Surat Untuk CHOKELY - Dayang Deno

19.4.12

Surat Untuk CHOKELY




To my dear sle friend, chokely

dah lama chokely tak update blog, deno sangat hairan. kadang-kadang chokely private blog.. deno pun tertanya-tanya.. kenapa ya..? mungkin chokly sibuk dengan exam.. boleh dikatakan setiap hari deno pergi blog chokely, tapi blog chokly tiada khabar terbaru tentang chokely.. yang deno tahu ruam kupu-kupu (butterfly rashes)  dah mula timbul pada chokely... lepas tu chokely menyepi agak lama

tadi terdetik nak ke blog chokely... deno sangat terkejut, your sle active again...! sebenarnya deno dah agak sle datang sebab ruam kupu-kupu (butterfly rashes) timbul merupakan tanda awal sle datang menyerang..

chokely... sedihnya deno tahu "dia" menyerang chokely.. deno dah lama bersama sle, deno tahu rasa macam mana.. bila chokely cerita pasal doktor nak pasang Triple Lumen,  mengalir air mata deno sebab deno pun tak boleh lupa sampai sekarang rasa sakit pasang 'benda' tu... deno pernah dipasang 'benda' tu kat leher..  hanya orang sakit macam kita tahu rasa sakit tu... yang pasti, hanya allah yang tahu kesakitan yang kita tanggung....

sekarang chokely dah keluar wad dan kembali ke kelas.. deno bersyukur sangat sebab chokely tak lama di hospital seperti deno lalui...

deno doakan chokely agar cepat sihat dan semoga sle tu tidur kembali dan juga tak mengganggu chokely lagi.. semoga chokely sabar dan tabah dalam melawan sle.. ingat tau chokely, jangan bagi peluang sle tu menang, kita mesti kalahkan "dia"! 

sekarang chokely dah keluar wad dan ke kelas kan... jangan lupa.. jangan bagi kena panas, pakai krim pelindung, jangan skip ubat dan jangan stress coz bila stress sle memang cepat datang.. deno sayangkan chokely.. deno risau bile sle serang chokely.. take care ya chokely! FIGHTING!!!


chokely




p/s : kawan-kawan, sama-sama kita doakan chokely agar cepat sembuh.. sekarang sle chokely sedang aktif.. dia baru sahaj discharge dari hospital.. jom kita melawat chokely kat SINI! jom!

8 comments:

  1. SLE..bahaya jugak penyakit ni kan..semoga dia cepat sembuh

    ReplyDelete
  2. emm.. sedih bace post ni. btw.. thanks my fren. chokely pun harap deno tabah selalu. deno lg kuat dri chokely kan. =) thanks.

    ReplyDelete
  3. Sama-sama kita doakan chokely & deno akan sembuh dah tabah menghadapi dugaan dari Nya..Insya'Allah

    ReplyDelete
  4. semoga chokely cepat sembuh...amin ya Allah.

    ReplyDelete