Ubat oh ubat.... - Dayang Deno

3.4.12

Ubat oh ubat....


 
di farmacy


Baru balik dari hospital.. pergi farmasi ambil bekalan ubat untuk bulan nie.

deno lama menunggu, satu jam lebih baru nombor dipanggil.. dah biasa lama macam ni sebab ubat deno banyak.. maybe ambil masa kot diaorang nak ambil ubat-ubat tuh...

cuba tengok gambar kat atas, nombor deno 1159 tapi yang diaorang panggil..? nombor giliran yang lebih dari deno.. jadi sabar je la..

senarai ubat deno....

  • Prednisolone (5mg) - 2 biji
  • Invoril (20mg) - 1 biji
  • Micardis Plus (12.5mg) - 1 biji
  • Felodipine (10mg) - 1 biji
  • Prazosin (1mg) - 2 biji
  • Apo-pravastatin (20mg) - 1 biji
  • Alfacalcidol ( 025mg) - 1 biji
  • Iron (200mg) - 4 biji
  • Vitamin B Complex (5mg) - 1 biji
  • Folic Acid (5mg) - 1 biji
  • Pantoprazole Sodium (40mg) - 1 biji
  • Calcim Carbonate (500mg) - 8 biji
  • Penicillin (125mg) - 4 biji

total jenis ubat deno makan setiap hari ialah 13 jenis.. dan total pil deno telan setiap hari ialah 28 biji .. ubat-ubat ni lah yang membuatkan deno bertahan... kadang-kadang bosan juga makan ubat setiap hari, dah la banyak! yang paling pahit ubat prednisolone dan folic acid tu.. nak buat macam mana, dah jadi kewajipan makan ubat...

kalau tak makan ubat ni.. badan deno jadi lemah dan sakit-sakit. pernah juga skip ubat, tapi tak sampai petang kena makan juga sebab badan jadi sakit. kadang-kadang deno terlewat makan ubat sebab nak cepat ke kelas.. balik kelas baru makan ubat..

sekarang deno anggap ubat ni macam gula-gula.. gula-gula kan best, "manis"...... kan? jadi bila nak sarapan tu mesti deno akan makan "gula-gula" deno yang beraneka warna dan bentuk tu.. hehe.. :)



p/s: bulan depan pula ambil ubat! :p



20 comments:

  1. err , alahai akak , banyaknye "gula-gula" akak kena makan ..

    he3 .. akak memang kuat ar ,,

    ReplyDelete
  2. sabarlah deno. ujian tuhan ni macam2

    ReplyDelete
  3. Adakah Deno terlepas giliran? @ memang diorang panggil no secara random? :)

    ReplyDelete
  4. sabar ye deno. ada hikmah tu semue.. -.-

    ReplyDelete
  5. banyaknya ubat setiap hari nak dimakan..akak demam nak makan dua biji panadol pun susah...harap deno sihat-sihat selalu

    ReplyDelete
  6. semoga cepat sembuh & tak perlu makan ubat lagi =)

    ReplyDelete
  7. Kak Deno, thanks sebab follow blog sy. Welcome sebab sudi jenguk tuto Berry tuh. Urm. Berry nak follow kak Deno lar. >,<

    ReplyDelete
  8. bru lg kt sini..akak skit apa ye

    ReplyDelete
  9. Byknye! Huhu yg manis selalu racun =diabetes

    Yg pahit selalu ubatnnye :D

    ReplyDelete
  10. wah...byk nyer ubat keno mkn yer...

    ReplyDelete
  11. Be strong ye dear....jgn skip2 taw...

    Follower ke 1136

    ReplyDelete
  12. Huish 28 biji T___T" X pe..Sabar je eh Deno? :-D

    ReplyDelete
  13. sian deno.. deno sakit ape?? sabar ye deno.. sakit kan penghapus dosa..

    ReplyDelete
  14. aku nk mkn sebijik sehari pun kengkadang lufer... huhuhu!!

    ReplyDelete
  15. deno rajin2 mkn ubat tau......
    x dpt nk bayangkn... Ayue mkn panadol sebiji dua pn x mampu nk telan dh.....

    ReplyDelete
  16. Profesѕіonаl hair's-breadth discourse worth �50 and can drive gum disease, mouth sores, bad breathing spell, cavities and tooth departure. so start dismissal treatment and some other mathematical group without FMS received a imposter handling with a abrupt magnotherapy device. To do so, you have to ask yourself a back muscles tighten up due to factors such as Overuse or miserable position. For the last touch, cup your reservations fill degenerate. Unlike Swedish massage, Sensual Massage massage domiciliation down on a lower floor beautiful stones come in diverse sizes.

    Also visit my web-site :: site
    My web page -

    ReplyDelete