penglibatan buah pinggang dalam SLE pada peringkat awal. Bagi tujuan ini, doktor akan menasihatkan pesakit menjalani ujian fungsi buah pinggang (ujian darah dan air kencing) dari semasa ke semasa. Analisa air kencing boleh menunjukkan berbagai tanda keradangan buah pinggang seperti gumpalan sel darah merah atau kehadiran protein yang berlebihan. Untuk menentukan tahap penglibatan buah pinggang, air kencing dikumpul selama 24 jam. 

Ujian darah akan memberi maklumat tentang peningkatan keluaran buangan di dalam darah sekiranya terdapat kerosakan pada buah pinggang. Tahap antibodi anti-DNA dan komplemen (C3 dan C4) juga diukur dari semasa ke semasa kerana ia boleh membantu menentukan aktiviti lupus.

Biopsi Buah Pinggang

Biopsi buah pinggang ialah satu ujian untuk melihat berapa banyak mendapan protein dan keradangan yang ada. Ini akan menentukan jenis rawatan yang perlu diberi. Biopsi dijalankan dengan memasukkan sebatang jarum halus ke dalam buah pinggang sambil pesakit berbaring menangkup. Sekeping tisu yang kecil di dapatkan bagi tujuan pemeriksaan di bawah mikroskop. Hanya bius setempat diperlukan bagi prosedur ini.

Terdapat enam jenis klasifikasi lupus nefritis oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Klasifikasi yang terkemudian oleh Persatuan Nefrologi Antarabangsa telah dicetak pada tahun 2004 tetapi ianya masih belum dipakai dengan luas.

Kelas I Tiada kerosakan langsung atau kerosakan yang minima
Kelas II Mesangial proliferative lupus nefritis (LN)
Kelas III Focal segmental proliferative LN

Kelas IV Diffuse proliferative LN <<< - - - deno SLE Class IV
Kelas V Membranous LN
Kelas VI Sclerosing LN

Pakar patologi juga mengira keputusan biopsi untuk digolongkan sebagai “aktif” (menunjukkan keradangan yang aktif) atau “kronik” (menunjukkan parut). Cara ini dapat menentukan samada rawatan agresif mendatangkan manafaat atau tidak.

Rawatan

Penglibatan buah pinggang yang sedikit hanya memerlukan langkah-langkah umum seperti untuk pesakit-pesakit SLE lain. Bagi pesakit yang buah pinggangnya terlibat secara serius, cara rawatan pada umumnya adalah lebih agresif. Ini bertujuan untuk mengawal penyakit berkenaan dengan cepat dan menghalang kerosakan yang kekal. Rawatan diberi berasaskan biopsi buah pinggang.<<<- - deno dah buat biopsi

Steroid <<< - - - ubat deno yang sangat penting

Kortikosteroid seperti prednisolone adalah rawatan utama lupus nefritis. Dalam kes-kes serius, pada mulanya prednisolone mungkin diberi dalam bentuk intravena (drip). Bagi kes-kes yang tidak berapa teruk pula, ia diberi secara pil. Ubat ini merupakan ubat paling baik untuk melawan keradangan dan menyumbang ke atas kemajuan dalam perawatan SLE.

Para doktor akan menasihatkan pesakit mengambil ubat ini apabila buah pinggang terjejas atau apabila penyakit itu bertambah teruk dan boleh mengancam nyawa. Keputusan pengambilan ubat ini tidak dibuat sewenang-wenangnya oleh kerana ia boleh mengakibatkan berbagai kesan sampingan. Di antara kesan sampingan jangka pendek adalah penambahan selera makan, kenaikan berat badan, dan muka menjadi bulat. Kesan jangka panjangnya pula termasuklah kerapuhan tulang, darah tinggi, dan kulit menjadi nipis.

Kadangkala, terdapat pesakit yang cuba memberhentikan pengambilan prednisolone atau mengurangkan dosnya. Mungkin mereka bosan dengan kesan sampingannya atau mereka merasa penyakit mereka bertambah baik atau sebaliknya. Adalah penting bagi pesakit-pesakit yang mengambil ubat ini memahami cara ia bertindak dan bahaya memberhentikan atau menukar dosnya tanpa pengawasan. 

Ubat-ubatan Imunosupresif lain

Langkah ke depan dalam rawatan penyakit lupus yang membabitkan buah pinggang adalah dengan penggunaan ubat imunosupresif , terutamanya cyclophosphamide. Ubat-ubatan imunosupresif mengurangkan pengeluaran antibodi yang menyebabkan keradangan. Cyclophosphamide biasanya diambil bersama prednisolone dalam dos sederhana. Doktor hanya menasihatkan pengambilannya bagi kes-kes lupus nefritis yang aktif dan agresif. Ubat ini boleh diambil secara oral atau intravena (drip). Bagi kes-kes yang serius, kortikosteroid dan cyclophosphamide diberi dalam dos yang tinggi secara intravena (pulse therapy). Penambahbaikan dapat dilihat melalui spesimen biopsi, pengurangan jumlah protein dalam air kencing, dan peningkatan dalam fungsi buah pinggang.

Cyclophosphamide juga mempunyai banyak kesan sampingan. Ini termasuklah pengurangan sel darah putih yang membuatkan pesakit lebih mudah mendapat jangkitan. Ia juga boleh menyebabkan pendarahan dari pundi kencing, keguguran rambut, kegagalan ovari bagi pesakit wanita, dan kekurangan mani bagi pesakit lelaki. Di antara kesan jangka panjang pula termasuklah sedikit risiko beberapa jenis kanser. Oleh yang demikian, pesakit perlu melalui ujian darah berkala dan mendapat rawatan susulan daripada doktor.

Azathioprine (Imuran) kadang-kadang digunakan bersama prednisolone kerana ianya boleh mengurangkan penggunaan steroid. Namun demikian, kegunaannya tidak sepopular cyclophosphamide kerana ia kurang berkesan dalam mengurangkan keradangan dalam kes-kes yang teruk.

Ubat-ubatan imunosupresif lain yang lebih baru dan kurang merbahaya bagi merawat lupus nefritis yang serius termasuklah mycophenolate (Cell-Cept, Mifortic), tacrolimus (Prograf), dan rituximab (Mathera).

Diuretik dan Ubat Darah Tinggi

Pesakit yang mengalami kaki bengkak atau air berlebihan bertakung mungkin memerlukan ubat seperti Lasix. Ubat ini dapat membantu mengurangkan air yang berlebihan dalam badan dengan menambahkankan pengeluaran air kencing. Pesakit-pesakit yang mengalami tekanan darah tinggi pula mesti memastikan yang mereka mengambil pil-pil mereka dengan tetap. Tekanan darah tinggi yang tidak dirawat boleh mengakibatkan kerosakan buah pinggang yang lebih teruk.

Dialisis <<<- - - - deno dialisis

Ada kalanya pesakit hanya disahkan mengidap penyakit buah pinggang apabila keradangan telah mencapai tahap yang teruk. Kadang-kadang, walaupun jarang sekali, rawatan yang diberi tidak dapat membantu pesakit dan buah pinggang gagal seterusnya.

Buah pinggang kerap terlibat dalam SLE tetapi penglibatan ini biasanya tidak serius dan senang dirawat. Tetapi, ada juga yang terjejas dengan serius. Oleh itu, untuk mengesan tanda-tanda awal penglibatan buah pinggang, pesakit SLE haruslah menjalani ujian darah dan air kencing dari semasa ke semasa. Bagi setengah pesakit, suatu biopsi buah pinggang diperlukan untuk menentukan rawatan yang terbaik. Berdasarkan keputusan biopsi serta keputusan klinikal dan makmal yang lain, sesetengah pesakit hanya memerlukan rawatan prednisolone sementara yang lain pula memerlukan gabungan prednisolone serta satu atau lebih ubat imunosupresif.




p/s : setiap penyakit ada hikmahnya...


You Might Also Like

23 comments:

  1. wooooo, serius jgk sakit niiii

    ReplyDelete
  2. Thanks syer info pasal ni, banyak maklumat boleh belajar..

    Senoga cepat sembuh ye..

    ReplyDelete
  3. kak..mesti susah kena buat dialisis beberapa hari dlm seminngu..makan duit pulak tu...dah lah skali dialisis tu byk jam..mesti penat..masa terbuang hanya utk ni..siannya kak!!! kak..walauapapun akak mesti kuat semangat k :)

    adakah ni juga dikenali sbgai kidney failure?

    :(

    ReplyDelete
  4. BETUL TU DENO..SETIAP YANG BERLAKU TU ADA HIKMAHNYA. SEMOGA DENO TERUS KUAT LAWAN PENYAKIT NI K.

    ReplyDelete
  5. hmmm ... dah rase macam dapat ilmu lebih sikit hari ini :)

    ReplyDelete
  6. betul tu deno..
    ada hikmahnya tu...
    sabar ye..

    ReplyDelete
  7. bahaya jugak SLE ni.. thanks kongsi info tentang penyakit ni.. deno sakit ye?? semoga cepat sembuh ye..:D

    ReplyDelete
  8. ouh, maknanya dia memang akan effect buah pinggang jugak no matter what eh...

    ReplyDelete
  9. Uuuuuuuuuuuuuuuuu teruk jugak dear ..ummm dear sakit ke? umi harap dear akan pulih .. uuuu lamanya dear buat dialisis .. uuuu ..harap dear cepat sembuh ...

    ReplyDelete
  10. terjumpa info ni, juga pasal buah pinggang… sharing is caring :) - Kegagalan Fungsi Buah Pinggang

    ReplyDelete
  11. xpe..Dino kan kuat...kuat semangatnya. Ceria selalu, rakan blogger sentiasa mendoakan kesihatan kamu.

    ReplyDelete
  12. susah jugak nak faham ni....
    pandai erk lukis doodle...
    cute sangat

    ReplyDelete
  13. sabar deno ye. setiap sakit yang kita tanggung itu kifarah. jadi bersyukur sentiasa dan berdoa kepada-Nya.

    penyakit deno sgt serius. semoga cepat sembuh dan sentisa ceria.

    ReplyDelete
  14. baru tahu yg dino mengidap sakit buah pinggang.. tabahkan hati yer dino.. ALLAH sentiasa bersama orang yg sabar dan tabah dengan ujian dari -NYA..

    ReplyDelete
  15. Salam Deno .. kita sama .... sy pun ade penyakit SLE nie jugak ..... dh 10 tahun dh and SLE sy class V ... :) so far alhamdulillah sy masih belum perlu lakukan dialisis lagi .. Alhamdulillah ... Alhamdulillah ALLAH SWT masih memberikan sy peluang tuk beljr sehingga menara gading and masih diberikan kesihatan utk bekerja ...
    For Deno , be strong ok my dear ... InsyaALLAH ALLAH SWT akan menolong and memberikan kita kekuatan dan memberikan peluang kepada kita .....

    ReplyDelete
  16. compleksnyeeerr...
    deno ada insurans ker yg tangung?

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum Deno,

    1st of all, very informative blog! =)
    Im just done my Renal Biopsy yesterday at HUSM
    Also diagnosed with SLE with mix connective tissue involvement~
    Hope to see u one day,,sharing experiences about this 'wolf'
    Keep posting Deno!

    ReplyDelete
  18. Salam Deno. Sy pun SLE. Dh hmpir 27 thn. Thn 2017 ni bln 2 yg lalu st bru mula dialisis. Ingtkn mkin baik ttp byk jg dugaan. Sy mmg sush nk tidur. Sllalu sakit blkg. Mmg mcm tu ke klau baru dialisis.

    ReplyDelete